Sabtu, 13 Ogos 2016

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 29 (AKHIR)



         Suasana pada pagi satu Syawal itu sungguh meriah dengan kehadiran ahli keluarga, saudara mara, dan sahabat handai ke rumah. Orang yang jarang kita jumpa kerana kesibukan kerja, boleh kita jumpa pada Hari Raya Aidilfitri sempena meraikan hari kebesaran umat Islam tersebut sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim yang telah terpisah sejak sekian lama. Pendek kata, Hari Raya Aidilfitri itu disambut meriah bukan sahaja untuk bergembira setelah sebulan berpuasa tetapi juga untuk menjalinkan hubungan istimewa antara manusia yang ada di dunia.

          Perkara yang sama juga berlaku kepada keluarga Razali dan Fauziah. Setelah bertahun tahun hubungan keluarga antara mereka terputus kerana dendam kesumat yang ada akhirnya hubungan kekeluargaan itu terjalin mesra dalam tahun tersebut. Semua anak anak mereka – kecuali Hamad – datang ke rumah Hafreez pada hari raya tahun itu untuk menyambutnya bersama sama.

          Setelah sekian lama Razali dan Fauziah menempuh hari raya yang hambar tanpa kehadiran anak anak, akhirnya pada tahun itu semuanya telah berubah. Semua anak menantu termasuk cucu cucu mereka ada pada hari raya tahun itu. Dan sebagai ibu bapa, mereka sangat gembira dengan perubahan itu. Mereka sangat gembira dengan keadaan itu. Dan mereka sangat gembira dengan perubahan yang berlaku dalam hidup anak anak dan menantu mereka.


          Hafreez yang merupakan seorang anak angkat yang baik, telah berjaya mendapat kenaikan pangkat di syarikat tempat dia bekerja. Dia telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus bahagian sekaligus menerima kenaikkan gaji. Isterinya Haliza juga telah berbadan dua, sudah tiga bulan kandungannya. Dan tidak lama lagi, bukan sahaja Hazim akan mendapat adik baru, malah Razali dan Fauziah juga akan mendapat cucu baru.

          Inilah ganjaran yang Allah berikan kepada manusia manusia yang sering berbakti kepada ibu bapa. Di dunia lagi, Allah akan membalas perbuatan manusia yang berbuat baik kepada ibu bapanya. Jika seseorang itu sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa, maka Allah akan beri ganjaran yang baik kepadanya. Jika seseorang itu tidak berbuat baik kepada ibu bapa, maka Allah akan memberi balasan buruk kepadanya.

          Hafizah walaupun masih tidak berkahwin waima usianya telah lanjut, namun dia tetap bahagia dengan kehidupannya. Dia sekarang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Bahasa di sekolahnya. Walaupun dia masih trauma atas kejadian yang menimpa dirinya, namun dia tetap optimis untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa. Hubungannya dengan Fauziah dan Razali juga semakin pulih. Dia tahu bahawa tiada tempat di dunia ini untuk anak yang derhaka sepertinya. Dia mesti terima walau seteruk mana sekalipun ibu bapanya. Dia harus menghormati mereka kerana mereka tetap ibu bapanya. Syurga Allah itu terletak pada redha ibu dan bapa.

          Dan kini dia sangat bersyukur kerana kedua dua perompak yang menganiaya dirinya telah ditangkap berpandukan DNA yang terdapat dalam air mani mereka ketika mereka merogolnya tidak lama dahulu. Mereka berdua dihukum penjara dan dikenakan hukuman sepuluh kali sebatan. 

          Norin juga sudah mengalami perubahan besar dalam kehidupannya. Dia sudah berhenti menjadi peguam kerana ingin menumpukan pada perniagaan yang diwarisi dari suaminya, Shuib, kepada dirinya. Dia juga sudah meninggalkan NGO bernama CUCI itu. Dia tidak lagi terlibat dalam aktiviti perhimpunan jalanan, aktiviti memperjuangkan hak golongan LGBT supaya diiktiraf di Malaysia, dan aktiviti memperjuangkan hak bersuara. Baginya, apa yang diperjuangkan oleh NGO bernama CUCI itu, terutama dalam memperjuangkan hak golongan LGBT di Malaysia, akan menyebabkan lebih ramai lagi manusia akan menjadi mangsa kerakusan golongan itu seperti yang terjadi kepada anak lelakinya, Khairil tidak lama dahulu.

          Fauziah dan Razali teringat lagi yang mereka pernah berbalah dan bertikam lidah dengan Norin di atas penglibatan Norin dalam mengiktiraf golongan LGBT itu. Teruk juga mereka berbalah waktu itu namun Norin tetap berdegil dan bertegas dengan keputusannya mahu mengiktiraf golongan itu di Malaysia walaupun Razali dan Fauziah menentangnya. Razali berbalas hujah dengan Norin tentang perkara tersebut dan disebabkan itulah Norin membenci mereka berdua kerana menghalangnya melakukan apa yang dia suka. Namun, Fauziah dan Razali benar benar bersyukur kerana Allah telah menyedarkan Norin sebelum Norin tersesat dengan lebih jauh lagi.

          Khairil pula, walaupun masih trauma dengan kejadian liwat itu, dia masih boleh menjalani kehidupan normal seperti biasa. Dia bersyukur kerana tidak menerima kesan psikologi yang teruk atas kejadian itu. Walaupun hatinya masih sakit terhadap Faiz yang meliwatnya dulu, namun dia tetap berpuas hati setelah Faiz kini ditahan reman dan sekarang kesnya sedang dibicarakan di mahkamah. Dia berharap agar Faiz menerima hukuman yang setimpal atas segala perbuatan lelaki itu terhadapnya.

          Farah, walaupun masih sedih dengan kehilangan arwah Hamad, namun tetap juga berasa bahagia. Dia bukan sahaja telah dinaikkan pangkat sebagai supervisor di tempat dia bekerja, malah anaknya pula, Iman telah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di dalam kelas. Dalam kesedihan yang masih bersisa, dia masih juga boleh merasai nikmat bahagia yang dipinjamkan Tuhan buat dirinya. Dan sesungguhnya dia sangat bersyukur dengan keadaan itu.

          Bagi pihak Fauziah dan Razali pula, mereka sangat sangat bersyukur dengan keadaan itu. Doa mereka selama ini untuk melihat keluarga mereka seperti dahulu sudah termakbul. Harapan mereka untuk melihat anak anak mereka berubah dan menerima mereka semula sebagai ibu bapa sudah ditunaikan. Mereka berdua sekarang sedang meniti jalan bahagia di penghujung usia mereka. Dan sebagai ibu bapa, mereka berharap agar kebahagian keluarga mereka itu akan kekal sampai bila bila walaupun tatkala mereka sudah tiada lagi di dunia.


TAMAT 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.