Ahad, 8 Februari 2015

BLOGGER AREA : PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Sajak Blogger Area


Blogger Area,
Dirimu umpama payung terbuka,
Menaungi ramai blogger,
Yang baru juga yang lama,
Untuk mencari tapak,
Di dunia blogger,
Yang kita tidak tahu,
Apa cabarannya.

Blogger Area,
Perjuanganmu baru sahaja bermula,
Membantu ramai blogger,
Menjadi sebuah group yang terkemuka,
Dikenang sebagai group yang berjasa,
Kepada ramai blogger di luar sana.


Blogger Area,
Nyalakan api semangatmu,
Besarkan segala tekadmu,
Menghadapi dugaan dunia,
Yang penuh pancaroba,
Yang datang dari empat penjuru dunia.

Blogger Area,
Apa pun dugaan yang datang,
Jangan biarkan langkahmu terhalang,
Terus bangun dan bangun,
Membantu ramai blogger,
Yang ingin berjaya di luar sana.

Blogger Area,
Langkahmu baru sahaja bermula,
Nanti di suatu masa,
Namamu meniti di bibir ramai blogger,
Yang ada di luar sana,
Yang baru dan juga lama,
Namamu kelak akan terkemuka,
Bersiap siagalah di hari muka.



3 ulasan:

  1. Ermmm..Blogger Area.
    Ada jugak nampak logo blogger ni kat few blog tapi xjoin lagi.

    BalasPadam
  2. Dah lama zumal tak ping entri di blogger area...

    BalasPadam
  3. Ada masa dan kesempatan, SP akan join group ni jika diizinkan..:)

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.