Selasa, 24 Julai 2018

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG ANT MAN


Image result for Ant Man
Sumber

Siapa yang telah pergi menonton filem Ant Man yang kedua iaitu Ant Man and The Wasp? 

Saya tidak pergi lagi menonton filem tersebut kerana sedikit terpenuh dengan beberapa tugasan. 

Walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi kepada anda semua fakta-fakta menarik tentang adiwira bernama Ant Man ini sebagai ‘pembakar semangat’ untuk anda yang belum lagi menonton filem tersebut. 

Di bawah ialah fakta-fakta menarik tentang Ant Man : 

1.     Scott Lang merupakan Ant Man yang kedua iaitu seorang pencuri yang kacak. Hank Pym merupakan Ant Man yang sebenar. Walau bagaimanpun, sut milik Pym itu telah dicuri oleh Lang. 

2.     Ant Man merupakan salah seorang ahli yang mengasaskan Avengers. 

3.     Kekuatan fizikal Ant Man ialah empat kali ganda daripada kekuatan dirinya. 

4.     Filem Ant Man telah memenangi Anugerah Best Comic To Film Motion Picture pada tahun 2016 di Saturn Awards.

5.     Selain pencuri, pekerjaan lain Scott Lang ialah pengembara dan juruteknik elektronik.

6.     Kemunculan pertama Ant Man ialah dalam siri komik Avengers ke 181 iaitu pada tahun 1979. 

7.     Nama sebenar Scott Lang ialah Scott Edward Lang.  

8.     Keuntungan filem Ant Man yang pertama pada tahun 2015 ialah $180,202,163.  

9.     Ant Man mengalami tiga kali penggantian watak iaitu Hank Pym, Scott Lang dan Eric O’Grady. 
10.  Kemampuan Ant Man yang paling menonjol adalah mengecilkan diri dengan bantuan Pym Particle. 

Itulah fakta-fakta menarik tentang Ant Man yang perlu anda tahu. Jadi, janganlah berlengah lagi untuk menonton filem Ant Man yang kedua ini di pawagam. Bawa sekali anak-anak anda. Mereka pasti akan gembira. 

 Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today

Related Posts:

  • TELANG  Sumber : Google Penerangan : Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang ialah sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga&n… Read More
  • SELASIH  Sumber : Google Penerangan : Pokok Selasih atau nama saintifiknya Ocimum Basilicum adalah sejenis tumbuhan renek daripada keluarga Lamiac… Read More
  • SAMBUNG NYAWA  Sumber : Google Penerangan : Pokok Sambung Nyawa atau nama saintifiknya Gynura Procumbens adalah ahli keluarga Asteraceae. Tumbuhan ini d… Read More
  • MATA ITIK  Sumber : Google Penerangan : Pokok Mata Itik ialah sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di kawasan belukar kecil dan berpaya serta sering di… Read More
  • TEMU KUNCI  Sumber : Google Penerangan : Temu Kunci ialah tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan belukar atau hutan yang tidak terlalu te… Read More

2 ulasan:

  1. hehe..suka jugak tgk ant man..tapi yang baru ni tak tengok lagi,,tggu suami cari dulu..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.