Sumber : Google |
Seperti
yang kita semua tahu, kita telah mendapat Seri Paduka Baginda Yang-Dipertuan
Agong yang baru. Berita pemasyhuran baginda sebagai Agong telah disebarkan ke
seluruh negara. Ramai rakyat jelata suka dengan baginda iaitu Sultan Muhammad
ke-V.
Baginda
disukai bukan hanya kerana sinar Islam terpancar dalam diri baginda sahaja,
tetapi juga kerana baginda berjiwa rakyat jelata. Baginda tidak mengasingkan
diri baginda dengan rakyat jelata seperti mana yang biasa dilakukan oleh ramai
raja di dunia. Baginda sangat dekat dan mesra dengan rakyat jelata. Rakyat pun
tidak takut untuk bertemu baginda walaupun rasa hormat sangat tebal dalam diri
mereka terhadap baginda.
Baginda
bukan sahaja gemar berpakaian biasa, malah kerap juga solat berjemaah bersama
rakyat jelata. Baginda bukan sahaja tahu agama tetapi mengamalkan agama dalam
kehidupan baginda. Baginda boleh menjadi imam solat jemaah, boleh melakukan
sembelihan, dan boleh membantu memasukkan jenazah ke liang lahad. Baginda tidak
kekok atau janggal melakukan itu semua. Tidak ramai raja yang boleh lakukan
seperti mana yang baginda lakukan. Sebab itulah baginda disukai oleh rakyat
jelata dan sering pula diberi perhatian.
Malaysia
beruntung kerana mendapat ketua negara seperti baginda. Pemerintah yang baik
dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan bukan sahaja menyenangkan rakyat
jelata, malah rahmat Allah boleh datang bertimpa-timpa. Negara dan rakyat akan
sentiasa makmur dan sejahtera.
Seandainya
semua rakyat jelata boleh melakukan seperti mana yang baginda lakukan, pastilah
negara bertambah maju dan aman. Saya percaya jika Islam yang suci itu diamalkan
dalam kehidupan, dengan mengikut sebenar-benar ajaran, pastilah negara akan
terus menikmati pembangunan.
Dengan
adanya baginda di atas takhta, diharapkan bukan sahaja Islam akan terus kuat,
perpaduan rakyat juga menjadi semakin erat. Moga moga umat Islam akan terus
bersatu dan perpaduan rakyat Malaysia akan terus menjadi semakin padu.
Sekarang
ini sungguh banyak sekali masalah yang melanda umat Islam. Dengan duduknya
baginda di atas takhta, diharapkan segala masalah itu boleh diselesaikan.
Barangkali baginda punya banyak idea untuk menyelesaikan segala kerumitan. Dan
apabila baginda memberi idea, idea tersebut kita boleh bahaskan dan jika sesuai
kita perlu dan mesti laksanakan.
Rakyat
akan menjadi kuat jika pemimpinnya hebat. Rakyat akan parah jika pemimpinnya
lemah. Diharapkan baginda boleh terus menjadi pemimpin yang hebat supaya rakyat
jelata boleh menjadi rakyat yang tidak lemah.
Sebagai
ketua negara, rakyat meletakkan harapan tinggi kepada baginda. Rakyat sangat
berharap agar baginda boleh membantu untuk menyelesaikan masalah mereka.
Memanglah baginda tidak menjalankan urusan pentadbiran negara, tetapi
barangkali dengan idea yang diberi oleh baginda kepada kerajaan Malaysia boleh
membantu menyelesaikan masalah yang ada seperti kos sara hidup yang tinggi,
kenaikan harga barang yang melampau, masalah politik yang tidak berkesudahan
dan sebagainya.
Semua
bersyukur baginda Sultan Kelantan menjadi Yang Dipertuan Agong. Rakyat jelata
sangat berharap agar ada suatu perubahan yang boleh dilakukan oleh baginda
untuk memastikan agama, bangsa, dan negara kekal sejahtera sampai bila bila.
Diharapkan baginda akan sentiasa sihat untuk terus menjalankan tugas sebagai
ketua negara bagi seluruh rakyat Malaysia.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.