Suasana pada
pagi satu Syawal itu sungguh meriah dengan kehadiran ahli keluarga, saudara
mara, dan sahabat handai ke rumah. Orang yang jarang kita jumpa kerana
kesibukan kerja, boleh kita jumpa pada Hari Raya Aidilfitri sempena meraikan
hari kebesaran umat Islam tersebut sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim
yang telah terpisah sejak sekian lama. Pendek kata, Hari Raya Aidilfitri itu
disambut meriah bukan sahaja untuk bergembira setelah sebulan berpuasa tetapi
juga untuk menjalinkan hubungan istimewa antara manusia yang ada di dunia.
Perkara yang sama juga berlaku kepada
keluarga Razali dan Fauziah. Setelah bertahun tahun hubungan keluarga antara
mereka terputus kerana dendam kesumat yang ada akhirnya hubungan kekeluargaan
itu terjalin mesra dalam tahun tersebut. Semua anak anak mereka – kecuali Hamad
– datang ke rumah Hafreez pada hari raya tahun itu untuk menyambutnya bersama
sama.
Setelah sekian lama Razali dan Fauziah
menempuh hari raya yang hambar tanpa kehadiran anak anak, akhirnya pada tahun
itu semuanya telah berubah. Semua anak menantu termasuk cucu cucu mereka ada
pada hari raya tahun itu. Dan sebagai ibu bapa, mereka sangat gembira dengan
perubahan itu. Mereka sangat gembira dengan keadaan itu. Dan mereka sangat
gembira dengan perubahan yang berlaku dalam hidup anak anak dan menantu mereka.
Hafreez yang merupakan seorang anak
angkat yang baik, telah berjaya mendapat kenaikan pangkat di syarikat tempat
dia bekerja. Dia telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus bahagian sekaligus
menerima kenaikkan gaji. Isterinya Haliza juga telah berbadan dua, sudah tiga
bulan kandungannya. Dan tidak lama lagi, bukan sahaja Hazim akan mendapat adik baru,
malah Razali dan Fauziah juga akan mendapat cucu baru.
Inilah ganjaran yang Allah berikan
kepada manusia manusia yang sering berbakti kepada ibu bapa. Di dunia lagi,
Allah akan membalas perbuatan manusia yang berbuat baik kepada ibu bapanya.
Jika seseorang itu sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa, maka Allah akan beri
ganjaran yang baik kepadanya. Jika seseorang itu tidak berbuat baik kepada ibu
bapa, maka Allah akan memberi balasan buruk kepadanya.
Hafizah walaupun masih tidak berkahwin
waima usianya telah lanjut, namun dia tetap bahagia dengan kehidupannya. Dia
sekarang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Bahasa di sekolahnya.
Walaupun dia masih trauma atas kejadian yang menimpa dirinya, namun dia tetap
optimis untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa. Hubungannya dengan
Fauziah dan Razali juga semakin pulih. Dia tahu bahawa tiada tempat di dunia
ini untuk anak yang derhaka sepertinya. Dia mesti terima walau seteruk mana
sekalipun ibu bapanya. Dia harus menghormati mereka kerana mereka tetap ibu
bapanya. Syurga Allah itu terletak pada redha ibu dan bapa.
Dan kini dia sangat bersyukur kerana
kedua dua perompak yang menganiaya dirinya telah ditangkap berpandukan DNA yang
terdapat dalam air mani mereka ketika mereka merogolnya tidak lama dahulu.
Mereka berdua dihukum penjara dan dikenakan hukuman sepuluh kali sebatan.
Norin juga sudah mengalami perubahan
besar dalam kehidupannya. Dia sudah berhenti menjadi peguam kerana ingin
menumpukan pada perniagaan yang diwarisi dari suaminya, Shuib, kepada dirinya.
Dia juga sudah meninggalkan NGO bernama CUCI itu. Dia tidak lagi terlibat dalam
aktiviti perhimpunan jalanan, aktiviti memperjuangkan hak golongan LGBT supaya
diiktiraf di Malaysia, dan aktiviti memperjuangkan hak bersuara. Baginya, apa
yang diperjuangkan oleh NGO bernama CUCI itu, terutama dalam memperjuangkan hak
golongan LGBT di Malaysia, akan menyebabkan lebih ramai lagi manusia akan
menjadi mangsa kerakusan golongan itu seperti yang terjadi kepada anak
lelakinya, Khairil tidak lama dahulu.
Fauziah dan Razali teringat lagi yang
mereka pernah berbalah dan bertikam lidah dengan Norin di atas penglibatan
Norin dalam mengiktiraf golongan LGBT itu. Teruk juga mereka berbalah waktu itu
namun Norin tetap berdegil dan bertegas dengan keputusannya mahu mengiktiraf
golongan itu di Malaysia walaupun Razali dan Fauziah menentangnya. Razali
berbalas hujah dengan Norin tentang perkara tersebut dan disebabkan itulah
Norin membenci mereka berdua kerana menghalangnya melakukan apa yang dia suka.
Namun, Fauziah dan Razali benar benar bersyukur kerana Allah telah menyedarkan
Norin sebelum Norin tersesat dengan lebih jauh lagi.
Khairil pula, walaupun masih trauma
dengan kejadian liwat itu, dia masih boleh menjalani kehidupan normal seperti
biasa. Dia bersyukur kerana tidak menerima kesan psikologi yang teruk atas
kejadian itu. Walaupun hatinya masih sakit terhadap Faiz yang meliwatnya dulu,
namun dia tetap berpuas hati setelah Faiz kini ditahan reman dan sekarang
kesnya sedang dibicarakan di mahkamah. Dia berharap agar Faiz menerima hukuman
yang setimpal atas segala perbuatan lelaki itu terhadapnya.
Farah, walaupun masih sedih dengan
kehilangan arwah Hamad, namun tetap juga berasa bahagia. Dia bukan sahaja telah
dinaikkan pangkat sebagai supervisor di tempat dia bekerja, malah
anaknya pula, Iman telah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di dalam
kelas. Dalam kesedihan yang masih bersisa, dia masih juga boleh merasai nikmat
bahagia yang dipinjamkan Tuhan buat dirinya. Dan sesungguhnya dia sangat
bersyukur dengan keadaan itu.
Bagi pihak Fauziah dan Razali pula,
mereka sangat sangat bersyukur dengan keadaan itu. Doa mereka selama ini untuk
melihat keluarga mereka seperti dahulu sudah termakbul. Harapan mereka untuk
melihat anak anak mereka berubah dan menerima mereka semula sebagai ibu bapa
sudah ditunaikan. Mereka berdua sekarang sedang meniti jalan bahagia di
penghujung usia mereka. Dan sebagai ibu bapa, mereka berharap agar kebahagian
keluarga mereka itu akan kekal sampai bila bila walaupun tatkala mereka sudah
tiada lagi di dunia.
TAMAT
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.