Sabtu, 31 Disember 2016

TAHUN BARU 2017 BUAT PARA BLOGGER

Image result for tahun baru
Sumber : Google

Sedar tidak sedar kita semua yakni para blogger sudah pun berada di tahun baru. Sebelum terlambat inginlah saya mengucapkan selamat tahun baru. Semoga tahun baru ini memberi kehidupan yang lebih baik kepada semua blogger sama ada yang telah lama mahupun yang masih baru. 

Apabila bercakap tentang tahun baru, tidak lengkap rasanya jika tidak bercakap tentang azam baru. Saya sebelum sebelum ini tidaklah mempunyai sebarang azam baru. Entah mengapa pada tahun 2017 ini saya mahu memasang azam baru pula. Mungkin kerana melihat blog saya yang tidak mempunyai banyak kemajuan yang boleh dibangga. 

Sepanjang tahun 2016 yang lalu, jumlah entri yang sempat saya tulis hanyalah sebanyak 212 entri sahaja. Sepatutnya saya perlu menulis 300 buah entri sekurang-kurangnya. Namun, akibat kekangan kerja dan masa, maka tidak banyak entri yang boleh saya tulis dengan sebanyaknya. 

Di tahun 2017 ini, saya bercadang (berazam) untuk menghasilkan 300 buah entri sekurang-kurangnya. Jika lebih, pastilah bagus lagi. Tetapi itupun bergantung kepada diri dan situasi. Jika diri dan situasi tidak menginzinkan, maka saya tidak boleh tulis begitu banyak entri. 

Jumlah pengunjung blog saya setakat ini dalam sehari sekadar 1000 orang sahaja. Itu adalah satu pencapaian yang tidak boleh saya bangga. Untuk menjadi seorang penulis blog yang berjaya dan terkemuka, saya perlu mendapat sejuta orang sehari sekurang-kurangnya. Tetapi untuk mendapatkan jumlah sebanyak itu bukanlah satu kerja yang mudah walaupun ia tidaklah mustahil untuk mendapatkannya. 

Sepanjang saya menulis blog, hanya sekali sahaja saya mendapat kerja membuat ulasan produk (job review). Itu pun semasa saya masih berada di alam diploma dahulu. Sekarang kerja itu saya tidak dapat lagi. Sama ada saya yang tidak pandai mencari atau blog saya ini yang tidak layak diberi, saya fikir itulah sebab sebabnya yang saya dapat beri. Banyak usaha yang perlu dibuat sebenarnya jika hendak dapat kerja mengulas produk berkali kali. 

Tidak banyak yang saya hendak cerita pada tahun baru ini. Saya cuma berharap agar segala azam dan cita-cita saya dapat menjadi realiti. Saya doakan agar semua blogger mendapat kehidupan yang dirahmati.

1 ulasan:

  1. 1000 orang (pageviews?) satu hari? Bagi saya itu sangat banyak.
    Kita boleh target berapa entry nak capai tetapi tidak dengan pageviews. Tetapi seperti saudara yang ada pengikut setia mungkin boleh meramalkannya.
    Saya mula tertarik ke blog ini kerana tajuknya yang bersemangat. Entry nya pun ada variety. Teruskan usaha yang baik.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.