Sumber : Google |
Hangat juga isu penurunan harga
minyak namun tidak pada harga barang diulas di media massa dan media cetak.
Sepanjang minggu ini, banyak juga blog blog yang saya jumpa yang mengulas
tentang isu kenaikan harga barang walaupun harga barang bakar sudah pun turun
ke paras yang paling rendah.
Lebih hangat apabila Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga
mengeluarkan kenyataan yang disifatkan rasis oleh MCA atas isu ini. Saya tidak
mahu mengulas kenyataan Menteri berkenaan dan saya juga culas mahu mengulas
kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda MCA itu. Saya fikir anda pasti sudah
mendengar ulasannya sama ada di media massa mahupun di media cetak.
Namun begitu, saya sangat berminat
untuk mengulas tentang kesedaran masyarakat Malaysia sebagai pengguna dan
pemegang kuasa beli. Saya fikir sudah banyak juga kempen telah dibuat oleh
kerajaan untuk menyedarkan masyarakat kita tentang kepenggunaan. Bukan itu
sahaja, sejak kita di sekolah menengah lagi kita sudah diajar tentang diri kita
sebagai pengguna namun kesedaran itu masih belum muncul lagi walaupun perkara
itu sudah lama wujud di depan mata kita!
Sekarang apabila kesempitan hidup
mula menekan kita, barulah kita mula menyedari diri kita sebagai pengguna. Kita
mula marah apabila harga barang masih tidak diturunkan walaupun harga minyak
sudah turun dengan sangat rendah. Apa yang kita lakukan hanyalah menyalahkan
kerajaan seratus peratus tetapi kita sendiri tidak mahu bertindak untuk
mengubah perkara tersebut.
Tujuan saya menulis entri ini bukan
untuk menyokong kerajaan. Pada saya, jika kerajaan mengerahkan semua
kakitangannya dengan berkesan, saya yakin masalah ini tidak akan berlaku.
Namun, itulah sikap kerajaan kita. Sudah terhantuk baru terngadah. Suka
menunggu perkara yang buruk itu menjadi teruk dan besar terlebih dahulu barulah
tindakan susulan mahu diambil.
Saya tertarik dengan kata kata Datuk
Ismail Sabri dalam wawancaranya bersama Suhaimi Mohamad dalam rancangan Dialog
di TV1 kelmarin. “Peniaga adalah golongan minoriti sedangkan pembeli adalah
golongan majoriti. Sepatutnya golongan majoriti mesti boleh mendesak golongan minoriti
supaya menurunkan harga barang namun perkara itu tidak berlaku.”
Soalan saya, mengapa perkara itu
tidak berlaku? Hal ini kerana kesedaran kita sebagai pengguna masih rendah
lagi. Hak hak kita sebagai pengguna masih belum kita kuasai secara sepenuhnya.
Kita cepat marah apabila harga barang meningkat tetapi kita tidak bertindak
untuk mengubahnya. Kita hanya pandai marah, meluahkan perasaan di media media
sosial namun kita tidak menggunakan kuasa kita sebagai pengguna untuk
mengubahnya.
Kita ada media sosial namun kita
tidak menggunakan kemudahan itu untuk mendesak peniaga supaya menurunkan harga
barang secara berkesan. Kita tidak bersatu dalam hal itu. Kita juga tidak cuba
untuk memboikot produk produk yang mengenakan harga yang tinggi kepada kita.
Saya yakin jika kita mendesak dengan cara yang betul dan kita memboikot produk
produk yang mengenakan harga yang tinggi kepada kita, dan menggunakan produk
yang lebih murah, nescaya harga barang dapat diturunkan di pasaran.
Walaubagaimanapun, usaha ke arah itu
sudah ada dan kita mungkin akan dapat melihat hasilnya tidak lama lagi. Namun bagitu,
pada saya sebagai seorang blogger, perkara ini sepatutnya dilakukan dari dulu
lagi. Oleh kerana masyarakat kita ini jenis masyarakat yang mudah marah tetapi
lambat bertindak, baru sekarang kita melihat perubahan. Jika tidak, sampai bila
pun hidup kita akan terus tertekan dengan kenaikkan harga barang itu.
Sebagai blogger yang bernaung di
bawah Group Blogger Area, saya menyahut seruan Tuan Blogger Area (pengasas)
supaya blogger menggunakan kuasa pena mereka untuk mendesak peniaga supaya
menurunkan harga barang. Namun, saranan Tuan Blogger Area itu kurang mendapat
sambutan. Itulah sikap kebanyakkan daripada kita. Suka berpeluk tubuh dan
menunggu keajaiban yang akan berlaku tanpa ada usaha untuk mengubahnya.
Kesimpulannya, kita berharap peniaga
peniaga dapat menurunkan harga barang secepat mungkin. Kalau dahulu harga
barang naik kerana adanya alasan harga minyak naik, sekarang harga minyak telah
turun, apa pula alasan untuk harga barang tidak turun? Kita juga meminta
kerajaan bertindak tegas dalam isu ini. Jangan beri muka kepada peniaga yang
degil dan tidak mahu menurunkan harga barang. Kepada blogger pula, saya
menyeru, marilah kita bersoladirariti mendesak peniaga peniaga di luar sana
menurunkan harga barang dengan menggunakan blog yang kita kendalikan itu.
Hmmm betul juga tu... nak marah kemain cepat tapi bila suruh bertindak ada saja alasannya... hmmm pi mai pi mai tang tu jugak... bagus betul kalau orang2 yg boleh memahami perangai dan mentaliti rakyat negara kita ni... senang buat bisnes...
BalasPadamTerkadang bukan semua peniaga nak naikkan harga sesuka hati.. ada yang terpaksa gara2 pembekal yang sewenang-wenangnya naikkan harga.. patut pada keadaan sekarang.. dorang kena lah faham ekonomi negara, kesusahan orang dibawah macam mana.
BalasPadamsaya sokong. jom beli brg yg lebih murah... tp murah2 pun, pastikan ia nyer berkualiti.
BalasPadamSudah menjadi budaya kita marah-marah tanpa sebab. Bahkan, semakin boros berbelanja sebab minyak semakin murah. Tapi bila minyak naik, barang naik, kerajaan pula disalahkan.
BalasPadamEntahah masyarakat kita ni asik nak melenting je.
BalasPadamAllah bagi akal tapi taknak gunakan sebaiknya.
Kalau nak berdebat tu gunalah ilmu bukan amarah.
org kita cepat melatah tp bila suh wat tindakan....senyap seribu kata
BalasPadam