Bagi sesetengah orang agama, tiada
apa yang lebih penting dalam hidup mereka selain daripada berdakwah. Dakwah itu
memang menjadi tugas setiap Muslim yang ada di dunia. Dengan berdakwah, Islam
bukan sahaja dapat tersebar luas kepada orang bukan Islam, malah boleh juga
menambahkan kefahaman agama kepada orang Islam.
Namun begitu, ramai dalam kalangan
pendakwah tidak mahir ilmu dakwah. Tidak mahir ilmu dakwah itu terjadi kerana
tidak faham ilmu dakwah yang ada dalam agama dengan secukupnya. Ramai dalam
kalangan pendakwah yang selalu berdakwah tidak kena pada tempat dan tidak kena
pada masa.
Ramai pendakwah pada hari ini selalu
berdakwah kepada orang yang salah. Mereka berdakwah kepada orang yang tidak
menentang Islam dan mempunyai kefahaman tentang Islam. Tetapi sayangnya mereka
tidak pula mahu berdakwah kepada orang yang menentang dan memesongkan
Islam.
Sekian banyak orang yang berfahaman
liberal wujud dalam negara. Mereka sengaja memesong dan mengelirukan orang
ramai terutamanya orang Islam dengan pemikiran Islam liberal mereka. Mereka
menentang pemakaian tudung bagi perempuan, menentang hudud, menentang Akta 522,
dan menyokong golongan LGBT yang dilaknat oleh Allah selamanya.
Sepatutnya golongan semacam inilah
yang sewajarnya didakwahkan oleh semua pendakwah yang ada. Jika mereka tidak
didakwahkan, mereka akan terus menyebarkan fahaman songsang mereka kepada orang
Islam lain sehingga masyarakat Islam menjadi tertanya tanya mana yang betul dan
mana yang salah sebenarnya. Golongan semacam inilah yang lebih berbahaya
berbanding orang Islam yang tidak mempunyai kefahaman yang tinggi dalam agama.
Dakwah itu menjadi baik dan bagus
sekiranya boleh dilakukan kepada orang
bukan Islam. Ramai lagi orang bukan Islam dalam negara yang bukan sahaja
tidak mahu menganut Islam, malah
prejudis pula terhadap orang Islam. Sepatutnya menjadi tugas orang yang
berdakwah supaya tarik mereka agar boleh masuk Islam atau sekurang kurangnya
tidak prejudis terhadap orang Islam.
Ironinya, perkara semacam itu tidak
pula berlaku. Ramai pendakwah melakukan kesilapan apabila menyasarkan dakwah
mereka kepada golongan yang tidak menentang Islam tetapi tidak mempunyai ilmu
yang tinggi dalam Islam. Akibatnya, orang orang yang berfahaman liberal terus
bermaharajalela menyebarkan fahaman songsang mereka kepada ramai orang
Islam.
Satu lagi kesilapan orang orang yang
berdakwah ini adalah mereka berdakwah selalu tidak kena pada masa. Tatkala
orang ada urusan yang perlu dibereskan, ketika itulah mereka datang untuk
menyebarkan dakwah. Sudahlah mereka mengambil masa yang lama untuk bercakap
tentang isi dakwah, kemudian mereka paksa pula orang orang untuk mendengar
dakwah. Jika ada orang yang menolak untuk mendengar dakwah, mereka menggunakan
agama dan Allah untuk menghalang orang lari daripada mendengar dakwah.
Saya tidak kata salah untuk mereka
berdakwah tetapi pilihlah masa yang sesuai untuk berdakwah. Janganlah berdakwah
kepada orang yang ada urusan yang perlu diselesaikan kelak urusan orang tersebut
menjadi susah. Oleh kerana kesilapan seorang pendakwah yang tidak tinggi ilmu
dakwah, urusan orang lain pula menjadi payah.
Orang orang yang berdakwah ini begitu
hebat berhujah dengan orang Islam yang menolak dakwah (kerana ada urusan yang
perlu diselesaikan), tetapi mereka tidak pula mahu berhujah dengan orang orang
liberal yang sudah pasti benci kepada dakwah. Sepatutnya semua orang yang
berdakwah patut berhujah dengan semua orang liberal supaya fikiran mereka yang
liberal itu boleh berubah. Moga moga dengan hujah dan dakwah orang yang
berdakwah itu boleh menyebabkan orang liberal melakukan hijrah – kepada tidak
beriman menjadi lebih beriman.
Tidak salah untuk pendakwah
mengembangkan dakwah tetapi perlulah dilakukan pada masa dan tempat yang betul.
Apabila dakwah dilakukan tidak kena pada tempat dan masa, dakwah itu menjadi
sia sia. Jangan sampai dakwah menjadi pengering air liur sahaja.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.