Sumber : Google |
Sedih sekali apabila melihat nasib malang yang
menimpa bangsa Rohingya. Mereka diseksa, dibunuh, dibakar, dan dipotong hampir
setiap masa. Mereka ditindas dan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya
daripada sesiapa. Nasib mereka tidak ubah seperti nasib seekor tikus makmal
yang dijadikan bahan ujikaji oleh penyelidik yang ‘bijaksana’.
Penindasan yang berlaku kepada bangsa Rohingya
itu adalah disebabkan oleh dua perkara. Pertama adalah agama dan kedua adalah
bangsa. Oleh kerana bangsa Rohingya dilahirkan sebagai bangsa dan agama
minoriti di Myanmar, maka mereka mahu dihapuskan oleh kaum majoriti Buddist
yang ada di sana.
Pelik bin aneh apabila kita melihat isu ini.
Entah mengapa orang orang kafir yang memerintah negara Myanmar itu boleh
menjadi sejahat itu. Orang orang kafir yang tinggal di sebuah negara Islam
boleh hidup dengan aman dan tenteram selalu. Tetapi orang orang Islam yang
tinggal di negara kafir seperti Myanmar itu sering kali dibunuh dan diburu.
Penindasan terhadap bangsa Rohingya perlu
dihentikan dengan segera. Umat Islam di seluruh dunia perlu bersatu untuk
menangani isu ini dengan saksama. Kita tidak boleh membiarkan saudara seagama
kita ditindas dengan sebegitu rupa. Kita mesti menghulurkan pertolongan dengan
apa jua cara.
Apa yang berlaku terhadap bangsa Rohingya adalah
satu pencabulan terhadap hak asasi manusia. Biasanya, apabila berlaku
pencabulan hak asasi manusia dalam sesebuah negara – terutama di Malaysia –
pejuang pejuang hak asasi manusia seperti pengikut gerakan Bersih misalnya,
akan bangun memberontak di jalan raya. Tersembur air liur busuk mereka
berbicara soal hak asasi manusia yang diragut oleh kerajaan Malaysia. Tetapi
pencabulan hak asasi manusia yang terang-terangan berlaku di Myanmar sana, tidak
pula diambil perhatian oleh mereka semua. Mereka terus menutup mata atas apa
yang berlaku itu. Sedikit pun mereka tidak mahu berbahas apatah lagi bertindak
berkenaan dengan soal itu. Jelaslah bahawa perjuangan hak asasi manusia mereka
mempunyai agenda agenda tertentu.
Bukan hanya pejuang hak asasi manusia di
Malaysia sahaja, pejuang pejuang hak asasi manusia di seluruh dunia pun sama
juga. Mereka hanya membisu melihat pembantaian besar besaran yang dilakukan
oleh Buddist Myanmar terhadap bangsa Rohingya. Sedikit pun mereka tidak mahu
membela nasib malang yang menimpa bangsa Rohingya.
Kita sedih melihat bangsa Rohingya yang tidak
mendapat pembelaan yang sewajarnya. Nasib malang yang menimpa rakyat Palestin,
Gaza, dan Syria sering kali mendapat perhatian daripada kita semua. Tetapi
nasib malang yang menimpa bangsa Rohingya – bangsa yang seagama dengan kita –
kita seolah olah terlupa mengenainya.
Kita tidak boleh buat begitu. Bukankah umat
Islam itu bersaudara selalu? Jika kita boleh bantu orang Palestin, Gaza, dan
Syria, kita juga mesti bantu orang orang Rohingya. Mereka amat memerlukan
bantuan daripada kita semua.
Desakan sesetengah pihak agar Malaysia memboikot
Piala Suzuki AFF yang berlangsung di Myanmar adalah suatu perkara yang perlu.
Tetapi oleh sebab sebab tertentu, kerajaan Malaysia dilihat tidak bersedia
untuk memboikot temasya sukan itu. Dan akhirnya pasuka bola sepak kita tewas
kepada pasukan daripada negara itu. Mungkin itu satu petanda yang Allah murka
dan tidak setuju.
Ada banyak sebab mengapa kerajaan tidak bersedia
untuk memboikot temasya sukan yang akan berlangsung di Myanmar sana. Tetapi
jika kerajaan bersungguh untuk membantu bangsa Rohingya yang tertindas itu,
sebab sebab itu tidak boleh dijadikan alasan sebenarnya. Kerajaan sepatutnya
perlu untuk memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar untuk menangani isu itu
dengan segera.
Usaha kecil atau besar bukanlah isunya. Yang
penting adalah kerajaan usaha dahulu untuk menanganinya. Jika usaha pun tiada,
bagaimana masalah yang menimpa bangsa Rohingya itu dapat diselesaikan dengan
segera?
Ingatlah, usaha besar atau kecil Allah tetap
pandang juga. Jika tidak berusaha untuk membela nasib umat Islam yang tertindas
pun Allah tetap akan kira. Terpulanglah kepada diri masing masing untuk
menyelesaikan isu yang melanda. Dan terpulanglah kepada diri masing masing
bagaimana untuk menjawab di depan Allah di Mahsyar sana. Moga moga usaha kita
yang kecil untuk membela nasib umat Islam yang tertindas dapat menyelamatkan
kita daripada siksaan api neraka.
Kita yang berada di Malaysia tidak boleh berdiam
diri sahaja. Ya, kita memang tidak boleh membantu mereka melalui tenaga dan
senjata, tetapi kita masih boleh membantu mereka dengan wang atau harta yang
kita ada. Jika tidak ada harta pun, berdoalah untuk mereka agar diberi
perlindungan oleh Allah hendaknya. Janganlah kita menjadi makhluk Allah yang
tidak mahu berusaha walaupun sebesar biji sawi untuk membela nasib umat Islam yang
tertindas di seluruh dunia. Kelak tiada jawapan yang kita hendak beri apabila Allah
tanya di akhirat sana.
semoga dipermudahkan untuk mereka..amin
BalasPadam