Ketika Tengku Razaliegh Hamzah (Ku
Li) berkrisis dengan Mahathir suatu ketika dahulu akibat tidak berpuas hati
dengan beberapa perkara dalam parti, Ku Li keluar daripada UMNO dan menubuhkan
parti baharu bersama beberapa tokoh politik UMNO terkenal yang lain seperti Tan
Sri Dr. Rais Yatim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Parti yang ditubuh oleh Ku Li
itu dikata dapat menyaingi UMNO pada waktu itu.
Kini, setelah berpuluh puluh tahun,
apa yang Ku Li buat dulu, kini dibuat juga oleh Mahathir. Motifnya sama, tidak
berpuas hati atas beberapa perkara dengan pucuk pimpinan parti. Cuma punca
kepada tidak kepuasan hati itu yang berbeza. Ku Li tidak berpuas hati dengan
Mahathir kerana Ku Li gagal singkirkan Mahathir daripada merebut jawatan
Presiden UMNO. Mahathir pula tidak puas hati dengan Najib kerana Najib enggan
berundur daripada jawatan Presiden UMNO setelah terpalit dengan beberapa
skandal seperti 1MDB misalnya.
Jika kita membuat pemerhatian, apa
yang Mahathir buat sekarang, sama seperti Ku Li buat dahulu. Ku Li tubuh parti
baru serpihan UMNO, Mahathir juga mahu tubuh parti baru (perkembangan terkini
mungkin ditangguh). Ku Li bergabung dengan pembangkang membentuk Angkatan
Perpaduan Ummah (APU) untuk menumbangkan Barisan Nasional, Mahathir juga buat
perkara yang sama – bergabung dengan pembangkang yakni Pakatan Harapan untuk
menumbangkan Barisan Nasional.
Walau bagaimanapun, Semangat 46 dan
Angkatan Perpaduan Ummah yang dibentuk Ku Li akhirnya terkubur dan Ku Li
akhirnya kembali semula ke pangkuan UMNO. Cita cita Ku Li dan sekalian
pembangkang masa itu untuk menjatuhkan Mahathir dan Barisan Nasional tidak
berjaya.
Jika Ku Li yang boleh dikata sebagai
politikus yang hebat itu gagal untuk menumbangkan Barisan Nasional pada waktu
itu, adakah Mahathir yang boleh dikata politikus yang hebat juga dapat
meneruskan apa yang Ku Li gagal buat dulu? Tiada siapa yang tahu apa yang akan
berlaku pada masa depan. Kita hanya boleh merancang dan meramal berdasarkan
peristiwa sejarah dahulu tetapi tidak siapa dapat beri keputusan yang tepat
perihal yang terjadi pada masa akan datang.
Mungkin Mahathir ada strategi untuk
jatuhkan UMNO sekarang yang tidak pernah terfikir oleh Ku Li untuk menggunakan
strategi tersebut puluhan tahun dahulu. Jika Mahathir punya strategi yang
tepat, barangkali untuk dia menjatuhkan UMNO amat tinggi. Jika Mahathir guna
strategi yang hampir sama sahaja seperti yang pernah Ku Li guna dahulu,
Mahathir akan terus mewarisi kegagalan yang pernah Ku Li buat dahulu.
Sekarang orang mahu melihat, adakah
Mahathir berjaya jatuhkan UMNO pada PRU akan datang. Atau adakah nasib Mahathir
akan jadi sama macam nasib Ku Li? Gagal jatuhkan UMNO lalu akhirnya kembali
semula ke pangkuan UMNO?
Ketika Ku Li bergasak dengan Mahathir
dahulu, suasana politik waktu itu sangat berlainan dengan suasana ketika
Mahathir mahu bergasak dengan Najib sekarang. Apa yang Mahathir ada sekarang
seperti media sosial misalnya, Ku Li tidak ada pada waktu itu. Jadi, peluang
Mahathir untuk menang apabila bergasak dengan Najib itu amat tinggi. Jika apa
yang Mahathir ada sekarang dimiliki oleh Ku Li, Ku Li pun mungkin boleh menang
ketika bergasak dengan Mahathir dahulu.
Sekalian rakyat sudah tidak sabar
untuk menunggu PRU 14. Rakyat mahu lihat adakah Najib boleh dijatuhkan ataupun
tidak kerana sekarang dia digasak oleh negarawan ulung dunia iaitu Dr. Mahathir
Mohamad. Tetapi orang ramai tetap juga boleh khuatir. Ketika Mahathir digasak
Ku Li dahulu, Mahathir tidak jatuh. Adakah sekarang Najib digasak oleh Mahathir,
Najib tidak juga jatuh seperti mana Mahathir dahulu?
Kita hanya mampu merancang tetapi
rancangan Allah juga yang akan berjaya. Kalau Ku Li yang hebat itu akhirnya
kembali semula ke pangkuan UMNO setelah gagal singkirkan parti itu dalam
pilihan raya, apakah Mahathir yang hebat juga tidak boleh lakukan perkara yang
sama? Tunku Abdul Rahman walaupun tidak hebat tetapi telah berjasa besar juga
kepada negara mati di luar UMNO tanpa melihat Mahathir jatuh, apakah Mahathir
juga tidak mengalami tragedi yang sama?
Tidak mustahil apa yang menimpa Ku Li
dan Tunku dulu boleh juga menimpa Mahathir. Dosa dosa politik Mahathir banyak
juga dahulu. Mungkin apa yang terjadi kepada Mahathir sekarang adalah balasan
Tuhan atas dosa dosa politik yang pernah dia lakukan dahulu. Dan tidak mustahil
kerana dosa dosa politik Mahathir itu, Allah gagalkan cita citanya untuk
melihat Najib jatuh sekarang. Amatlah tidak pelik untuk seorang politikus
menjilat ludah dan muntahnya sendiri.
Jum'at penuh berkah, semoga kunjungan saya di hari jum'at ini bisa membawa berkah AMIIIN :)
BalasPadam