Sabtu, 21 Februari 2015

PAS RUGI BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Sumber : Google

Tentu entri saya ini akan dituduh sebagai sengaja ingin memecahkan perpaduan di antara parti parti politik dalam Pakatan Rakyat. Terpulanglah kepada pandangan masing masing. Saya lebih suka umat Islam dan umat Melayu bersatu padu daripada parti politik yang belum tentu arah tujunya itu bersatu padu. Sejujurnya lebih banyak kebaikkan yang akan kita semua terima jika umat Islam bersatu padu berbanding parti politik bersatu padu.

Parti politik boleh musnah pada bila bila masa. Apabila satu satu parti politik itu musnah, kita boleh menggantikannya dengan parti politik yang lain. Tetapi bagaimana pula jika Islam dan negara yang musnah? Adakah begitu mudah untuk kita menggantikannya? Adakah kita boleh menggantikan dua perkara itu dengan mudah? Tepuk dada dan tanya iman kita.

Sebagai blogger, saya menggerakkan pena adalah untuk satu perkara – melihat Islam, Melayu dan Malaysia kekal sejahtera dan terpelihara sampai bila bila. Terpulanglah apa pandangan anda kepada saya. Saya tidak mampu berjuang untuk mengangkat senjata bagi kesejahteraan ketiga tiga perkara itu. Apa yang saya ada hanyalah minat dalam bidang penulisan dan saya menggunakannya bagi memastikan ketiga tiga entiti itu tidak diganggu gugat oleh sesiapa pun.


Sebagai blogger yang cenderung menulis isu politik, saya melihat penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat tidaklah membawa kebaikkan secara keseluruhannya. PAS sering kali dianaktirikan dalam Pakatan. Contoh jelas adalah dalam pembahagian kerusi exco dalam kerajaan negeri Selangor. Walaupun bilangan kerusi DUN yang dimenangi PAS lebih banyak daripada PKR dan sama dengan DAP iaitu sebanyak 15 kerusi namun kerusi exco yang diperuntukkan untuk PAS sedikit berbanding PKR. Malah jawatan Timbalan Speaker Dun Selangor pun mahu direbut daripada PAS oleh parti DAP.

Bukan itu sahaja, agenda Hudud PAS yang mahu dilaksanakan sejak sekian lama juga ditentang oleh PKR dan DAP. Mereka mengeluarkan hujah hujah dangkal bagi menghalang pelaksanaan Hudud PAS walaupun jelas dalam Islam Hudud yang mahu dilaksanakan itu membawa seribu kebaikkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. Ini bukanlah cerita dongeng Awang Sulung Merah Muda yang mempunyai banyak panau kesaktian itu. Zaman Rasulullah di Madinah telah membuktikannya. 

Selain itu, kemasukkan PAS ke dalam Pakatan juga menyebabkan parti itu semakin berpecah belah dengan wujudnya PASMA. Puak puak Liberalisme semakin berkuasa dalam PAS. Kedudukan Haji Hadi pun boleh terancam pada bila bila masa. Kepimpinan ulamak juga tidak mustahil akan hilang jika PAS terus bersama Pakatan.

Sejak PAS bersama Pakatan, PAS seperti ‘orang kurang upaya’ kerana tidak mampu lagi untuk mempertahankan Islam dan Melayu seperti dahulu. Penghinaan terhadap Islam dan Melayu tidak mampu dibalas dan dipertahankan oleh PAS kerana ingin menjaga hati rakan sepakatan. Oleh itu, Islam dan Melayu terus diperlecehkan oleh chauvinis tanpa PAS mampu melakukan apa apa. Contoh terbesar yang boleh dilihat di sini adalah dalam isu pengunaan kalimah Allah dalam kitab Bible.
 
Sebagai blogger, inginlah saya menyarankan PAS untuk keluar dari Pakatan rakyat. Saya tidak meminta PAS untuk bergabung dengan UMNO sekiranya PAS jijik untuk bergabung dengan parti Melayu itu tetapi saya meminta PAS untuk berdiri sendiri secara bebas dan berdikari dalam menghadapi suasana politik yang mencabar ini.

PAS tidak perlu takut untuk kalah dalam pilihanraya. Ingatlah, yang memenangkan PAS, UMNO, PKR dan DAP bukan rakyat tetapi Allah! Tidak ada gerak selain daripada gerak Allah. Jika Allah menghendaki semua hati pengundi mengundi PAS dalam pilihanraya, Insha Allah…PAS pasti mampu memerintah Malaysia secara bersendirian tanpa perlu campurtangan UMNO, PKR dan DAP.

Saya yakin dan percaya, jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bergerak secara bersendirian sebagai parti politik tunggal, PAS pasti mampu untuk menawan Putrajaya. Haji Hadi pasti boleh menjadi Perdana Menteri dan pemimpin pemimpin PAS yang lain pasti boleh menjadi Menteri Kabinet. Di ketika itu, sudah tiada apa lagi yang boleh menghalang PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia.

Adakah PAS takut kehilangan undi dari pengundi Cina dan India? PAS tidak perlu takut atau risau dalam hal itu. PAS perlu belajar dari UMNO dalam soal ini. Tanpa sokongan kaum Cina dan India pun, UMNO masih boleh mempertahankan kuasanya dalam piliharaya umum yang lalu. Mengapa? Kerana yang menentukan kemenangan UMNO bukan pengundi tetapi Allah s.w.t jua.

Adakah PAS tidak percaya kepada kuasa Allah? Adakah PAS tidak percaya bahawa Allah adalah pentadbir di langit dan di bumi? Tepuk dada dan tanya iman. PAS perlu ingat bahawa kemenangan UMNO pada PRU yang lalu bukan kerana UMNO itu sebuah parti yang bagus. UMNO menang kerana Islam dan Melayu ingin dipertahankan dari terus diganggu gugat oleh sesiapa pun.

Kesimpulannya, PAS tidak perlu takut untuk keluar Pakatan dan untuk menjadi parti politik tunggal kerana yang menentukan kemenangan PAS bukan pengundi tetapi Allah juga. Diharapkan pemimpin pemimpin PAS memperbetulkan semula niat mereka untuk menyertai politik. Jika niat mereka ingin memelihara agama, bangsa dan tanah air, Insha Allah…PAS mampu untuk menawan Putrajaya secara bersendirian. Jika niat pemimpin PAS ingin mengejar pangkat, harta dan kuasa, sampai bila bila pun PAS akan menjadi pembangkang di Malaysia.



2 ulasan:

  1. Inilah agaknya balasan Allah bila PAS mengkafirkan UMNO lalu bersatu dengan DAP malah sanggup bersahabat dengan 'syaitan' semata-mata mahu menjatuhkan musuh politik..

    BalasPadam
  2. Hukuman Hudud kalau dilaksanakan sebaiknya memang akan membawa seribu rahmat, kerana ia akan mendidik jiwa2 kita yang kotor ni supaya lebih mendekatkan diri kepada Pencipta kita, Allah SWT.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.