Ahad, 18 Disember 2016

SEMOGA MELAYU TIDAK HILANG DI DUNIA


Image result for melayu
Sumber : Google


Bermula dengan masuknya bangsa Feringgi,
Tanah terjajah dan diambilnya segala hasil bumi,
Mengalir banyak darah, tangisan, dan keringat,
Akhirnya kemerdekaan berjaya kita dapat.

Negara yang asalnya sungguh kaya,
Kini habis tergadai semua,
Kerana kita banyak bersengketa,
Akibat merebut harta, pangkat, dan kuasa.

Apa yang tinggal pada Melayu kini,
Pegangan ekonomi kecil sekali,
Tanah pusaka habis dijual beli,
Kuasa politik dimonopoli oleh pembodek dan kroni,
Tetapi Melayu masih berhibur lagi.

Renunglah di negara negara Islam,
Mereka sentiasa diburu dan sering diancam,
Disembelih, dibedil, dan dibunuh setiap hari,
Nyawa seolah-olah tiada harga lagi.

Kini kita cuma tinggal Allah Taala,
Yang dapat membantu dan menyelamatkan bangsa,
Usahlah kita berbalah lagi,
Lupakanlah segala politik dan ideologi,
Persiapkan diri dengan ilmu yang tinggi.

Dunia semakin beranjak ke usia tua,
Segera tambahkan iman di dalam dada,
Janganlah terus terleka dan terlupa,
Semoga Melayu tidak hilang di dunia.  

2 ulasan:

  1. Melayu memang Xkan hilang di dunia.
    Cuma bagaimana nasib masa depan anak bangsa kita.
    jangan jadi melukut di negara sendiri.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.