Ahad, 15 Februari 2015

LIEBSTER AWARD OLEH SHUKRAN TQ



Tiba tiba sahaja saya menerima tag daripada blogger Shukran TQ untuk menyiapkan soalan soalan Liebster Award yang dia bagi. Jom tengok apa soalannya dan apa jawapan saya.


1. Apa yang anda akan buat bila bergaduh dengan kawan?

Buat bodoh je. Hahaha. Kalau saya yang salah, saya akan minta maaf cepat cepat. Kalau dia yang salah, dia kenalah minta maaf dengan saya. Kalau dia tak minta maaf, saya buat tak tahu je. Jahat tak aku. hahaha

2. Love story movie apakah yang paling best?

Banyak la nak sebut satu persatu. Saya pun dah lupa. Okeylah... yang saya ingat adalah Twilight. Semua filem Twilight saya tengok. 

3. Apakah kelebihan anda?

Entahlah...huhu. Saya MUNGKIN banyak pengetahuan am kot sebab saya banyak baca. Tapi tak tahulah. Itu orang selalu cakap kat saya. Saya rasa kelebihan saya adalah boleh menulis pelbagai perkara antaranya novel, cerpen, hiburan, isu semasa dan isu politik mengikut pandangan saya tetapi tak bagus mana la...biasa biasa je...


4. Apa pandangan anda terhadap peribadi saya melalui entri entri saya?

Jujurnya saya baru je kenal dengan blog Shukran TQ ni. Jadi tak boleh nak judge sangat. Kalau ada pun mungkin seorang yang suka berkongsi sesuatu ilmu baru dan seseorang yang suka meneroka perkara perkara yang jarang diketahui orang lain untuk dikongsikan bersama. Tak tahulah betul ke tak penilaian saya ni.

5. Movie apakah yang paling sedih yang pernah anda tonton?

Movie yang pasal keibubapaan la...tapi tak ingat movie apa. Biasa kalau movie sedih sedih ni saya jarang rasa sedih. 

6. Bilakah kali terakhir anda menangis?

Tahun 2012 sebab tak pandai pandai lagi bawa kereta masa belajar memandu padahal dah lapan jam belajar dan duit dah banyak terbang. (Malulah!)

7. Pernahkah anda menjadi pengecut apabila seseorang amat perlukan bantuan anda?

Kejamnya soalan...soalan berani mati ni! Jawapannya tak pernah sebab orang tak pernah minta tolong saya untuk buat perkara perkara yang besar dan bukan bukan. Kahkahkah.


Tamatlah sudah saya menjawab soalan soalannya. Maafkan saya sebab saya tak tag sesiapa untuk Liebster Award ni sebab saya tak ada idea nak tag sesiapa dan tak ada idea nak buat soalan. Minta maaf banyak banyak ye pembaca semua. :(



8 ulasan:

  1. Hehehe akak pun pernah menangis sbb x reti nak tukar gear sambil kereta berjalan..

    BalasPadam
  2. salam perkenalan dari adkdayah :)
    kanvaskehidupanku.blogspot.com

    BalasPadam
  3. erkkk... soalan bunuh diri... tak sanggup nak jawab... kalau saya semua saya jawab...'sulit dah persendirian' hahahaha lagi kejam kan

    BalasPadam
  4. hehe..nasib baik la IbuNoey tak pernah kena tag lagi..

    eh,IbuNoey pun suka tengok citer twilight.tak miss satu episod pun..

    BalasPadam
  5. hah.. ribuan trima kasih sbb jwab.. happy blogging

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.