Skip to content
 |
Gambar Hiasan |
Seorang posmen tua,
Menjalankan tugasnya seperti biasa,
Menghantar surat sebagi kerja,
Dari rumah ke rumah orang berada,
Hingga sampai ke rumah datin kaya.
Dia menekan loceng pintu,
Dengan harapan untuk bertemu,
Untuk serahkan surat berdaftar itu,
Datin keluar dengan muka seperti hantu,
Sumpah seranah yang keluar dahulu,
Bukan salam atau senyum selalu.
Dia merungut kerana marah,
Kononnya nasi baru nak jamah,
Posmen tua pula yang kena marah,
Padahal bukan posmen tua yang salah,
Posmen tua tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumah,
Tapi datin buat tak endah,
Kerana sombong sampai tak sudah.
Itulah realiti orang kaya,
Bukan nak umpat atau mengata,
Selalu sombong dengan rakyat jelata,
Dengan harta yang dia ada.
Padahal harta Allah yang punya,
Sekali Allah rampas baru padan muka.
Related Posts:
HARGA SEBUAH KESONGSANGAN
Sumber : Google
Sekeping hati telah diberi untuk
dikasihi,
Sebuah cinta telah diserah untuk
dihargai,
Sebatang tubuh telah digadai untuk
din… Read More
SAJAK : HUTAN BOTAK
Apabila ku selusuri jalan raya,
Ku pandang dari tingkap kereta,
Dari Barat ke Selatan Malaysia,
Ku lihat hutan di negara kita,
Sud… Read More
SAJAK : BICARA SEORANG MAHASISWA
Mahasiswa,
Kau diasak dengan buku dan nota,
Dengan pensyarah dan lambakan peraturan,
Hanya untuk mengejar satu perkara,
Yang dipanggil ilmu dan c… Read More
APA TUJUAN SEBENAR UNDANG UNDANG DIGUBAL?
Sumber : Google
Undang undang digubal untuk dua
perkara,
Pertama menjaga keselamatan elit
penguasa,
Kedua memelihara kepentingan orang
or… Read More
SAJAK : SATU PERJALANAN
Perjalanan ku setiap pagi,
Menaiki sebuah kereta api,
Dari Kampung Baru ke Bangi,
Untuk menuju ke kolej universiti,
Bagi mengisi ilmu di benak in… Read More
Benar tu MNH. Terutama orang kaya bumiputera. Bila dah kaya lupa diri..
BalasPadamp/s: Tolong buang widget kakiping tu ye..sangat mengganggu..
Siannye posmen tuhhh..huhuhu
BalasPadambila dah kaya , hidup senang , lupa Allah . rasa macam dah boleh buat apa saja dengan duit
BalasPadamkesiannya cerita dia... kalau saya lah next time saya bagi jer surat tu kat anjing....
BalasPadamRagam manusia yang bodoh sombong tak bertempat. Yang miskin dipijak.. Yang kaya dibodek..
BalasPadamAda orang kaya okey..hidup low profile.
BalasPadamMakan mamak tepi jalan je.
Yang berlagak nak mam*** tu yang nyampah.
Betul juga kata Najib..
Nak ke taknak surat tu? Sumbat dalam mulut tu baru tau.
bila sudah kaya dan lupa diri sehingga terlupa bahawa roda kehidupan tidak selalunya di atas,sedih lihat golongan kaya mencaci hina yang miskin,.moga kita di jauhi dari sema ini,InshaAllah,.
BalasPadam