Pasti akan ada yang terkejut membaca
tajuk di atas. Pasti akan ada yang marah apabila membaca tajuk di atas. Pasti
akan ada ‘siamang siamang’ bangang yang mengatakan bahawa saya ini manusia
tidak patriotik dan tidak cintakan negara. Pasti akan ada bermacam tuduhan lagi
yang akan dilemparkan kepada saya apabila membaca tajuk artikel yang saya
hendak saya tulis ini.
Sebagai penulis blog, saya tidak
kisah akan label apa yang hendak anda lemparkan kepada saya. Saya tidak hairan
sedikit pun. Tetapi saya minta anda baca dahulu artikel yang saya tulis ini
sehingga tamat.
Ya, memang saya mahu menulis tentang
temasya sukan Olimpik yang masih hangat diperkatakan. Saya memang hendak
menulis tentang temasya sukan Olimpik yang menyaksikan atlet atlet Malaysia
gagal meraih walau satu pun pingat emas di Brazil sana.
Sebagai rakyat Malaysia, memang saya
suka dalam duka melihat Malaysia gagal meraih pingat emas itu. Saya suka bukan
kerana saya ikhlas untuk suka atas perkara itu. Saya suka secara tidak ikhlas
melihat kegagalan Malaysia meraih pingat emas itu.
‘Kegembiraan’ saya akan kegagalan
Malaysia meraih pingat emas ini tercetus apabila saya membaca status
Facebook di bawah. Status Facebook seorang manusia yang dungu dan buta
mata hati untuk melihat realiti yang berlaku pada hari hari ini.
Kemudian saya bertambah ‘gembira’
lagi apabila melihat tweet tweet yang ditulis oleh seorang pemimpin
ultrakiasu di bawah. Oleh sebab itu, saya begitu ‘seronok’ melihat Datuk Lee
Chong Wei dan sekalian atlet yang lain tidak mendapat walau satu pun pingat emas
di temasya sukan bertaraf dunia itu.
Suka saya bertanya kepada Jufazli
Shi Ahmad, siapa yang lebih rasis sekarang? Melayu atau ultrakiasu? Siapa
yang mencetuskan isu perkauman sekarang? Melayu atau ultrakiasu?
Tidak timbul isu kaum dan rasis
semasa temasya sukan Olimpik itu berlangsung. Semua orang menyokong atlet yang
bertanding itu tidak kira kaum dan agama. Atas motif apakah Jufazli mahu
mengatakan yang NGO Islam konservatif itu sebagai rasis?
Pelik bin aneh apabila Jufazli tidak
pula melemparkan perkataan rasis kepada tweet yang ditulis oleh pemimpin
ultrakiasu itu. Mengapa apabila NGO Islam konservatif yang hanya mempertahankan
hak mereka dalam Perlembagaan dituduh rasis sedangkan pemimpin ultrakiasu yang
menulis tweet rasis itu tidak dituduh rasis?
Jika manusia seperti pemimpin
ultrakiasu itu tidak mengamalkan sikap perkauman melampau, tidak mempertikaikan
segala apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, pasti NGO Islam
konservatif (tuduhan dungu oleh Jufazli) yang dituduh oleh Jufazli sebagai
rasis itu tidak akan mempamerkan ‘sikap rasis’ mereka.
Tetapi oleh kerana ramainya manusia
seperti pemimpin ultrakiasu itu, maka suka atau tidak NGO NGO Islam ini
terpaksa bangun untuk mempertahankan Islam, Melayu, dan Malaysia. Jika tidak
dipertahankan, maka lebih giatlah pemimpin pemimpin ultrakiasu ini memainkan
isu bangsa dan agama untuk kepentingan politik mereka.
Jufazli tidak perlu bermain sandiwara
murahan untuk menunjukkan sikap Malaysian Malaysianya. Adalah lebih molek jika
Jufazli pergi menuntut ilmu supaya mindanya lebih terbuka untuk memahami isu
dan tidak pula menjadi dungu! Semoga Allah mencelikkan minda Jufazli yang
keliru.
sekarang ni zaman dah ramai bijak pandai..lepas tu...suka memutar belitkan keadaan....satu dunia kan sudah tau....yang orang cina ni ada dimana-mana jer, cina yang ada disini pun tak akan dapat hak kerakyatan kat negara cina tu...jadi diorang kemana-mana pun..tak boleh hilang nama malaysia tu....so, kita yang melayu atau kaum-kaum lain yang tak senang duduk tengk orang cina mengharumkan nama negara tu....perlu berusaha dan belajar daripada mereka..........hello orang2 cina pulak, uolsz tu jgn nak sombong dan berbangga erk....kerana kita ni dah penduduk tetap kat Malasyia, jadi tak perlu nak terlalu berbangga, sebab ada juga sumbangan kaum lain yang turut mengharumkan nama negara, kalo tak dalam bidang sukan pun, ada je dalam bidang yang lain.....hihihi..selamat menyambut hari kemerdekaan .....
BalasPadambetoi tajuk macam nak marah gak la td.. huhuuuu
BalasPadam5 Suis Rahsia yang boleh buat anak anda Diam