Farah menyeka
air mata yang tidak henti henti turun menerusi kelopak matanya. Sesekali dia
menyedut hingus yang seakan-akan mahu keluar menerusi lubang hidungnya.
Dilapnya semua air yang keluar itu menggunakan sapu tangan berwarna merah jambu
yang ada di tapak tangannya. Di pangkuannya, terdapat Aiman juga dalam keadaan
yang sama. Menangis melihat keadaan Hamad yang terbaring lemah di atas katil
hospital kerana cedera parah akibat dipukul dengan teruk semalam sebanyak dua
kali. Hamad sudah sedar pagi tadi setelah menerima rawatan daripada doktor di
hospital itu tetapi tidur semula kerana terlalu lemah.
Tidak tahan Farah melihat keadaan
Hamad sebegitu. Dia sedih kerana Hamad telah berlaku curang dengannya dengan
meniduri perempuan lain yang lebih muda darinya. Dan dia juga sedih setelah
diberitahu oleh doktor yang merawat Hamad sejak malam tadi bahawa jangka hayat
suaminya itu di dunia ini mungkin tidak lama. Hamad bukan sahaja cedera parah
malah dia juga mengalami pendarahan dalaman dan banyak organ dalamannya juga
pecah akibat dipukul dan dibelasah dengan teruk semalam.
Dan pagi tadi juga beberapa orang
anggota polis datang setelah dihubungi oleh pihak hospital menyoal siasat
dirinya atas kejadian yang berlaku semalam. Dan pihak polis berjanji akan
membuat siasatan yang lebih mendalam atas kejadian yang menimpa Hamad. Kes ini
bukan kes kecil jadi campur tangan pihak berkuasa adalah amat perlu.
Setelah doktor memberitahu bahawa
jangka hayat Hamad sudah tidak lama, segera Farah menghubungi keluarga Hamad
mengenai keadaan Hamad itu. Farah meminta kesemua mereka terutama ayah dan ibu
Hamad supaya datang untuk melawat Hamad. Dia khuatir jika mereka tidak sempat
bertemu Hamad sebelum tiba masanya. Dan Farah sangat bersyukur kerana mereka
berjanji untuk datang secepat mungkin ke hospital untuk melawat Hamad.
Sekitar pukul sebelas pagi itu,
kesemua ahli keluarga Hamad, termasuk Fauziah dan Razali yang berkerusi roda
itu datang ke hospital untuk bertemu dan melawat Hamad. Setelah mencari, mereka
akhirnya menemui wad tempat Hamad diletakkan. Segera mereka menemui Farah yang
tidak henti henti menangis di sisi katil Hamad.
“Farah...” Panggil Fauziah dengan
lembut. Mendengar sahaja suara Fauziah, Farah segera mendapatkan wanita tua
itu. Dipeluknya wanita tua itu dengan erat. Setelah itu, dia bersalaman dengan
Fauziah. Bukan sahaja dengan Fauziah, malah semua yang berada di situ.
“Sabar nak...mak tahu kau sedih tapi
bawa banyak banyak bersabar ye. Inikan dugaan tuhan untuk kita semua.” Kata
Fauziah dengan nada sebak. Dia juga sedih melihat apa yang berlaku pada Hamad
sekarang.
“Bagaimana keadaan abang Hamad kat
Farah?” soal Hafreez yang berdiri berhampiran dengan kepala Hamad. Sayu hatinya
melihat keadaan abang angkatnya yang seperti tidak sedarkan diri itu.
“Macam tu je la Hafreez. Pagi tadi dia
dah sedar lepas tu dia tidur balik. Doktor cakap dia...dia...isk...dia dah tak
lama dah tu. Banyak betul pendarahan dalaman dia termasuk kat kepala. Organ
organ dalaman dia pun banyak yang pecah.” Farah menjawab.
“Allah...” Terdengar suara Hafizah dan
Norin menyebut kalimah itu dengan nada sayu. Pilu dan sedih hati mereka tatkala
mendengar kata kata yang baru sahaja keluar dari mulut Farah itu.
“Kita tak tahu lagi Farah. Itu hanya
kata doktor. Yang tentukan hidup dan mati ni Allah.” Kata Razali yang duduk di
kerusi rodanya di hujung kaki Hamad.
“Haihh...apalah yang Hamad buat sampai
kena pukul teruk macam ni. Kau dah report polis Farah?” Hafizah
bertanya.
“Dah kak long. Pihak hospital ada
hubungi polis. Dan pagi tadi polis ada datang buat siasatan. Tapi tu la, polis
tak boleh nak tanya banyak sebab abang Hamad belum sedar lagi masa tu.” Jawab
Farah.
“Harap Hamad akan segera sedar supaya
polis boleh buat siasatan. Orang yang pukul Hamad sampai jadi macam ni harus
menerima hukuman yang setimpal menurut peruntukan undang undang,” Kata Norin
dengan sedikit geram.
“Ibu...” Tiba tiba terdengar suara
Hamad memanggil Fauziah. Entah bila dia sedar tiada siapa yang tahu. Namun,
semua begitu bersyukur apabila melihat Hamad sudah berdar.
“Ya nak?” Sahut Fauziah sambil
mendekati Hamad. Dia mendekatkan wajahnya pada wajah Hamad yang lebam lebam,
bengkak bengkak, dan ada sedikit darah itu. Tanpa dapat ditahan tahan lagi, air
matanya tumpah di situ. Tidak pernah dia terfikir wajah anak yang dikandungnya
selama sembilan bulan itu boleh berubah menjadi semacam itu akibat dipukul oleh
samseng samseng yang tidak berperikemanusiaan.
“Ibu...Hamad tahu Hamad dah tak lama
kat dunia ni bu. Sebelum Hamad pergi, Hamad nak minta ampun banyak banyak kat
ibu. Hamad dan banyak buat dosa kat ibu. Hamad dah banyak sakitkan hati ibu.
Maafkan Hamad ye bu.” Rayu Hamad dengan sayu. Sukar benar dia mahu menuturkan
bait bait kata itu kerana mulutnya sakit dan badannya terlalu lemah. Air mata
jantannya menitik membasahi bantal putih yang ada di bawah kepalanya.
Diambilnya tangan Fauziah, lalu diciumnya berkali kali.
“Jangan cakap macam tu Mad. Ibu sayang
Hamad. Ibu dah maafkan semua dosa Hamad pada ibu. Hamad dah takde salah dah
pada ibu.” Ucap Fauziah dengan nada sayu. Air matanya terus tumpah berkali kali
tanpa dapat ditahan tahan lagi. Semua yang ada di situ turut berkongsi rasa
sedih melihat keadaan itu. Mereka turut mengalirkan air mata melihat situasi
yang menyayat hati itu.
“Farah...” Panggil Hamad dengan lembut
tetapi lemah.
“Ya abang?” Kata Farah sambil
menghampir jasad Hamad.
“Farah, abang minta maaf kat Farah
sebab dah berlaku curang. Abang tahu abang bukan suami yang baik. Tapi abang
betul betul sayangkan Farah. Abang beruntung dapat isteri yang baik macam
Farah. Maafkan abang ye sayang. Jaga anak kita baik baik. Jangan biarkan dia
jadi macam abang. Segala harta benda abang, Farah ambillah jadi harta benda
Farah. Dan selepas ni, kalau Farah ada jumpa lelaki yang baik dan nak ambil
Farah sebagai isteri, Farah terima je. Farah layak untuk dapat lelaki yang
lebih baik dari abang.” Hamad berwasiat dengan nada lemah.
“Jangan cakap macam tu bang. Farah
sayang abang. Farah dah maafkan abang.” Ujar Farah sambil menangis pilu. Tidak
tertahan hatinya melihat lelaki yang dicintainya dalam keadaan nazak sebegitu.
Fauziah yang berada di belakangnya lantas menenangkannya walaupun dia tidak
henti henti menangis.
“Ayah...” Seru Hamad dalam nada lemah
dan sayu namun nyaring. Razali yang sedar namanya dipanggil segera mendekati
anak bongsunya. Dia menolak roda yang ada di kerusi roda itu untuk mendekatkan
dirinya dengan Hamad. Kepalanya didekatkan dengan kepala Hamad. Dia mencapai
tangan Hamad yang mahu memegang tangannya.
“Ayah...Hamad minta maaf banyak banyak
kat ayah sebelum Hamad pergi ayah. Hamad dah banyak menyusahkan hidup ayah dari
Hamad lahir sampailah Hamad besar. Maafkan Hamad ayah. Maafkan Hamad.” Rayu
Hamad lagi dengan nada sedih. Keadaannya sama seperti tadi. Tercungap cungap
dan lemah ketika mahu menuturkan kata kata tersebut.
“Ayah dah lama maafkan kau nak. Kau la
satu satunya anak lelaki ayah. Ayah sayang kau nak. Ayah bangga dengan kau.
Cuma ayah tak pandai tunjuk kasih sayang ayah. Dan ayah tak salahkan kau atas
apa yang berlaku. Kau dah takde dosa dengan ayah nak. Ayah ampunkan semua dosa
kau dari dunia sampai akhirat.” Ucap Razali. Walaupun dia sebak dengan situasi
itu, namun dia tidak mahu menangis. Dia tidak mahu kelihatan lemah di depan
Hamad.
“Ayah...tolong ajar Hamad mengucap
ayah...tolong ayah...” Pinta Hamad setelah dia merasakan bahawa nyawanya
semakin mahu terpisah dari jasad. Semua yang berada di situ semakin pilu dan
sedih.
“Hamad, ikut ayah
nak...laillahaillah...” Ucap Razali secara perlahan lahan namun kalimah itu
tidak mampu ditutur atau diikut oleh Hamad. Dia tercungap cungap seperti
direndam dalam air yang terlalu dalam. Pilu semua orang yang ada di situ termasuklah
Fauziah. Tidak henti henti Fauziah berdoa di dalam hati agar Hamad bisa mati
dalam keadaan husnul khatimah. Dia memanjatkan doa kepada Allah agar akhir
kalam Hamad adalah nama Allah s.w.t
“Laillahaillah...” Razali menuturkan
kalimah tauhid dengan lebih perlahan dan lembut itu supaya Hamad dapat
mengikutinya. Tidak putus putus doanya di dalam hati agar Hamad dapat menyebut
kalimah tauhid itu sebelum nyawanya pergi diambil oleh Malaikat Maut.
“Laillahaillah...” Dengan izin dan
rahmat Allah Yang Maha Esa, yang sentiasa penuh kasih dan sayang terhadap
hamba-hambaNya, Hamad dapat mengucapkan kalimah tauhid itu dengan sempurna
walaupun lemah dan perlahan. Seusai mengucapkan kalimah tersebut, Hamad pun
menghembuskan nafasnya yang terakhir. Matanya terpejam rapat buat
selama-lamanya. Meraung Farah melihat jasad Hamad yang sudah tidak bernyawa
itu. Segera dia berlari ke jasad Hamad yang kaku itu lantas memeluknya erat
sambil menangis teresak esak. Semua yang ada di situ cuba menenangkan Farah.
Mereka menjauhkan tubuh Farah dari jasad Hamad. Hafizah lantas memeluk Farah
untuk menenangkannya.
Hafreez yang ada berhampiran dengan
kepada Hamad lantas menutup jenazah Hamad dengan kain selimut hospital itu. Pergilah
bang. Pergi dengan tenang. semoga Allah mengampunkan segala dosa dosa abang.
Semoga kita bertemu di syurga Allah nanti. Bisik hati Hafreez.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.