Khamis, 26 Februari 2015

LELAKI KACAK TETAPI LEMBUT?

Ketika saya menjadi Pengerusi Majlis di Seminar Perniagaan Islam KPTM Bangi


Perempuan mana yang tidak suka akan lelaki yang kacak? Mesti kaum wanita berasa bangga dan bahagia jika mempunyai suami atau teman lelaki yang kacak seperti Charyl Chappuis. Lee Min Ho, Taufik Batisah, atau Taylor Lautner. Lebih membahagiakan apabila teman lelaki atau suami anda itu bukan sahaja kacak malah penyayang, beriman, bertanggungjawab dan lengkap serba serbi atau dalam bahasa sekarang dipanggil Suamiku Encik Perfect 10!

Namun begitu, bagaimana pula jika lelaki kacak itu tadi lembut macam perempuan? Apakah pendapat anda dalam hal ini? Di dalam entri ini saya ingin berterus terang tentang diri saya supaya anda tidaklah terlalu terkejut apabila melihat saya di luar dari dunia blog ini. Saya sebenarnya adalah seorang lelaki yang lembut tetapi tidak kacak! Jika dibuat perbandingan, sifat lembut saya ini sama seperti Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan tetapi jauh sekali dari personaliti Azwan Ali! 

Saya memang sama macam lelaki biasa di luar sana cuma perwatakkan saya memang lembut sehingga bernanah telinga apabila orang memanggil saya sebagai ‘pondan’ dan ‘bapok’ ketika zaman sekolah dahulu. Cuma ‘arbok’ sahaja yang belum lagi saya terima. Saya juga lelaki yang agak manja, tidak suka melakukan kerja kerja berat, kaki bangku dalam permainan bola sepak, tidak minat menonton perlawanan bola kecuali jika pasukan Malaysia bermain dengan negara lain, tidak suka aktiviti lasak, tidak bersenam di gimnasium dan tidak banyak yang saya boleh buat seperti mana yang lelaki lain mampu buat.
 

Saya juga tidak pandai untuk ‘mengurat’ perempuan tetapi memang ramai dan suka berkawan dengan perempuan. Saya tidak tahu apakah persepsi anda tentang saya dalam hal ini tetapi saya masih lagi macam lelaki biasa. Saya masih lagi berpakaian lelaki, ‘malas’ macam lelaki, berambut gaya lelaki (dikatakan kuno), tidak pernah memakai alat solek dan tidak pernah mencuba memakai pakaian perempuan. Cuma gaya dan personaliti saya sahaja yang mirip perempuan.
 
Saya juga tidak pernah bernafsu dengan lelaki dan tidak pernah pula jatuh cinta dengan lelaki. Biasa jatuh cinta dengan perempuan tetapi tidak pernah menjadi kekasih. Sekadar suka dari jauh sahaja. Saya tidak punya keberanian untuk ‘mengurat’ mana mana perempuan.

Demi Allah! Saya tidak pernah menyalahkan Allah di atas personaliti saya ini. Saya juga tidak mengangap perkara ini sebagai takdir tetapi lebih kepada pemberian Allah kepada diri saya. Saya yakin banyak hikmah yang baik dengan personaliti saya sekarang cuma mungkin ada sesetengah orang mencemuhnya. Saya tidak terlalu mengambil cakna akan cemuhan orang di atas kelembutan saya ini.

Saya menjadi lembut sejak kecil dan bukan sengaja dibuat buat. Kelembutan ini datang secara semulajadi dalam diri saya dan saya menyedarinya sejak saya darjah satu. Saya menjadi lembut mungkin kerana saya terlalu dimanjakan oleh nenek dan ibu saya. Saya tidak dibenarkan bermain bersama kawan kawan semasa kecil dahulu kerana nenek saya tidak suka saya bergaul dengan budak budak nakal. Bayangkan, saya mula belajar membasuh kasut sekolah dan baju sekolah sendiri ketika saya di tingkatan dua! Begitu juga dengan menggosok baju. Sebelum itu, semuanya dilakukan oleh nenek saya.

Saya tidak menyalahkan mereka atas sikap mereka itu. Saya percaya kelembutan saya ini datang dengan sendirinya dan mungkin ia satu ‘anugerah’ Allah kepada saya. Saya yakin Allah itu Maha Penyayang dan dia tahu kebaikkan untuk setiap hambaNya. 

Berbalik kepada topik di atas, lelaki kacak tetapi lembut itu juga sama macam lelaki lain cuma sifat lembut itu sahaja yang membezakan mereka. Tetapi saya yakin adalah amat janggal lelaki kacak bersifat lembut namun kita tidak boleh mencemuh dan menolak mereka begitu sahaja. Mereka juga manusia biasa, suka disayangi dan punya hati serta perasaan. 

Saya ambil contoh Datuk Aliff Shukri, pengasas produk D’ Herbs terlajak laris. Dia juga seorang lelaki lembut tetapi sudah berkahwin, mempunyai beberapa orang anak dan seorang usahawan yang berjaya. Maknanya, bukan semua lelaki lembut itu pondan. Dan bukan semua lelaki lembut itu gay!

Amatlah malang jika seorang lelaki lembut ditambah pula mempunyai wajah yang kacak tetapi gay! Menjadi lembut bukan satu tiket untuk kita melanggar hukum Allah dengan menjadi homoseksual. Lelaki lembut tetap lelaki cuma personaliti mereka sahaja yang seperti perempuan. Sampai akhirat pun mereka tetap lelaki namun persepsi lelaki lembut itu pondan dan gay sukar dikikis dari minda masyarakat kita.    

Kesimpulannya, janganlah terlalu jumud dengan mengatakan semua lelaki lembut itu pondan dan gay. Ada juga di antara mereka yang normal cuma personaliti mereka sahaja yang berbeza. Namun begitu, mereka tidak boleh menolak persepsi masyarakat menjadi begitu terhadap mereka kerana kesilapan yang dibuat oleh segelintir daripada mereka sendiri. Lelaki kacak juga punya perasaan, punya hati, punya cinta, ingin disayangi dan ingin dicintai. Dan kalau anda jumpa saya di luar nanti, jangan terkejut ye melihat personaliti saya. Hahahaha…



10 ulasan:

  1. SP dulu masa sekolah ada rakan sekelas dan mmg lelaki lembut. SP tiada masalah dgn lelaki sebegini kecuali dia bersolek! Cuma sejujurnya, perkara pertama dln fikiran seorang llki bila bertemu insan lembut ialah, adakah dia gay? Yang 'menakutkan' ialah lelaki gay bukan lelaki lembut. Dan penjelasan MNH ttg keadaan diri sendiri sgtlah tepat dan sepatutnya begitu...:)

    BalasPadam
  2. ramai suami2 orang..datuk2 org.. lelaki2 macho gay. Fact. Hihihihi...

    BalasPadam
  3. Haha.. sabar jak bro.. memang itulah stigma dan diskriminasi orang macam ni.. aku pun banyak kawan yang normal, cuma lemah lembut orangnya.. bukan satu jenyah, tp pemikiran macam tu terkadang susah dibuang dalam masyarakat kita ni.. huhu

    BalasPadam
  4. Ehh..Ajik belum kawen lagi ye?
    Saya ingatkan sudah..maafkan saya macamana pulak boleh silap ni.
    Arbok tu saya pernah dengar tapi xtau maksud.
    Bagi saya, kalau Ajik lembut tapi tak buat perkara haram, cth gay dll macam mention kat atas..tak ada apa yang perlu dipersoalkan.
    Secara jujurnya, saya kalau nampak lelaki lembut memang saya akan rasa terkesan juga dek kelainan sifatnya. Staff kat klinik saya pun ada macam tu.
    Tapi, saya ni jenis kamceng ngan sesiapa tak kira encik sotong ke ape.. Tapi, mencemuh tu jauh sekali.

    BalasPadam
  5. Cuma satu je yang saya harap Ajik jangan buat - 'malas' macam lelaki lain.
    Jadilah macam blogger seperti Bro JR, Arz Moha, Cikgu Etuza yang mana saya nampak dorang ni family type - suka bantu isteri & bergaul mesra dengan anak-anak.

    BalasPadam
  6. IbuNoey dari kecil lagi dah boleh bezakan antara lelaki lembut dan pondan.sebenarnya lelaki lembut ni boleh dipanggil gentleman.cuma kadang mentaliti orang ni yang tak berapa nak faham perbezaan antara keduanya.

    BalasPadam
  7. bagusnya entry ini. sangat ikhlas.. :")

    ok saja dilahirkan lembut asalkan kita x buat benda2 yang salah. kan?

    BalasPadam
  8. yang penting tau mana yang halal mana yang haram...lembut ke keras...xbermakna apa2 kalau tak tau membezakan halal haram...hihihih

    BalasPadam
  9. Sy ade minat dan suke pd rakan sekerja sy dan die sorg lelaki lembut....sy suke dgt gaya die yg sopan...berckp pon xkasar....scre xsgje sy suke die....tp kekdg terpikir die xkn mungkin suke pd sy...sbb sy ni janda ank 1.dan mungkin die seorg yg hanya suke berkawan.....

    BalasPadam
  10. Kah3 situasi ko sama mcm ak.. lembut personaliti.. tp masih ramai yg minat keh3.. tp ramai org gelar ak pondan n bapok kalau depan org tu malu gilee..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.