Sungguh kasihan apabila mendapat
berita bahawa pelakon Aidil Aziz bakal dikenakan hukuman gantung sampai mati
akibat terjebak dalam kes dadah. Ini adalah suatu kes yang sangat mengejutkan
dan begitu asing dalam dunia hiburan kita. Biasanya, ramai artis terlibat dalam
kes penagihan dadah, tetapi Aidil Aziz ini terlibat dalam kes mengedar dadah.
Kes yang Aidil hadapi ini sama dengan kes yang dihadapi oleh anak pelakon
Allahyarhamah Azean Irdawaty iaitu pelakon Benji beberapa tahun sudah.
Hukuman yang bakal diterima oleh
Aidil ini pun agak berat juga. Jarang sekali atau mungkin tidak pernah langsung
kita mendengar artis digantung sampai mati. Kita biasa dengar artis dihukum
penjara atau dimasukkan ke pusat sehenti tetapi artis yang digantung sampai
mati kita belum pernah dengar lagi. Sebab itu kes yang dihadapi oleh Aidil ini
begitu mengejutkan sekali.
Saya tidak pasti kes yang dihadapi
oleh Aidil ini boleh dibicarakan lagi di mahkamah ataupun tidak. Tetapi sebagai
seorang penulis blog dan peminat hiburan, diharapkan kes Aidil ini boleh
dibicarakan lagi. Moga moga mahkamah boleh meringankan sedikit hukuman yang
diterima oleh Aidil itu. Jika boleh, cukuplah Aidil dimasukkan ke dalam penjara
untuk seumur hidup sahaja. Hukuman gantung sampai mati terlalu berat bagi saya.
Saya tidak bermaksud untuk membela
seorang penjenayah atau menganggap perbuatan Aidil itu tidak salah, jauh sekali
untuk mempertikai keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Tetapi melihat
kepada diri Aidil itu, sukar untuk saya anggap dia sebagai seorang penjenayah.
Saya tidak pasti sebab sebab Aidil terlibat dengan kes dadah tetapi pasti ada
sebab yang munasabah.
Aidil memanglah bukan pelakon yang
sama tarafnya dengan Fattah Amin ataupun Zul Ariffin tetapi lakonan Aidil boleh
tahan hebat juga. Banyak kali juga wajahnya menghiasi drama drama di televisyen
kita. Wajah kacaknya itu boleh menarik ramai orang terutama perempuan untuk menonton
banyak drama yang dilakonkan olehnya. Pendek kata, Aidil ini adalah seorang pelakon
yang komersial dan bukannya pelakon bertaraf suam suam kuku sahaja.
Ramai orang kenal dengannya dan suka
menonton drama atau filem yang dilakonkannya. Oleh kerana banyak drama yang dia
terlibat, maka untuk kata dia tidak berduit itu adalah suatu tuduhan yang
sangat dahsyat. Tetapi orang masih tertanya tanya mengapa dia boleh terlibat
dalam jenayah yang sungguh berat.
Tiada apa yang boleh dibuat jika hukuman
gantung itu sudah menjadi keputusan mahkamah. Diharapkan kes Aidil ini boleh
menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak terlibat dengan sebarang najis
dadah. Jika Aidil menjalani hukumannya, dunia hiburan akan kehilangan pelakon
yang baik bakatnya. Semoga ada sinar harapan dan kebaikkan buat diri Aidil
hendaknya.
Tak tahu nama dia tapi bila tengok gambar dia, baru perasan. *bukan peminat drama Melayu*
BalasPadamtapi bila tengok gambar tu rasa macam tak sangka pulak
hah ? kes yang mana nih ?
BalasPadamXpernah tenguk lakonannya.
BalasPadamHarap2 dia X bersalah.
semoga urusan aidil aziz di permudahkan... amin...
BalasPadamAl fatihah
BalasPadamSedih..alfatihah
BalasPadam