Khamis, 19 Februari 2015

KHAIRY JAMALUDDIN TIDAK PERLU BUAT KERJA SIA SIA

Sumber : Google


Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin (KJ) mahu menjelajah seluruh negara bagi menerangkan kepada rakyat tentang kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah satu kerja sia sia. Bagi saya, KJ tidak perlu membuang masa untuk menerangkan kepada seluruh rakyat tentang kes tersebut kerana penerimaan segelintir rakyat terhadap keputusan mahkamah tetap tidak akan berubah.

Apa pun yang akan dicakapkan oleh KJ, mereka tetap percaya bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah. Mereka tetap percaya bahawa mahkamah bersetongkol dengan kerajaan untuk memusnahkan karier politik Anwar. Mereka tetap percaya bahawa kes liwat itu hanyalah satu konspirasi kerajaan untuk menjatuhkan Anwar. Mereka tetap percaya bahawa hakim sengaja mahu menyumbat Anwar ke dalam penjara.

Oleh itu, KJ tidak perlulah membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk melakukan semua itu. Lebih molek jika KJ memikirkan bagaimana untuk memajukan sukan negara yang kian malap hari demi hari sementelahan beliau adalah Menteri Belia dan Sukan. Lebih molek sekiranya beliau mencari idea untuk ‘membersihkan’ minda golongan mahasiswa yang kebanyakkannya belia yang telah dikuasai oleh aliran pemikiran sesat campur songsang sejak akhir akhir ini.


Lebih molek jika KJ dapat menerapkan nilai nilai Islam yang suci murni itu dalam pemikiran anak anak muda kerana jika dilihat pada hari ini kebanyakkan anak anak muda kita semakin jauh dari Islam. Pelbagai aliran pemikiran yang sesat dan songsang seperti liberalisme, pluralisme, dan sebagainya sudah menguasai minda anak muda kita. Bukan itu sahaja, masalah sosial dalam kalangan belia juga semakin membarah macapada ini. Dengan menanamkan nilai nilai Islam itu, Insha Allah, segala masalah itu dapat dikekang sebelum menjadi lebih parah.

Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO (parti Melayu), molek juga jika KJ dapat menanamkan roh kemelayuan ke dalam diri anak anak muda Melayu yang semakin terhakis sifat kemelayuannya sejak akhir akhir ini. Isu Bahasa Melayu, agama Islam, budaya Melayu, hak istimewa orang Melayu dan adat istiadat Melayu perlu diterangkan semula kepada anak anak muda Melayu oleh KJ.   

Bukan itu sahaja, KJ juga perlu berusaha untuk memulihkan UMNO yang ‘cedera parah’ itu jika benar KJ mahu melihat UMNO mendapat mandat lagi daripada rakyat pada PRU yang akan datang. Jika KJ tidak mampu memulihkan UMNO, tunggulah UMNO dikuluhumkan oleh rakyat nanti.

Jika benar KJ  terlalu ‘rajin’ untuk menjelajah kepada rakyat, bagus juga jika KJ dapat menerangkan segala masalah yang menghantui kerajaan yang dipimpin oleh UMNO kepada rakyat secara keseluruhannya seperti kenaikan harga barang, isu rasuah, isu 1MDB, isu pemimpin yang terlibat dalam pelbagai skandal dan sebagainya. Saya fikir itu lebih bagus dilakukan oleh KJ.


Kesimpulannya, KJ tidak perlu membuang masa untuk menjelajah ke sana ke mari untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Adalah lebih molek KJ memperkasakan golongan belia, memajukan sukan negara dan berusaha memulihkan UMNO yang semakin ditolak oleh rakyat itu.    

3 ulasan:

  1. satu pandangan yang agak panas..tetapi demi kebenaran itu yang sebaik-baiknya

    BalasPadam
  2. ssh kan nk tuka pemikiran org....masing2 ada pendapat kan...so kita biarkan saje luncai terjun dengan labu2 nya..

    BalasPadam
  3. Yup, KJ.. Don't waste your precious time.
    Memang banyak lagi yang perlu dilakukan especially untuk reset minda budak-budak muda sekarang yang nampaknya dah makin hanyut dengan arus kemodenan...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.