Sumber |
Meskipun
terdapat media sosial lain seperti Twitter dan Instagram, tetapi masih ramai
lagi orang menggunakan Facebook. Facebook dilihat antara media sosial yang
masih terus bertahan berbanding Myspace dan Friendster yang telah lama mati
kerana kemunculan media sosial yang lebih terbaharu.
Walaupun
terdapat pelbagai kritikan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial kepada
Facebook di samping kebanyakan generasi muda sudah ramai yang beralih kepada
Twitter, namun Facebook dilihat masih terus wujud. Mungkin kerana masih ramai
lagi orang-orang tertentu yang lebih selesa menggunakan Facebook berbanding
media sosial yang lain, maka Facebook tidak menerima nasib yang sama seperti
MySpace dan Friendster.
Menjadi
tanda tanya kepada kita semua, sampai bila Facebook akan terus wujud? Hanya
masa yang akan menentukannya.
Walau
apa pun, pada hari ini, kami ingin berkongsi kepada anda semua sebab-sebab
Facebook masih lagi digunakan oleh ramai orang. Sebab-sebabnya ialah :
Dapat mengetahui perkembangan
rakan-rakan lama
Setiap
daripada kita pastilah akan mengalami perubahan kehidupan. Daripada sekolah
rendah beralih ke sekolah menengah kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat
universiti dan akhirnya melangkah ke alam pekerjaan, setiap perubahan kehidupan
itu pasti bertemu dengan rakan-rakan yang baharu. Walau bagaimanapun, kita mahu
tahu juga perkembangan rakan-rakan lama kita sewaktu di sekolah rendah, sekolah
menengah dan di universiti. Untuk mengetahui perkembangan kehidupan rakan-rakan
lama kita itu, kita dapat mengetahuinya melalui Facebook. Itu pun jika kita
menjumpai akaun Facebook mereka dan berkawan dengan mereka.
Mengetahui berita terkini
Meskipun
terdapat banyak akhbar dalam talian (online) di negara ini yang diyakini kesahihannya,
namun kebanyakan daripada kita masih suka mendapatkan berita-berita terkini
daripada Facebook. Lebih dahsyat lagi kita lebih percaya berita-berita yang
tular di Facebook itu berbanding berita-berita yang disiarkan di akhbar-akhbar
dalam talian walaupun belum tentu lagi kesahihannya.
Menulis dengan panjang
Jika
kita suka menulis artikel-artikel yang panjang, selain daripada blog, kita
boleh menulisnya di Facebook. Facebook tidak mengehadkan kepada mana-mana
penggunanya untuk menulis artikel yang panjang berjela. Terpulanglah kepada
kita hendak menulis berapa panjang pun. Cuma kita risau, jika artikel terlalu
panjang, orang akan menjadi malas untuk membaca.
Mengetahui umur sebenar
seseorang
Kebanyakan
individu suka meletakkan tarikh lahir sebenar ketika mereka membuat pendaftaran
akaun Facebook. Oleh itu, setiap kali hari lahir mereka tiba, pasti Facebook
akan memberitahu kita tentang perkara tersebut. Jadi, kita dapat mengingati
tarikh lahir kawan kita dan kita dapat mengucapkan selamat hari lahir
kepadanya.
Jemputan perkahwinan
Menjadi
semacam trend sekarang ini apabila orang lebih suka menjemput tetamu untuk
hadir ke perkahwinan mereka melalui Facebook. Mereka tidak perlu lagi mencetak
kad jemputan kahwin beratus keping untuk menjemput tetamu datang ke perkahwinan
mereka. Cukup sekadar menghantar jemputan melalui Facebook sahaja. Jadi,
mana-mana kawan kita yang hendak berkahwin, kita pasti dapat tahu dan dapat
pergi ke perkahwinan tersebut.
Mengetahui majlis atau program yang
dianjurkan
Kadang-kala
ada majlis atau program (event) yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu
menarik untuk kita pergi. Apabila ada rakan-rakan Facebook kita yang pergi,
pasti Facebook akan menghantar makluman (notification) kepada kita berkenaan
program yang akan dihadiri oleh rakan-rakan kita itu. Apabila ada rakan kita
yang pergi, kita pun mungkin hendak pergi sekali.
Kongsi gambar
Mungkin
setelah memuat naik gambar di Twitter dan Instagram, kita berhasrat untuk
memuat naik gambar di Facebook pula untuk menunjukkan gambar tersebut kepada
rakan-rakan kita di Facebook. Ini mungkin kerana kita mempunyai rakan yang
berlainan di setiap media sosial yang kita miliki. Di samping itu, kita juga
dapat melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan kita.
Mengintip (stalk)
Mungkin
kita ada terminat kepada mana-mana lelaki kacak atau perempuan cantik yang kita
temui. Jadi, untuk mengetahui tentang diri mereka, kita mencari dan mengintip
akaun Facebook mereka untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang diri
mereka.
Di
atas ialah sebab-sebab mengapa Facebook masih lagi digunakan oleh ramai orang.
Walaupun Facebook agak lama berbanding media sosial lain, tetapi Facebook masih
seronok digunakan. Kami mahu tahu juga, mengapa anda masih lagi menggunakan
Facebook?
Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today. Ini adalah artitkel versi asal.
betul3..
BalasPadamRamai rakan semua ada akaun facebook
BalasPadamSaya dah jarang guna Facebook. Tapi tak ada niat nak delete, sebab saya perlukan Facebook untuk remind saya tarikh ulang tahun kelahiran kawan2 dan keluarga :)
BalasPadamsaya tak lost contact dengan member2 belajar sebab facebook la
BalasPadamFacebook adalah media sosial terbaik...
BalasPadam