Selasa, 23 Ogos 2016

BAGUS JUGA MALAYSIA TIDAK MENANG PINGAT EMAS DI OLIMPIK!



 Image result for olimpik 2016
Pasti akan ada yang terkejut membaca tajuk di atas. Pasti akan ada yang marah apabila membaca tajuk di atas. Pasti akan ada ‘siamang siamang’ bangang yang mengatakan bahawa saya ini manusia tidak patriotik dan tidak cintakan negara. Pasti akan ada bermacam tuduhan lagi yang akan dilemparkan kepada saya apabila membaca tajuk artikel yang saya hendak saya tulis ini.

Sebagai penulis blog, saya tidak kisah akan label apa yang hendak anda lemparkan kepada saya. Saya tidak hairan sedikit pun. Tetapi saya minta anda baca dahulu artikel yang saya tulis ini sehingga tamat.

Ya, memang saya mahu menulis tentang temasya sukan Olimpik yang masih hangat diperkatakan. Saya memang hendak menulis tentang temasya sukan Olimpik yang menyaksikan atlet atlet Malaysia gagal meraih walau satu pun pingat emas di Brazil sana.


Sebagai rakyat Malaysia, memang saya suka dalam duka melihat Malaysia gagal meraih pingat emas itu. Saya suka bukan kerana saya ikhlas untuk suka atas perkara itu. Saya suka secara tidak ikhlas melihat kegagalan Malaysia meraih pingat emas itu.     

‘Kegembiraan’ saya akan kegagalan Malaysia meraih pingat emas ini tercetus apabila saya membaca status Facebook di bawah. Status Facebook seorang manusia yang dungu dan buta mata hati untuk melihat realiti yang berlaku pada hari hari ini. 



Kemudian saya bertambah ‘gembira’ lagi apabila melihat tweet tweet yang ditulis oleh seorang pemimpin ultrakiasu di bawah. Oleh sebab itu, saya begitu ‘seronok’ melihat Datuk Lee Chong Wei dan sekalian atlet yang lain tidak mendapat walau satu pun pingat emas di temasya sukan bertaraf dunia itu. 



Suka saya bertanya kepada Jufazli Shi Ahmad, siapa yang lebih rasis sekarang? Melayu atau ultrakiasu? Siapa yang mencetuskan isu perkauman sekarang? Melayu atau ultrakiasu?

Tidak timbul isu kaum dan rasis semasa temasya sukan Olimpik itu berlangsung. Semua orang menyokong atlet yang bertanding itu tidak kira kaum dan agama. Atas motif apakah Jufazli mahu mengatakan yang NGO Islam konservatif itu sebagai rasis?

Pelik bin aneh apabila Jufazli tidak pula melemparkan perkataan rasis kepada tweet yang ditulis oleh pemimpin ultrakiasu itu. Mengapa apabila NGO Islam konservatif yang hanya mempertahankan hak mereka dalam Perlembagaan dituduh rasis sedangkan pemimpin ultrakiasu yang menulis tweet rasis itu tidak dituduh rasis?

Jika manusia seperti pemimpin ultrakiasu itu tidak mengamalkan sikap perkauman melampau, tidak mempertikaikan segala apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, pasti NGO Islam konservatif (tuduhan dungu oleh Jufazli) yang dituduh oleh Jufazli sebagai rasis itu tidak akan mempamerkan ‘sikap rasis’ mereka.

Tetapi oleh kerana ramainya manusia seperti pemimpin ultrakiasu itu, maka suka atau tidak NGO NGO Islam ini terpaksa bangun untuk mempertahankan Islam, Melayu, dan Malaysia. Jika tidak dipertahankan, maka lebih giatlah pemimpin pemimpin ultrakiasu ini memainkan isu bangsa dan agama untuk kepentingan politik mereka.  

Jufazli tidak perlu bermain sandiwara murahan untuk menunjukkan sikap Malaysian Malaysianya. Adalah lebih molek jika Jufazli pergi menuntut ilmu supaya mindanya lebih terbuka untuk memahami isu dan tidak pula menjadi dungu! Semoga Allah mencelikkan minda Jufazli yang keliru.

2 ulasan:

  1. sekarang ni zaman dah ramai bijak pandai..lepas tu...suka memutar belitkan keadaan....satu dunia kan sudah tau....yang orang cina ni ada dimana-mana jer, cina yang ada disini pun tak akan dapat hak kerakyatan kat negara cina tu...jadi diorang kemana-mana pun..tak boleh hilang nama malaysia tu....so, kita yang melayu atau kaum-kaum lain yang tak senang duduk tengk orang cina mengharumkan nama negara tu....perlu berusaha dan belajar daripada mereka..........hello orang2 cina pulak, uolsz tu jgn nak sombong dan berbangga erk....kerana kita ni dah penduduk tetap kat Malasyia, jadi tak perlu nak terlalu berbangga, sebab ada juga sumbangan kaum lain yang turut mengharumkan nama negara, kalo tak dalam bidang sukan pun, ada je dalam bidang yang lain.....hihihi..selamat menyambut hari kemerdekaan .....

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.