Jumaat, 12 Ogos 2016

MANUSIA JENGKEL DALAM KEHIDUPAN KITA


Sumber : Google

Ke mana sahaja kita pergi, kita pasti akan jumpa manusia yang sungguh mengjengkelkan (manusia yang kita tidak suka). Manusia manusia jengkel ini hadir dalam pelbagai bentuk – kawan, saudara, atau ahli keluarga.

Manusia manusia jengkel ini ada di mana mana. Di rumah, di pejabat, di kilang, di kampung, di kejiranan, dan di mana sahaja. Setiap tempat, mesti wujud sekurang kurangnya seorang manusia yang jengkel sikapnya.

Manusia jengkel ini memang sengaja menyakitkan hati kita sama ada melalui perbuatan, pemikiran, atau pertuturan. Setiap apa yang mereka lakukan, mesti mahu menyakitkan hati kita atau menyinggung perasaan kita. Entah apa yang mereka tidak puas hati dengan kita pun, kita sendiri tidak tahu.


Inilah asam garam dalam kehidupan. Manusia manusia jengkel ini hadir sebagai ujian dalam hidup kita. Kita perlu terima dengan tabah kerana kita tidak boleh lari daripada realiti kehidupan itu. kita semua mesti terima, bahawa manusia jengkel ini akan ada di mana sahaja kita pergi.


Kita memang tidak suka tetapi kita mesti terima. Bersabarlah dengan manusia jengkel ini. Jika sudah tidak dapat ditahan lagi, ajarlah mereka dengan kata kata dan sewajarnya sama ada secara lisan atau perbuatan. Mungkin dengan cara itu boleh menyedarkan mereka. Manusia jengkel memang wujud di mana mana! 

2 ulasan:

  1. betul...saya pernah jumpa waktu intern dulu,dekat kampung,dekat sekolah...memang menyakitkan hati tapi sabar jerlah =(

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.