Sumber : Google |
Sedih dan pilu rasa hati apabila
melihat orang yang selalu solat berjemaah dan suka solat berjemaah mendapat
dosa percuma. Ini kerana, orang yang selalu solat berjemaah ini suka
memperlekeh dan mempersendakan orang lain yang tidak melakukan solat berjemaah
bersama mereka.
Dalam mazhab Syafie, hukum solat
berjemaah hanyalah fardhu kifayah sahaja yakni cukup bagi sebilangan anggota
masayarakat yang melakukannya. Jika tiada anggota masyarakat yang solat
berjemaah, maka seluruh anggota masyarakat mendapat dosa.
Pandangan ulamak yang lain pula tetapi
masih dalam kalangan mazhab Syafie, hukum solat berjemaah adalah sunat muakkad.
Tetapi jumhur ulamak dalam mazhab Syafie mengatakan bahawa hukum solat berjemaah
adalah fardhu kifayah iaitu perkara yang dituntut oleh Allah supaya kita buat.
Semua tahu bahawa solat berjemaah itu
sangat dituntut dalam Islam tetapi bukan semua orang mempunyai kemampuan dan
kelapangan untuk menunaikan solat secara berjemaah. Sebilangan orang suka solat
secara bersendirian kerana dia tidak berupaya untuk menjadi pemimpin solat atau
dia tidak ada masa untuk menjadi jemaah solat.
Tetapi, ada sebilangan orang yang
suka menjadi jemaah solat gemar memperlekehkan orang lain yang tidak menjadi
jemaah solat. Sikapnya itu suka merendah rendahkan orang lain seperti imannya
sahaja yang tinggi tetapi iman orang lain tidak tinggi. Boleh dikata dia berasa
bangga (riak) kerana selalu menjadi jemaah solat hampir setiap hari.
Dia mungkin memperlekehkan orang lain
yang tidak menjadi jemaah solat itu sebagai satu tujuan dakwah atau untuk
tujuan bergurau tetapi caranya itu sangat tidak kena. Dia seolah olah mahu
menunjukkan bahawa orang yang tidak menjadi jemaah solat ini adalah orang yang
akan masuk neraka.
Apa gunanya menjadi jemaah solat atau
menjadi imam solat tetapi riak dan suka menunjuk-nunjuk? Orang yang suka
menunjuk-nunjuk dalam membuat kebaikan ini tidak mendapat pahala bahkan mungkin
boleh mendapat dosa. Lebih parah lagi segala amalan yang dilakukannya hanyalah
sia sia belaka kerana Allah tidak mahu terima.
Sungguh hairan sama sekali bahawa
orang yang selalu menjadi jemaah solat itu boleh ada rasa riak di dalam hati.
Hairan juga apabila orang yang selalu menjadi jemaah solat itu tidak menjaga
mulut (suka memperlekehkan orang lain) ketika berhadapan dengan orang yang
imannya tidak tinggi. Maka, rugilah segala amalannya selama ini.
Hendak menarik orang supaya datang ke
masjid atau tidak salah, tetapi menjadi salah apabila dia suka mempersendakan orang
yang tidak hadir berjemaah seolah olah orang yang tidak hadir berjemaah itu
akan mendapat dosa dan bakal masuk neraka. Dikhuatiri orang yang suka hadir
berjemaah itu yang banyak pula mendapat dosa akibat sikap riak yang penuh di dada.
Orang yang tidak hadir berjemaah itu
bukannya orang yang berdosa cuma dia hanya suka solat di rumah sahaja. Orang
yang tidak solat berjemaah usah dihiraukan tetapi orang yang tidak solat itu
yang perlu diutamakan.
patutnya pahala berlipat ganda.. mohon dijauhkan..
BalasPadam