Sumber : Google |
Saya
tidak sangka sama sekali bahawa masih ada lagi yang keliru dengan isi kandungan
blog saya. Ramai yang beranggapan bahawa saya akan menulis tentang sastera dan
bahasa dalam blog saya memandangkan nama blog saya adalah Saya Pejuang Bahasa.
Tetapi apabila mereka mula membaca, tidak banyak kandungan sastera dan bahasa yang
terdapat dalam blog saya.
Memanglah
nama dan url blog saya adalah Saya Pejuang Bahasa tetapi saya tidaklah menulis
tentang sastera dan bahasa semata-mata. Siapa sahajalah yang mahu membaca
sastera dan bahasa? Barangkali pelajar sastera dan bahasa yang akan baca tetapi
bagaimana dengan pelajar kejuruteraan, kewartawanan, perakaunan, sains, dan
seni pula? Mereka pastilah tidak mahu baca kerana sastera dan bahasa tidak ada
dalam pengajian mereka. Kecualilah jika mereka minat sastera dan bahasa.
Maka,
untuk memastikan blog ini kekal dinamik, bertahan lama, dan boleh menarik ramai
pembaca, maka saya menulis tentang pelbagai perkara. Perkara perkara yang saya
tulis di dalam blog ini adalah seperti politik, hiburan, sukan, isu isu semasa
dan sebagainya. Jika saya hanya menulis tentang sastera dan bahasa sahaja,
pastilah sukar untuk saya menarik ramai pembaca.
Sebuah
blog akan mampu bertahan jika ramai pembaca datang membaca. Jika tidak ada
pembaca, apa gunanya blog itu ada. Bagi menarik ramai pembaca, pastilah saya
perlu menulis perkara perkara yang boleh menarik orang untuk membaca. Bagi
menarik orang untuk datang membaca, isi kandungan sesebuah artikel ataupun
entri bukan sahaja perlu hebat, tajuk juga perlu dahsyat. Barulah orang akan
datang membaca kerana mereka mahu mengetahui apa yang tersirat dan apa yang tersurat.
Bukan
mudah untuk menulis blog sebenarnya. Selain perlu mempunyai disiplin yang
tinggi, idea yang banyak memang sangat sangat diperlukan sekali. Ini bagi
memastikan saya boleh menghasilkan sebuah entri yang benar benar berkualiti.
Setelah siap sebuah entri, saya perlu memikirkan tajuk yang boleh mengundang
kontroversi. Setelah siap semuanya sekali, saya perlu letakkan link atau
url entri di sana sini. Ini bagi memastikan entri yang saya tulis tadi orang
boleh kenali dan boleh cari.
Sebuah
blog akan mati sekiranya ia jarang dikemaskini. Sebab itulah untuk menjadi
seorang penulis blog, bukan sahaja memerlukan disiplin yang tinggi, idea yang
banyak memang perlu sekali. Jika malas menulis atau tidak banyak idea untuk
menulis, maka pastilah blog tidak dapat selalu dikemaskini.
Walaupun
saya acapkali menulis tajuk tajuk yang kontroversi, tetapi saya tidaklah selalu
menulis perkara perkara yang kontroversi. Saya tidak mahu bermain dengan api,
kelak memakan diri sendiri. Saya hanya menulis tajuk yang bersifat
kontroversiti untuk tujuan promosi.
Orang
yang keliru dengan blog saya mereka mungkin boleh menuduh blog saya langsung
tidak boleh dimanfaatkan. Lebih lebih lagi apabila saya menulis tentang dunia
hiburan. Mereka keliru kerana mereka hanya membaca sekali imbas ataupun sekadar
membaca entri atau artikel yang paling atas. Mereka tidak membaca keseluruhan
blog saya dari bawah sampai ke atas.
Blog
ini asalnya diwujudkan untuk memberi pandangan alternatif atau pandangan kedua
tentang sesuatu perkara. Tetapi saya tidaklah menulis pandangan saya
semata-mata. Saya turut kongsikan pelbagai berita atau info yang berlaku di
dalam negara seperti hiburan, gaya hidup, dan makanan misalnya. Ini bagi
memastikan blog saya boleh menarik ramai pembaca dan pembaca boleh mendapat
banyak manfaat daripadanya.
Usahlah
keliru dengan blog Saya Pejuang Bahasa. Blog ini bukanlah blog yang hanya
berbicara tentang sastera dan bahasa sahaja tetapi turut berbicara tentang
banyak perkara. Ini bagi memastikan blog ini boleh mendapat ramai pembaca.
Apabila blog ramai pembaca, barulah pemikiran saya boleh tersebar di sini sana.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.