Ahad, 25 Disember 2016

DI TANGGA TINGKAT DUA


Image result for bangunan asrama
Sumber : Google


Di tangga itu,
Tangga yang menghubung tingkat tingkat kolej,
Kolej lelaki yang pasti,
Dituruni oleh ramai lelaki,

Aku - lelaki yang tidak punya cinta,
Terserempak seorang gadis di rumah tingkat dua,
Serta merta perasaan cinta menghiasi dada,
Tetapi sebentar cuma,
Gadis cantik hilang di sebalik pintu yang tadinya buka.

Aku yang awalnya tidak punya cinta,
Mula berasa gundah gulana,
Kerana cinta tiba tiba datang menerpa,
Ingin tahu gadis itu siapa,
Sehingga malamnya aku tidur tidak lena.

Berhari hari aku tunggu di tangga tingkat dua,
Sehabis kelas aku tunggu di sana,
Kawan yang pelik lalu bertanya,
Tidak kurang juga yang mengata.   

Segalanya aku persetankan,
Tugasan universiti ataupun teman,
Hatiku cuma mahu bertemu si gadis perawan.

Nasib yang baik ditentukan Tuhan,
Tidak berapa lama aku tunggu akhirnya kami berjumpa,
Gadis yang ditunggu keluar akhirnya,
Untuk mengutip kain di jemuran sana,     
Hati aku sungguh gembira,
Segera aku bertanya di saat itu juga,
Tentang diri gadis yang mencuri hatiku.

Di pertemuan kedua itu kami menyulam cinta,
Gadis itu juga menyimpan perasaan yang sama,
Harapnya kami berdua akan bertemu bahagia,
Jika cinta kami tidak dihalang keluarga.

Related Posts:

  • CINTA DAN DARIHAL KEHIDUPAN Sumber : Google Wajah itu datang lagi, Dan cinta pun hadir bersemi, Tiap kali wajah itu muncul kembali, Tiap kali juga cinta itu tumbuh … Read More
  • KAU TELAH MENYESAL Sumber : Google Kami terdengar khabar tentang dirimu, Kau telah menyesal seperti yang kami tahu,  Berpuluh tahun dahulu, Kau menjadi… Read More
  • MELAYU Sumber : Google Wahai Melayu bangsa hebat, Engkaulah sendi dalam diriku, Telah lama kau menjadi layu, Di bumi tanah tempat lahirmu. Sun… Read More
  • JIKA KITA BERSATU PADU Sumber : Google Jika aku berbeza pendapat denganmu, Janganlah engkau berjauh hati, Jika aku berbeza politik denganmu, Janganlah kita saling … Read More
  • PEREMPUAN CANTIK YANG BERHATI PUAKA Gambar sekadar hiasaSumber : Google Dia berwajah cantik bagaikan seorang gundik, Yang suatu ketika dahulu menjadi kegemaran raja raja … Read More

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.