Ahad, 15 Februari 2015

HAJI HADI TIDAK CEKAP MACAM DR. MAHATHIR

Sumber : Google
 
Siapa tidak kenal dengan Haji Hadi dengan Dr. Mahathir. Kedua duanya tokoh politik yang disegani oleh kawan dan lawan. Namun begitu, banyak juga perbezaan di antara mereka. Haji Hadi berideologi politik siasah Islamiyah manakala Dr. Mahathir berfahaman politik Islam nasionalisme.
 
Dr. Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun manakala Haji Hadi pernah menjadi Menteri Besar Terengganu selama lima tahun (lebih kurang). Haji Hadi berpendidikan dalam bidang Islam dan keagamaan manakala Dr. Mahathir berpendidikan dalam bidang kedoktoran dan perubatan.
 
Persamaan di antara kedua dua sosok politikus ini adalah mereka menjadi Presiden kepada dua buah parti politik yang berlainan. Dr. Mahathir pernah menjadi Presiden UMNO menggantikan Tun Hussein Onn manakala Haji Hadi menjadi Presiden PAS bagi menggantikan Ustaz Fadzil Noor.

Sumber : Google

Walaupun kedua duanya menjadi Presiden kepada dua buah parti politik, namun ternyata Dr. Mahathir lebih cekap berpolitik daripada Haji Hadi. Dr. Mahathir mampu membaca siapakah yang akan menumbangkannya dan mencantas individu itu sebelum individu itu berupaya untuk menyingkirkannya. Dr. Mahathir akan 'menimbus' individu yang mahu menumbangkannya itu sehingga mereka tidak mampu untuk bangkit kembali.
 
Itulah yang terjadi kepada Tun Musa Hitam, Tengku Razaliegh Hamzah dan Anwar Ibrahim sendiri. Ghaffar Baba tersingkir kerana permainan politik Anwar tetapi tetap atas restu Dr. Mahathir.  Oleh sebab kecekapan Dr. Mahathir dalam berpolitik, beliau boleh kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun. Kedudukannya itu dilihat seolah olah sukar untuk digugat.
 
 
Berbeza dengan Haji Hadi. Walaupun beliau sudah lama berpolitik dan sudah lama menduduki jawatan Presiden PAS, beliau masih tidak berupaya membaca siapakah lawan politiknya yang sebenar. Beliau tidak mampu membaca siapakah musuh dalam selimut yang wujud dalam PAS. Beliau juga seolah olah tidak menyedari ada gerakan untuk menjatuhkan beliau.
 
Pada beliau, musuh ketat dan utama beliau ada UMNO. Namun, beliau juga hampir lupa akan musuh politiknya yang berada di dalam PAS. Beliau beranggapan semua yang berada di dalam PAS itu terlalu baik umpama malaikat sehingga beliau lupa bahawa ahli ahli PAS juga manusia biasa. Punya nafsu untuk mengejar kuasa, pangkat dan harta.
 
Saya tidak menafikan yang musuh ketat politik PAS adalah UMNO. Itu sudah menjadi resam di sebuah negara demokrasi kerana permainan penjajah yang mahu umat Islam berpecah belah namun Haji Hadi yang merupakan seorang pemimpin Islam dan ulamak perlu buka mata dan buka minda untuk mengesan siapakah individu yang boleh menggugat beliau di dalam PAS.  
 
Haji Hadi perlu sedar bahawa golongan Liberalisme sudah berkuku dan membiak di dalam PAS. Mereka semakin berkembang hari demi hari. Mereka hanya menunggu masa sahaja untuk menyingkirkan golongan agamawan yang menjadi tunjang PAS sejak sekian lama. Tidak mustahil nasib Haji Hadi sama dengan nasib yang menimpa Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Dr. Hassan Ali.
 
Sebelum nasi bertukar menjadi bubur, adalah lebih baik sekiranya Haji Hadi dapat membaca lawan politiknya yang berada di dalam PAS terlebih dahulu sebelum bertarung dengan UMNO di gelanggang politik sebenar. Kita tidak mahu Haji Hadi tersingkir daripada jawatan yang dipegangnya sekarang oleh kerana permainan licik golongan golongan Liberalisme yang sedang berkuku di dalam PAS.
 
Jika Haji Hadi lambat bertindak, nescaya bintang politik beliau akan menjadi gerhana. Haji Hadi perlu segera bertindak sebelum beliau tersingkir dan sebelum haluan perjuangan PAS menjadi rosak binasa kerana permainan licik golongan Liberalisme ini.
 
Kesimpulannya, diharapkan Haji Hadi akan segera sedar akan kewujudan golongan Liberalisme yang sedang berkembang biak di dalam PAS itu sebelum beliau digulingkan dan sebelum perjuangan Islam PAS diperkosa oleh golongan Liberalisme yang rakus dan tamak dalam mengejar kuasa, pangkat dan harta itu.
 
 

7 ulasan:

  1. Bezanya karisma antara dr.mahathir dengan haji hadi umpama langit dengan bumi. Hadi hanyalah insan biasa yang digelar pengikutnya sebagai 'ulamak' manakal mahathir adalah manusia yang dikurniakan kepintaran yang luar biasa..

    BalasPadam
  2. Beliau orang lama yg Hadi ada pengikutnya sendiri, cuma faktor umur dan kesihatan, beliau dah berumur 68 tahun.. dr segi pencampaian agak jauh beza Tun Dr, M kedepan.
    kalau ikut wikipedia "received his education in the neighbourhood schools before continuing his studies at the Islamic University of Madinah between 1969 to 1973, and later at Al-Azhar University".

    BalasPadam
  3. pandangan tuan cukup bernas berhubung perkara ini..saya antara orang yang mengkagumi Tun Dr Mahathir..

    BalasPadam
  4. Salam Singgah...

    satu pandangan yang bernas... saya akui kekuatan Dr Mahathir dan kelemahan Haji Hadi... namun begitu satu kelemahan ketara Dr Mahathir yg memberi impak buruk kepada negara ialah, beliau sering gagal memilih penggantinya... dia rasa bersalah memilih Anwar walaupun telah mengumumkannya dua kali di dada akhbar sebagai pengganti beliau, beliau juga memilih Pak Lah yg sudahnya menyebabkan BN merosot teruk dan beliau jugalah yg menunjuk PM Najib sebagai pengganti... dan kita dilambakkan dengan kemelut demi kemelut... tapi saya setuju Haji Hadi perlu bertindak pantas mengatasi masalah golongan Liberal di dalam PAS... dia berkuasa untuk mencantas... ingatlah apa yg terjadi kepada Sarekat Islam di Indonesia... sebuah pertubuhan Islam terbesar satu ketika dulu yg tumbang disebabkan pengaruh parti komunis yg masuk perlahan2 di dalam nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya setuju dengan pandangan Bro Najib pasal Dr. Mahathir tu. hebat hebat dia pun banyak juga masalah yang dia buat semasa dia memerintah dahulu. salah satunya semasa memilih penggantinya sebagai PM.

      Padam
  5. Siapa agaknya musuh di dalam selimut PAS tu yer...

    BalasPadam
  6. Musuh yang berbeza fahaman itu memang senang nak nampak, tapi yang sefahaman sukar...
    Mereka itu ibarat duri dalam daging,
    Mahupun..
    Gunting dalam lipatan..
    Yang bila-bila masa bakal menikam dari belakang.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.