Sumber |
Semacam
menjadi kewajipan perempuan di dunia ini selalu membawa beg tangan mereka untuk
ke mana-mana. Agaknya jika tidak membawa beg tangan tidak lengkap hidup mereka.
Tidak
dinafikan bahawa terdapat perempuan yang tidak membawa beg tangan. Namun,
jumlah perempuan sebegini kecil sahaja. Kebanyakan perempuan memang suka
membawa beg tangan walau ke mana sahaja mereka pergi.
Oleh
kerana beg tangan itu memang tidak dapat dipisahkan daripada diri seorang
perempuan, maka suatu siasatan perlu dijalankan untuk mengetahui mengapa
perempuan-perempuan di luar sana sangat suka membawa beg tangan ke mana-mana.
Oleh
yang demikian, pada hari ini, saya ingin kongsikan kepada anda sebab-sebab
perempuan selalu membawa beg tangan walau ke mana sahaja mereka pergi.
Sebab-sebabnya ialah :
Untuk meletakkan barang-barang
peribadi
Kebanyakan
perempuan suka meletakkan barang-barang yang dianggap penting oleh mereka
seperti ubat, dompet, barang-barang kosmetik, dan barang-barang berharga yang
lain.
Untuk bergaya
Beg
tangan bagi perempuan juga adalah untuk mereka bergaya atau berfesyen. Sebab
itu perempuan sangat suka beg tangan yang mahal dan cantik. Semuanya bertujuan
menunjukkan kepada orang lain bahawa dia seorang yang pandai bergaya dan
berfesyen.
Budaya ikutan
Oleh
kerana mereka sedari kecil lagi sudah melihat ibu, ibu saudara, kakak dan jiran
perempuan mereka membawa beg tangan, maka perkara itu semacam menjadi budaya
yang mesti diikuti oleh mereka apabila mereka dewasa. Oleh kerana budaya ini,
kita berasa aneh apabila melihat perempuan yang tidak membawa beg tangan ketika
hendak ke mana-mana.
Lambang status sosial
Beg
tangan melambangkan status sosial seseorang. Jika beg tangan yang dimiliki oleh
seseorang itu berjenama mewah dan mahal harganya, pasti orang beranggapan
bahawa perempuan tersebut daripada golongan orang kaya atau berada.
Sudah menjadi tabiat
Kebanyakan
perempuan berasa tidak selesa jika mereka tidak membawa beg tangan bersama
mereka. Rasa tidak lengkap hidup mereka tanpa beg tangan tersebut. Hal ini
kerana, membawa beg tangan itu sudah menjadi tabiat dalam hidup mereka sejak
sekian lama.
Itulah
sebab-sebab mengapa perempuan selalu membawa beg tangan walau ke mana sahaja
mereka pergi. Adakah anda bersetuju dengan pendapat saya? Jika bersetuju atau
tidak bersetuju, silalah beri pendapat anda di ruangan komen.
Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today. Ini adalah versi artikel asal.
Kadang-kadang ada yang tak cukup dengan satu beg. Betul tak? Hehehe...
BalasPadamhaha betul juga tu.. nak grand lagi beli jenama bijan hihihi
BalasPadamKalau saya adalah untuk letak segala mak nenek barang..lagi2 dah jadi mak2 ni..hehe
BalasPadamjenama bijan terbaek. hehe
BalasPadam