Selasa, 18 Oktober 2016

VIRAL RAKAMAN HANYA MENAMBAH MASALAH!


nadia-nordin-pukul-wanita-bogel-2016
Sumber : Google


Ada satu penyakit yang selalu hinggap kepada masyarakat dunia termasuklah masyarakat Malaysia sejak akhir akhir ini iaitu suka merakam kejadian yang buruk buruk kemudian diviralkan di media sosial. Penyakit ini semakin hari semakin teruk dan semakin tidak rasional. Tiada tanda tanda ia akan hilang buat masa sekarang malah semakin hari semakin diterima oleh semua orang.

Apa sahaja kejadian buruk yang berlaku seperti pergaduhan suami isteri misalnya, selalu sangat dirakam menggunakan telefon pintar kemudian disebarkan kepada semua. Apabila kejadian itu dirakam, ia tidak menyelesaikan masalah sebaliknya menambahkan lagi masalah. Orang yang merakam mungkin tiada apa apa, tetapi orang yang ada dalam rakaman pasti akan jatuh air muka.

Bagi saya, orang yang suka merakam kejadian yang buruk buruk ini adalah seorang yang jahat. Orang ini suka mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh orang lain kepada masyarakat supaya masyarakat memberi perhatian terhadap apa yang diviralkan itu dengan sangat dahsyat.

Tidak dinafikan bahawa kadang kala, apa yang diviralkan di media sosial itu boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat tetapi kebanyakkannya hanya memeningkan masyarakat. Ada rakaman yang diviralkan itu bukan sahaja tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat malah memalukan orang yang terlibat.   

Tiada apa yang perlu diviralkan jika hanya melibatkan pergaduhan antara suami dan isteri melainkan kejadian buruk itu boleh memberi pengajaran kepada masyarakat. Jika rakaman yang diviralkan itu melibatkan urusan peribadi, tidak perlulah disebar ke sana ke mari kerana ia hanya akan memalukan tuan empunya diri.

Tidak dapat dibayangkan jika diri kita sendiri yang terlibat dalam kejadian yang buruk buruk itu. Kemudian ada video viral kita dalam kejadian yang buruk itu. Sudah pastilah kita dan keluarga akan mendapat malu.

Orang yang suka merakam kemudian memviral ini perlu dikenakan tindakang undang undang yang berat. Ini kerana, dia bukan sahaja menghuru-harakan masyarakat, malah memberi malu kepada orang yang terlibat. Dengan adanya tindakan undang undang yang berat, orang jahat yang suka memviral itu tidak akan membuat kerja kerja memviral lagi. Jadi, video video viral yang tidak berfaedah ini tidak akan ada sama sekali. Orang yang terlibat dalam kejadian yang buruk itu selamat, masyarakat pun tidaklah diasuh menjadi jahat. Ini kerana, jika ada seorang anggota masyarakat yang buat, orang lain pun pasti mahu buat.    

Viral memviral ini bagus jika boleh memberi manfaat kepada orang ramai, tetapi tidak bagus jika memalukan orang lain di khalayak ramai.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.