Jumaat, 23 Disember 2016

JANGAN BANGGA BUAT DOSA


Image result for free hair women
Sumber : Google


Seorang selebriti wanita terkemuka (yang tidak perlulah disebut siapa) pernah menggemparkan negara dan umat Islam di Malaysia tidak lama dahulu. Semuanya gara gara dia dengan berani membuka tudung setelah sekian lama dia memakainya. Umat Islam di Malaysia tidak marah dengannya cuma mereka kecewa sahaja. Tidak pasal pasal sahaja  selebriti wanita itu menerima kecaman daripada masyarakat Malaysia. Dan tidak pasal pasal juga ramai orang berbalah di media sosial gara gara dirinya. Ada yang mengecamnya dan tidak kurang juga yang mempertahankannya.

Ada banyak sebab mengapa masyarakat kecewa dengannya kerana isu buka tudung secara tiba tiba itu. Tetapi antara salah satu sebab terbesarnya ialah, dengan membuka tudung itu, dia dilihat kembali semula ke zaman ‘kegelapan’ yang telah lama dia tinggalkan dahulu.

Dia mendakwa yang dia gembira setelah dia tidak bertudung lagi. Pengikutnya pun bertambah gara gara tindakannya yang tidak bertudung itu dan dia cuba untuk menjadi diri sendiri. Boleh dikatakan yang dia tidak terkesan sedikitpun dengan tindakannya yang membuka tudung itu. Boleh dikatakan juga yang banyak ‘tuah’ datang padanya setelah tindakannya yang membuka tudung itu.    

Jika dilihat pada mata kasarnya memanglah dia tidak ada apa apa. Cuma kita khuatir Allah tidak redha dengan dirinya. Apabila Allah tidak redha, Allah tidak timpakan bala pada dirinya sebaliknya Allah tambahkan lagi nikmat dunia supaya dia terus leka. Apabila dia terus leka, maka buat dosa pun sudah biasa baginya. Lalu dia akan terus berada dalam keadaan kesesatan yang penuh nyata.

Firaun dan Namrud adalah makhluk Allah yang hebat, berkuasa, dan kaya raya. Tetapi mereka kufur kepada Allah pula. Allah tidak timpakan bala kepada mereka tetapi Allah beri lagi nikmat yang berlipat kali ganda banyaknya supaya mereka terus leka. Allah cuba hantar Nabi Musa dan Nabi Ibrahim untuk berdakwah kepada mereka. Tetapi mereka tetap sombong dan leka juga. Akhirnya Allah musnahkan mereka seperti mana Allah musnahkan umat umat yang terdahulu. Lalu mereka pun mati dalam keadaan kufur buat selamanya.

Semua manusia memang tidak boleh lari daripada melakukan dosa. Sama ada dosa itu besar atau dosa itu kecil, manusia tetap akan buat dosa juga. Tetapi Allah minta manusia bertaubat sebagai cara untuk menghapuskan dosa. Manusia tidak boleh sesekali bangga buat dosa kelak dosa itu susah Allah mahu ampun untuk selamanya.

Manusia yang kufur tetapi tetap dapat nikmat Allah dipanggil istidraj. Namrud dan Firaun adalah antara manusia yang termasuk dalam golongan istidraj. Istidraj adalah golongan manusia yang tetap diberi nikmat oleh Allah dalam keadaan dia banyak buat dosa dan dia tidak diredhai oleh Allah pula.

Kita khuatir selebriti wanita itu masuk dalam golongan istidraj. Dalam keadaan dia buat dosa, Allah tidak beri satu kudis pada dirinya bahkan Allah tambahkan lagi nikmat pada dirinya. Kita sangat khuatir Allah beri nikmat itu untuk melekakannya supaya dia terus jauh dari Allah untuk selamanya. Tetapi kita berdoa agar Allah boleh beri hidayah pada dirinya supaya dia boleh kembali ke jalan yang benar semula.

Tidak mahu dikata yang selebriti wanita itu bangga melakukan dosa tetapi dalam riak percakapannya semacam dia menuju ke arah itu pula. Tiada siapa dalam dunia boleh menafikan atau menidakkan yang bertudung itu wajib dalam agama. Jika tidak bertudung, ia boleh mengundang dosa. Janganlah dibangga dengan tindakan tidak bertudung itu dengan mengatakan yang kita tidak menerima musibah apa apa. Sama ada peminat bertambah atau berkurang, bertudung tetap wajib bagi semua wanita dalam agama. Ada sebab tersendiri mengapa agama Islam mewajibkan semua wanita supaya menutup aurat mereka. 

Ya, semua orang dalam dunia melakukan dosa. Sesudah melakukan dosa harapnya dapat bertaubat dengan taubat nasuha agar dosa itu terhapus buat selamanya. Jangan sesekali bangga melakukan dosa kelak susah Allah mahu ampun segala dosa kita. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah beri dan bukannya semakin jauh daripada Allah lagi.
  


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.