Jumaat, 27 Julai 2018

MENGAPA KITA MENONTON FILEM?

Image result for orang menonton film
Sumber


Menonton filem menjadi kegemaran ramai orang. Oleh sebab itulah, apabila ada sahaja filem baharu yang ditayangkan, maka berpusu-pusulah orang akan pergi ke pawagam.

Kebanyakan orang lebih suka menghabiskan wang mereka dengan menonton filem daripada membeli buku. Oleh sebab itulah, kita melihat mengapa penerbit-penerbit filem boleh menjadi kaya raya. Sayangnya, penerbit-penerbit buku pula yang sering gulung tikar.

Terdapat pelbagai sebab mengapa orang pergi menonton filem. Antara sebab-sebabnya adalah :

Pertama, untuk mendapatkan hiburan. Setelah mereka penat bekerja, mereka mahu melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan penat dan tekanan kerja mereka. Menonton filem di pawagam adalah salah satu bentuk hiburan yang boleh menghilangkan penat dan tekanan kerja.

Kedua, untuk menghilangkan bosan. Oleh kerana mereka bosan berada di rumah kerana tidak melakukan apa-apa, maka mereka akan ke pawagam untuk menonton filem. Tidak dinafikan bahawa menonton filem juga merupakan langkah terbaik untuk menghilangkan bosan.

Ketiga, untuk mengisi masa lapang. Boleh dikatakan bahawa menonton filem adalah sebagai hobi bagi diri mereka. Selain membaca buku atau bermain besi di gimnasium, menonton filem juga boleh dijadikan sebagai hobi. Cuma hobi menonton filem ini memerlukan belanja yang agak besar. Hal ini kerana, harga tiket wayang bukanlah murah!

Keempat, untuk mendapatkan sesuatu mesej daripada sesebuah filem itu. Semua filem yang dibikin pasti mempunyai mesej yang tersendiri yang ingin disampaikan oleh pengarah atau penulis skrip filem tersebut kepada penonton. Sama ada mesej itu baik atau buruk, itu usahlah difikirkan dahulu. Apa yang penting ialah mesej yang hendak disampaikan melalui filem tersebut yang boleh difikirkan oleh penonton. Walau bagaimanapun, rata-rata penonton yang pergi menonton filem pastilah hendak mendapatkan mesej yang baik.  

Kelima, untuk merasai realiti yang berlaku. Terdapat filem-filem tertentu yang dibikin berdasarkan realiti yang berlaku di sekitarnya. Misalnya ialah filem Dukun lakonan Datin Paduka Umie Aida. Filem tersebut dibikin berdasarkan kisah benar tentang pembunuhan seorang ahli politik pada tahun 1993. Generasi muda yang belum dilahirkan atau masih kecil ketika peristiwa itu berlaku pasti akan pergi menonton filem tersebut untuk mendapatkan sedikit sebanyak gambaran mengenai latar peristiwa yang pernah menggemparkan negara itu.

Keenam, untuk mencari sisi-sisi tertentu dalam sesebuah filem. Sisi-sisi tertentu itu merangkumi idea, sinematografi, olahan skrip, penggunaan CGI dan sebagainya. Biasanya orang yang mempunyai tujuan begini adalah seperti pengarah, pelajar-pelajar fakulti filem, pengkritik filem ataupun pencinta filem. Mereka pergi menonton filem adalah semata-mata untuk belajar sesuatu daripada filem yang mereka tonton itu.

Terdapat pelbagai sebab mengapa kita pergi menonton filem. Bagaimana dengan anda? Apakah yang menyebabkan anda sanggup ke pawagam untuk menonton filem?       

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today

3 ulasan:

  1. Yuhuu..Nak Nonton filem
    Salam https://www.pandianto.com

    BalasPadam
  2. Zumal tengok filem sebab terpengaruh iklan je. Hehehe...

    BalasPadam
  3. Skrg lbh byk tgk filem dr baca buku sb if membaca imiginasi perlu kuat baru dapat mghidupkan watak dlm buku tu. Tp if nonoton, tak perlu byk imiginasi,tgk je, kdg2 qpa yg ditonton blm tfikir dok akal.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.