Isnin, 26 Disember 2016

BUKAN MUDAH MENJADI MAHASISWA


Image result for mahasiswa
Sumber : Google


Menurut Kamus Dewan, mahasiswa adalah golongan pelajar yang menuntut di sesebuah universiti. Mahasiswa juga adalah golongan manusia yang sering dipandang tinggi. Ramai orang boleh menjadi mahasiswa tetapi tidak ramai orang boleh bertahan sebagai mahasiswa.

Mahasiswa itu selain bergelut dengan ilmu dan pengalaman, mereka juga perlu bergelut dengan rencam perjuangan. Oleh kerana tiga perkara ini, mahasiswa itu menjadi golongan yang sering diberi perhatian dan tumpuan.

Masalah utama bagi kebanyakkan mahasiswa adalah penyakit malas, kurang tidur, kurang wang, dan kurang makan. Oleh kerana masalah masalah ini, kebanyakkan mahasiswa tidak mampu bertahan. Dan disebabkan inilah kebanyakkan daripada mereka kecundang di tengah jalan.

Mahasiswa adalah golongan muda yang perlu untuk menghadapi seribu satu cabaran. Dengan cabaran itulah mahasiswa mempunyai jati diri dan daya tahan. Dengan cabaran jugalah mahasiswa boleh membentuk pengalaman. Pengalaman adalah guru terbaik dalam sesebuah kehidupan.

Pengalaman bukan sahaja boleh memberi pengajaran, malah pada masa yang sama ia boleh mendewasakan. Apabila mahasiswa sudah mempunyai kehidupan sendiri suatu hari nanti, pengalamanlah yang akan menjadi salah satu rujukan yang paling berguna sekali.

Namun begitu, tidak ramai mahasiswa mempunyai ketahanan terhadap cabaran di dalam diri. Apabila mereka berasa susah, terutama dalam pembelajaran, mereka mengambil keputusan untuk berhenti daripada universiti. Mereka menyertai alam pekerjaan untuk meneruskan kehidupan yang mereka telah pilih sendiri.

Tidaklah dikata orang yang tidak masuk universiti atau mahasiswa yang berhenti daripada universiti ini sebagai orang yang tidak boleh berjaya. Ramai sahaja orang yang tidak masuk universiti atau berhenti daripada universiti boleh menjadi lebih berjaya. Tetapi orang yang masuk universiti dan habiskan pengajiannya di universiti sudah tentu boleh lagi menjadi lebih berjaya. Dan segala tindakan dan kata kata mereka orang akan jadi lebih percaya.  

Dalam banyak urusan di dunia, orang akan serah kepada mahasiswa yang berjaya untuk menguruskannya. Orang percaya mahasiswa yang berjaya sudah pasti boleh melakukannya. Ini kerana, mahasiswa itu ada ilmu. Orang yang berilmu dipercayai boleh melakukan bermacam perkara. Oleh sebab itulah, pengurusan dan pentadbiran di sesebuah organisasi di peringkat atasan diuruskan oleh mahasiswa yang berjaya semuanya. 

Orang yang tidak masuk universiti atau mahasiswa yang tidak menamatkan pengajiannya di universiti bukanlah golongan manusia yang tidak boleh dipercaya. Tetapi kelebihan orang yang masuk universiti dan habiskan pengajiannya di universiti masyarakat akan lebih percaya.

Di universiti, mahasiswa tidak diajar tentang ilmu semata mata. Kemahiran lain seperti kemahiran memimpin, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berorganisasi dan bermacam lagi turut diajar sama. Oleh sebab itulah, kebanyakkan mahasiswa universiti yang berjaya, bukan sahaja tinggi ilmunya malah banyak kemahiran juga.

Tidak dinafikan untuk bertahan sebagai seorang mahasiswa tidak mudah. Tetapi inilah cabaran yang perlu ditempuh oleh setiap mahasiswa sampai ke sudah. Segala cabaran yang dihadapi ini akan membentuk pengalaman. Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan. Tahniahlah kepada mahasiswa yang dapat bertahan dengan segala cabaran. Moga moga mereka banyak memperoleh kejayaan.
 

1 ulasan:

  1. Memang mencabar bila kita jadi seorang mahasiswa. Ada yang cemerlang semasa di sekolah tetapi tidak lagi di universiti. semuanya kerana pengaruh rakan sebaya dan juga suasana sudah bebas tidak seperti di sekolah. Dan lagi mencabar apabila menempuhi alam pekerjaan.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.