Isnin, 17 Oktober 2016

SANGAT RUGI KELUAR AGAMA


Sumber : Google


Orang Islam di Malaysia pada waktu ini sedang menghadapi krisis agama yang teruk. Menerusi beberapa pendedahan yang dibuat oleh beberapa media, ramai orang Islam di Malaysia telah keluar agama. Mereka telah meninggalkan agama Islam dan masuk ke dalam agama lain. Apa sebab mereka keluar dari agama, tidak pula diketahui sampai ke hari ini.

Ironinya, ada dalam kalangan orang yang keluar agama, mereka bangga menunjukkan yang mereka telah keluar dari agama. Mereka menulis di media sosial milik mereka dan mengisytiharkan diri bahawa mereka telah selamat keluar agama. Tidak cukup mereka hina agama, mereka keluar pula dari agama dengan penuh rasa teruja.

Apabila ada orang Islam yang berani keluar agama, maka gegak gempitalah masyarakat Islam di seluruh Malaysia. Ini kerana, keluar agama itu terutama agama Islam adalah sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh penganut agama. Jika menurut hukum hakam Islam, boleh dihukum mati atau bunuh orang yang keluar dari agama. 

Walau bagaimanapun, oleh kerana undang undang syariah dalam negara tidak ketat, maka tiada tindakanlah yang dibuat. Maka, berduyun duyunlah lagi orang Islam yang tidak cukup iman ini keluar agama. Tambah merosakkan apabila ada cerdik pandai dalam kalangan orang bukan Islam, menyokong mereka untuk keluar agama.

Tiada apa yang boleh orang Islam buat untuk menghalang orang Islam lain daripada keluar agama. Apa yang mereka boleh lakukan adalah beri nasihat tetapi semua nasihat itu tidak terpakai juga. Maka, tinggalkan orang yang keluar agama ini dalam kesesatan yang penuh nyata.  

Jika sekalian orang yang keluar agama itu boleh membuka minda dan membuka mata, pasti mereka tidak akan tinggalkan agama. Ini kerana, sangat rugi tinggalkan agama Islam yang suci murni ini. Nikmat terbesar yang Allah kurnia kepada umat Islam sedunia adalah agama Islam. Allah janjikan syurga jika terus kekal dalam Islam.

Jika mereka sudah tinggalkan Islam, pastilah masa depan mereka untuk masuk syurga kelam. Maka, jangan salahkan Allah apabila mereka dihumban ke dalam neraka yang mempunyai jurang yang sangat dalam.

Biarlah kita menjadi orang yang tidak taat kepada agama asalkan bukan menjadi penentang agama dan keluar dari agama. Sangat rugi apabila kita semua tinggalkan agama. Kita bukan sahaja tidak mendapat syurga, malah kasih sayang Allah pun kita tidak dapat juga. Hidup pasti tidak tenteram jika kasih sayang Allah kita tidak dapat sampai bila bila.

Islam adalah agama mulia yang Allah redha untuk umat Islam sedunia. Maka kekal dan bertahanlah dalam agama yang mulia. Jika sudah tidak tahan, maka bersedialah untuk masuk ke dalam neraka. Moga moga kita semua boleh kekal dalam agama dan mendapat redha Allah selama-lamanya.
  

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.