Khamis, 1 Disember 2016

TULIS APA YANG KITA TAHU SAHAJA


Image result for menaip
Sumber : Google


Dengan kewujudan media sosial pada masa kini, manusia boleh menulis hampir setiap hari. Blog dan Facebook umpamanya, adalah antara media sosial yang membolehkan untuk seseorang manusia itu menulis tentang pelbagai perkara. Manusia boleh menyampaikan maklumat, fikiran, rasa dan sebagainya dalam media sosial milik mereka. Segala yang ditulis oleh seseorang manusia itu boleh dibaca oleh ratusan malah mungkin ribuan lagi manusia.

Di zaman dahulu, hanya penulis, cendekiawan, dan wartawan sahaja yang menulis. Tetapi kini semua orang boleh menulis dan menjadi penulis (kononnya).

Apabila semua orang menjadi penulis (kononnya) dan boleh menulis, maka pelbagai perkara ditulis oleh mereka. Sama ada perkara itu benar ataupun palsu, ia tidak difikirkan selalu. Apa yang penting bagi mereka adalah menulis dahulu. 

Manusia sekarang ini bukan sahaja menulis perkara yang tidak dapat dipastikan sama ada benar ataupun palsu, malah kadang kala menulis perkara yang mereka sendiri tidak tahu. Mereka menulis sesuatu perkara itu tanpa maklumat dan penyelidikan yang mencukupi. Mereka hanya menulis dengan mengikut rasa hati. Semuanya kerana ada tujuan tujuan tertentu. Akibatnya, orang yang membaca menjadi keliru.     

Apabila sesuatu penulisan itu didedahkan kepada sesebuah masyarakat, masyarakat boleh percaya atau boleh tidak percaya. Tetapi kebanyakkan anggota masyarakat akan mudah percaya. Apabila ramai anggota masyarakat yang percaya, maka gegak gempitalah seluruh negara walaupun apa yang mereka percaya itu belum tentu hujung pangkalnya. 

Sebab itulah seseorang itu perlu menulis di media sosial miliknya perkara yang benar dan yang dia tahu sahaja. Jika dia menulis perkara yang tidak benar atau dia sendiri tidak tahu, ia akan membuatkan masyarakat menjadi keliru. Dikhuatiri juga, ia akan menjadi fitnah semata mata seterusnya menyebabkan masyarakat menjadi huru hara.  

Menjadi seorang penulis bukan suatu perkara yang mudah. Setiap penulisan yang ditulis oleh seorang penulis itu mesti dipertanggungjawabkan kerana ia adalah amanah. Menjadi seorang penulis bukan memerlukan bakat dan minat semata mata, malah banyak membaca adalah suatu perkara yang perlu juga. Banyak maklumat mesti disimpan oleh seorang penulis dalam dada dan minda mereka. Oleh sebab itu, bukan semua orang boleh menjadi seorang penulis yang berjaya.

Sebab itu disyaratkan untuk menjadi seorang penulis supaya membaca sebanyak banyaknya terlebih dahulu. Ini membolehkan seorang penulis itu mempunyai banyak maklumat dan ilmu. Maka, segala apa yang dia tulis itu adalah perkara yang dia tahu. Ini bagi mengelakkan dia menghasilkan penulisan yang merapu dan membuatkan masyarakat menjadi haru biru. 

Oleh yang demikian, tulislah apa sahaja perkara di media sosial milik kita dengan perkara perkara yang kita tahu sahaja. Jangan sesekali menulis perkara yang kita tidak tahu bagi mengelakkan masyarakat terus bercelaru. Gunakanlah media sosial milik kita itu untuk menyebarkan ilmu dan berhentilah menyebarkan perkara perkara yang palsu. Moga moga kita semua menjadi masyarakat yang berilmu dan bukannya masyarakat yang mudah ditipu!

4 ulasan:

  1. Penulis perlu bertanggungjawab ke atas tulisan2nya.
    Tulislah sesuatu yang kita sudah pasti kebenarannya.

    BalasPadam
  2. betul.. kakak pon sokong komen kat atas.. penulis kena bertanggungjawab terhadap ape yang ditulis..

    BalasPadam
  3. salam hai.. dh lama x buat blogwalking sjk aktif berblog blik..free singgah lh yer my blog https://jassminerosse.blogspot.my/

    BalasPadam
  4. Tepat sekali.

    Masyarakat pun perlu berfikir jangan jadi macam lembu ikut saja.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.