Isnin, 2 Februari 2015

TIDAK JUJUR DALAM MENULIS BLOG MENGUNDANG PADAH!

Sumber : Google

Sumbangan seorang blogger pada waktu ini dalam pembangunan negara bangsa setaraf dengan sumbangan seorang penulis, wartawan dan sasterawan. Blogger juga sama sama terlibat dalam dunia penulisan untuk membantu dalam membangunkan agama, bangsa dan tanah air. Cuma mungkin sumbangan seorang blogger itu masih dilihat kecil jika hendak dibandingkan dengan sumbangan seorang penulis, wartawan dan sasterawan kerana ketiga tiga kumpulan individu tersebut lebih dikenali oleh masyarakat berbanding seorang blogger.

Blogger hanya berkarya di alam maya sedangkan penulis, wartawan dan sasterawan berkarya di dunia realiti. Walaubagaimanapun, sudah ramai penulis, wartawan dan sasterawan sekarang ini juga sudah mula berkarya di alam maya (blog) antaranya Datuk A. Kadir Jasin, Mohd Sayuti Omar dan Ahmad Lutfi Othman. A. Samad Said pun sudah menggunakan Twitter untuk menulis sajak sajak pendeknya bagi mengkritik sesuatu isu.

Pada zaman sekarang, ramai juga blogger yang bukan dalam kalangan penulis, wartawan dan sasterawan juga sudah dikenali dan telah memberi kesan besar dalam menyampaikan sesuatu isu mahupun berita antaranya Raja Petra Kamaruddin dan ramai lagi penulis penulis blog pro politik. Dari situ kita semua boleh melihat bahawa peranan seorang blogger itu semakin diiktiraf dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.


Oleh itu, sudah menjadi kewajipan seseorang blogger itu berlaku jujur dalam dunia penulisan di blognya. Seseorang blogger itu perlu menyampaikan perkara perkara yang sahih sahaja di dalam blog yang dikendalikannya supaya pemikiran masyarakat tidak menjadi haru biru kerana ketidakjujuran kita dalam menulis blog.

Apa maksud saya berlaku jujur dalam dunia penulisan blog? Saya beri contoh untuk menambah kefahaman anda semua. Jika kita menyokong sesuatu pihak dan kita menentang pihak yang lain, kita jangan hanya pandai mengkritik pihak yang kita lawan sahaja tetapi kita tidak mengkritik pihak yang kita sokong sedangkan pihak yang kita sokong itu pun banyak kelemahannya di sana sini.

Apabila kita hanya menulis keburukkan pihak yang kita lawan sahaja di dalam blog kita tetapi tidak pihak yang kita sokong, bermakna kita sudah tidak lagi berlaku jujur dalam dunia penulisan blog kita. Kita juga secara tidak sedar telah melacurkan dunia penulisan blog kita sendiri! Kita telah menyesatkan pemikiran masyarakat dengan dakyah dakyah songsang dan palsu.

Ingatlah, tidak ada seorang manusia pun di dunia ini tidak ada cacat celanya termasuklah diri saya sendiri. Oleh itu, semua manusia wajar dikritik supaya kesalahan mereka boleh diperbetulkan semula. Kita tidak boleh hanya nampak kesalahan pihak yang kita lawan sahaja tetapi tidak pada pihak yang kita sokong.

Kita juga jangan sesekali menipu dalam dunia penulisan blog semata mata kerana kita mahu pihak yang kita sokong mendapat faedah faedah tertentu. Tetapi itulah realiti yang berlaku pada masa kini. Kita bukan sahaja takut mengkritik pihak yang kita sokong tetapi juga kita juga menipu dalam menulis semata mata untuk memberi keuntungan tertentu kepada pihak yang kita sokong.

Ingatlah, jika sikap kita terus begitu, kita mungkin terlepas daripada terkena hukuman undang undang dunia tetapi saya yakin kita pasti tidak akan terlepas daripada hukuman Allah Taala. Allah pasti akan memberi balasan yang buruk kepada blogger yang menipu dan tidak berlaku jujur dalam dunia penulisan blog mereka.

Kifarah Allah itu boleh datang dalam pelbagai bentuk untuk menyedarkan kita. Tetapi terpulanglah kepada kita sama ada mahu berubah atau tidak.

Menipu dalam dunia penulisan blog juga boleh menyebabkan kita disaman, dibenci masyarakat, dikejar oleh polis cawangan khas, dan ditahan di bawah akta akta tertentu. Oleh itu, adalah lebih baik kita berlaku jujur dalam dunia penulisan blog kita. Biar kita dikatakan tidak berani tetapi jangan sampai kita dikatakan tidak jujur dalam menulis blog.

Jika kita tidak boleh berlaku jujur, adalah lebih baik kita tidak perlu menulis dan mengeluarkan kenyataan kenyataan yang boleh menyebabkan masyarakat keliru. Lebih baik kita berdiam diri sahaja dengan memberi sokongan di belakang tabir.  


Kesimpulannya, marilah sama sama kita sebagai blogger membangunkan agama, bangsa dan tanah air kita dengan menulis penuh kejujuran di dalam blog kita supaya maklumat dan berita dapat disampaikan kepada masyarakat di luar sana menjadi lebih bernas, tepat dan benar.    

11 ulasan:

  1. kalau dalam kehidupan kita semua sentiasa jujur insyaAllah...dunia ini lebih aman kann :)

    BalasPadam
  2. Terbaik entri ini utk sama-sama kita renungkan bersama.

    BalasPadam
  3. Salam...

    terima kasih Tuan atas nasihatnya... saya akan mengambil ini sebagai nasihat yang baik untuk meneruskan kegiatan blogging saya...

    salam singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan panggil saya tuan. Panggil saya Haziq atau MNH. Lagipun saya lebih muda dari bro. Hehe

      Padam
  4. semua hal perlukan kejujuran.Begitu juga dalam blog.Tetapi itu tidak bermaksud mesti menjadi lurus bendul lalu mebuka segala pekung di dada.

    BalasPadam
  5. sebab tu akak pilih untuk jadi Independence blogger sekarang ni. sebab akak perlu kebebasan menulis.. Tak nak rasa terkongkong demi kepentingan orang lain. Bila di kritik kita kena terima.. bila mengkritik kita di hentam penyokong lain so akak tak nampak di mana kepuasan untuk akak menulis tak kira di blog atau laman sosial lain. So, sekarang akak ambil keputusan untuk bergerak sendiri dalam dunia blog. Kalau kita bermula sendiri.. kenapa tak mampu teruskan perjalanan blog sendirian, kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka dengan pandangan akak dalam hal ni. Ya, menjadi blogger bebas lagi seronok dari jadi blogger yang bekerja untuk pihak tertentu.

      Padam
  6. Saya suka menulis blog demi menyampaikan ilmu yang tak seberapa..kongsi kebaikan!

    BalasPadam
  7. Bias kan?
    Memang selalunya ramai yang x berani kritik pihak yang disokong kerana inginkan reward tertentu.

    BalasPadam
  8. Itulah adatnya manusia yang tidak pernah henti bersuara. Kini lebih mudah melalui blog. Apatah lagi bila berbicara tentang politik, sebelah pihak sentiasa rasa benar dan orang lain selalu salah..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah kalau semua orang sepeti MH bagusnya dunia blogging... Kadang2orang yang menulis blog ninak kaut untung pon ada nak menulis sebab nak trafik pon ada..Nak melariskan barang jualan pon ada ..Macam2 ada..Tapi bagi Kak Lya..Kak Lya menulis sekadar apa yang ada depan mata..tentang anak2 Kak Lya dan sesekali ttg isu semasa yang tak mengaibkan orang..Bagi Kak Lya kalau nak citer bab2 artis bab2 orang politik kat blog Kak Lya tu tak sesuai rasanya..Sebab benda2 tu di luar bidang kuasa Kak Lya..Hehehe just pandangan Kak Lya je rni ..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.