Sumber : Google |
Udara yang bersih dihirup sangat enak sekarang,
Rezeki yang lazat dinikmati pagi dan petang,
Tetapi, tetap melangkah dengan gaya yang penuh songsang,
Lalu tersesatlah di jalan yang penuh cahaya terang benderang,
Kerana terpesona dengan nikmat dunia yang banyak temberang.
Datang hanya untuk menentang hukum yang dibuat Tuhan,
Berjuang untuk merosakkan akidah hamba hamba bawahan,
Namun, dia tetap lagi diberi kesempatan,
Dan dijauhkan pula dari sebarang hukuman,
Walaupun sungguh banyak nikmat Tuhan yang didustakan.
Air penghinaan telah banyak dicurahkan kepada agama,
Muntah kekejian telah banyak dilambakkan kepada para ulama,
Namun, Tuhan tidak pernah sesekali menyesal,
Menciptakan mereka yang banyak mempertikai dan menyoal,
Tiadakah rasa syukur di hati mereka yang punya akal.
Biarlah...
Biarlah takdir yang menentukan sendiri,
Biarlah mereka yang akan menjadi saksi,
Tuhan membiarkan mereka terus hidup sendiri,
Kerana balasan yang amat pedih sedang menanti,
Percayalah, mereka pasti akan menyesal berkali kali.
Allah memberi peluang untuk bertaubat sebelum terlambat.
BalasPadam