Ahad, 4 Disember 2016

DARI SEOUL KE KUALA LUMPUR





Seorang lelaki yang kacak wajahnya,

Bekerja sebagai pelakon dan penyanyi terkemuka,

Menetap di Korea Selatan sana (Seoul),

Mahu mencari ketenangan buat dirinya,

Yang diragut oleh populariti yang dikejarnya.



Seorang perempuan yang berwajah biasa,

Bekerja sebagai wartawan di akhbar terkemuka,

Menetap di Malaysia (Kuala Lumpur),

Mahu mencari cinta buat dirinya,

Yang masih tidak kunjung tiba.



Artis lelaki korea itu,

Datang berkonsert di Malaysia,

Perempuan wartawan itu.

Menemuramah dirinya.



Artis lelaki Korea melihat peluang untuk lari,

Untuk mencari ketenangan di hati,

Akibat dirampas oleh populariti,  

Lalu dia bersembunyi dari pengurus diri,

Kecoh sedunia yang dia tiada lagi,

Semua manusia terus mencari.



Perempuan wartawan pun turut mencari,

Baru dia sedar yang artis lelaki Korea ada bersamanya di sini,

Dalam kereta yang sedang dipandunya kini.



Artis lelaki korea memohon pertolongan,

Supaya dia terus disembunyikan,

Perempuan wartawan memang hampir pengsan,

Kerana terkejut yang bukan boleh dibuat mainan.  



Perempuan wartawan sedia memberi pertolongan,

Kerana tertawan dengan wajah artis lelaki Korea yang tampan,

Tambahan pula artis itu dia punya lelaki idaman,

Dibawanya ke rumah untuk disembunyikan,

Walau pada awalnya begitu tinggi kecurigaan.



Berbagai bagai kejadian yang berlaku,

Menguji ketabahan dan kesabaran wanita dan lelaki itu,

Namun tuah sering menyebelahi mereka, 

Selalu terlepas apabila masalah datang melanda.



Segala kesulitan mereka harungi bersama,

Tambahan mereka tinggal serumah pula,

Lama kelamaan terbit rasa cinta.



Mulanya artis lelaki korea cuba menafikan,

Dia tidak mahu bercinta dengan gadis Malaysia,

Cintanya hanya pada gadis Korea sahaja,

Tetapi cinta itu Allah yang punya,

Dia boleh campak di dalam hati sesiapa sahaja.



Apabila dia sedar apabila wanita itu tiada bersama,

Apabila dia risau apabila wanita itu diserang cedera,

Akibat didabrak sebuah kereta,

Meringkuk di hospital dalam waktu yang lama,

Barulah dia tahu bahawa dia tidak boleh menolak cinta,

Dia ungkapkan kepada wanita itu rasa cintanya.

Apabila wanita itu sembuh dari sakitnya,

Mereka pun bercinta serta merta,

Tetapi mereka masih menjaga batas batas agama,

Tinggal serumah mereka tidak pernah berzina.



Agama,

Ya agama,

Agama menghalang cinta mereka,

Lelaki mahu kekal dalam agama asalnya (Kristian),

Perempuan pun begitu juga (Islam),

Mereka berbalah tentang agama,

Siapa hendak ikut siapa.



Oleh kerana kecewa akibat penghalangnya agama,

Lelaki kembali ke kehidupan asalnya,

Dia pulang ke Seoul dengan segera,

Dan dia menjadi artis terkenal semula,

Walaupun ramai orang tertanya tanya,

Ke mana mana dia menghilang lama,

Dia menjawab liburan sebentar cuma. 



Tetapi jiwanya tidak tenang sentiasa,

Perempuan yang dia cinta sentiasa ada di mindanya,

Segala yang dia lakukan serba tidak kena,

Maka dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan wanita yang dia cinta,

Dia tidak kisah untuk tukar agama,

Dia tidak kisah untuk hilang segala-galanya,

Asalkan boleh bersama dengan wanita yang dia cinta.



Keluarga lelaki menentang pada awalnya,

Namun kerana sayang dan kasih mereka boleh terima,

Syarikat pengurusan dan rakaman pun begitu juga,

Tetapi lelaki sanggup hilang populariti dan harta,

Lalu segera dia datang ke Malaysia.

Untuk bertemu dengan wanita yang dia cinta.



Dia mencari wanita itu di sini sana,

Akhirnya mereka bertemu juga,

Saat mereka melintas jalan,

Sebuah kereta gila melanggar badan,

Milik lelaki yang si perempuan sayangkan,

Matilah lelaki tanpa sempat mengucap nama Tuhan.  



Perempuan menangis kesedihan,

Mengalir air mata kesepian,

Cintanya sudah diambil Tuhan,

Hanya doa yang bisa dia titipkan,

Kepada lelaki yang berjaya membuat hatinya tertawan.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.