Jumaat, 6 Februari 2015

MUFTI, NAJIB DAN KEADILAN

Sumber : Google


Terkejut juga saya apabila membaca laporan akhbar Sinar Harian apabila akhbar itu melaporkan yang Dr. Asri Zainal Abidin dilantik semula sebagai Mufti Perlis bagi menggantikan Dr. Juanda Jaya. Umum mengetahui bagaimana sinis dan kritisnya Dr. Asri kepada kerajaan Barisan Nasional. Pendek kata, semua yang dilakukan oleh BN itu buruk dan jelik tetapi apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat itu cantik dan molek. 

Baru baru ini, Dr. Asri telah menegur Najib yang pergi ke perayaan Thaipusam. Saya cuba bersangka baik di atas teguran itu dan saya juga bersetuju dengan teguran Dr. Asri itu. Memang orang Islam tidak digalakkan untuk merayakan perayaan agama lain seperti yang dilakukan Najib. Tahniah Dr. Asri. Siapa lagi yang boleh menegur pemimpin kalau bukan ulamak dan penulis? Pada saya, apa yang dilakukan oleh Dr. Asri itu benar, ikhlas dan tiada motif politik. 

Sejujurnya saya menghormati Dr. Asri sebagai seorang ilmuwan Islam yang berkaliber dan berwibawa walaupun ada pandangan pandangan beliau yang saya tidak setuju. Saya yakin, kerana beliau mampu menguasai pelbagai disiplin ilmu, berliau berada di tempatnya sekarang dan beliau layak untuk mengeluarkan sebarang pandangan. 


Walaubagaimanapun, saya tidak memandang beliau sebagai ulamak pewaris Nabi. Ulamak yang benar benar mengikut jalan Nabi Muhammad s.a.w dalam menegakkan kebenaran di muka bumi Allah ini. Mengapa? Kerana beliau tidak adil dalam mengeluarkan pandangan dan pendapatnya. Beliau punya pandangan bersifat berat sebelah dan hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak. 

Jika benar beliau boleh menegur Najib kerana menghadiri perayaan Thaipusam, mengapa pula beliau tidak berani menegur pemimpin pemimpin Islam dalam Pakatan yang membenarkan penggunaan Kalimah Allah dalam kitab Bible Bahasa Melayu? Adakah beliau bersetuju kalimah Allah dilacurkan di dalam kitab tersebut? Adakah beliau tidak memahami maksud Surah Al Ikhlas? Mustahil ulamak muktabar seperti beliau tidak memahami maksud surah itu.

Selain itu, mengapa suara beliau tidak berkumandang selantang itu untuk menegur beberapa orang pemimpin Islam Pakatan yang membenarkan pesta arak Octoberfest tahun lalu? Jelas beliau bersifat berat sebelah di dalam hal itu. Ataupun beliau memang menyokong pesta arak itu? Bukan menuduh tetapi sekadar bertanya. 

Nabi sendiri memartabatkan keadilan dan sebagai ulamak pewaris Nabi, wajarlah beliau mewarisi sikap dan sifat Nabi itu walaupun tidak secara sepenuhnya. Jika beliau sendiri tidak mampu berlaku adil, bagaimana pula Islam mahu dimartabatkan kerana Islam sendiri tertegak atas prinsip keadilan. 

Saya bukan mahu tunjuk pandai. Siapa saya mahu berlawan dengan Dr. Asri yang hebat dan tinggi ilmu agamanya itu. Namun, sebagai blogger yang berpegang kepada prinsip keadilan, saya tidak bersetuju dengan pendekatan dan cara yang digunakapakai oleh Dr. Asri.

Ingatlah, ketidakadilan akan menyebabkan masyarakat berpecah belah. Kita tidak mahu, hanya kerana pandangan kita tidak bersifat adil, rakyat akan terus berbalah dan bermasam muka. Pada saya, jika beliau sudah tidak boleh lagi berlaku adil, adalah lebih baik beliau tidak perlu bersuara. Namun, tidak lengkap pula tugas seorang ulamak yang perlu menegur pemimpin agar tidak terus hanyut dengan nikmat dunia dan kuasa. 

Kesimpulannya, saya berharap Dr. Asri boleh berlaku adil jika mahu memberikan sesuatu pandangan. Jika beliau boleh mengkritik Najib, pada saya tiada salahnya beliau boleh mengkritik pemimpin pemimpin PR yang tidak kurang juga cacat celanya. Semoga Islam akan terus terpelihara. 

2 ulasan:

  1. Agaknya ini adalah pendekatan kerajaan untuk merapati 'musuh' dan merapatkan lagi sahabat. Sekalipun dr.asri ni selalu terlibat dalam kontroversi 'fatwa' antam keromo, semoga dengan perlantikan ini mampu membawa kebaikan kepada perpaduan umat Islam di Malaysia.

    BalasPadam
  2. Ermmmm...saya ni bukan kenal sangat ahli politik ni. Kalau beliau beliau berat sebelah dalam menegur pemimpin yang buat salah secara jelas memang x adillah. Ermmm..pemimpin mestilah seorang yang adil.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.