Rabu, 1 Ogos 2018

PUNCA RAKYAT MALAYSIA SUKA KE KOREA SELATAN

Image result for korea selatan
Sumber

Korea Selatan merupakan negara yang sangat popular sejak lima hingga sepuluh tahun kebelakangan ini. Oleh sebab negara Korea Selatan ini begitu popular, ramai rakyat Malaysia ingin pergi ke negara tersebut. Di bawah ini saya senaraikan sebab-sebab rakyat Malaysia suka melancong ke Korea Selatan. 

Muzik dan drama Korea 

Muzik K-Pop memang sangat digemari oleh remaja di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Kemunculan kumpulan-kumpulan muzik K-pop seperti BTS, EXO, Super Junior, Girls Generation, Big Bang, dan sebagainya sangat digilai oleh remaja di Malaysia. Begitu juga dengan drama-drama Korea yang popular seperti Winter Sonata, She Was Pretty, Goblin, Descendants of The Sun, Legend of The Blue Sea, Full House dan sebagainya. Drama-drama ini menjadi faktor penarik untuk rakyat Malaysia datang melancong ke negara tersebut.
     
Pelakon atau penyanyi yang kacak dan cantik 

Antara sebab kumpulan muzik dan drama Korea ini begitu popular adalah kerana dibarisi oleh para pelakon atau penyanyi yang kacak dan cantik. Rakyat Malaysia yang suka melancong ke Korea Selatan pasti berharap untuk bertemu dengan para pelakon dan penyanyi yang kacak dan cantik ini. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk bertemu dengan mereka. Hanya yang beruntung sahaja yang dapat bertemu dengan mereka.  

Rancangan RunningMan 

Rancangan RunningMan merupakan rancangan yang paling popular di Korea Selatan. Rakyat Malaysia suka menonton rancangan ini bukan sahaja kerana barisan pengacaranya yang lucu, tetapi juga permainan yang dihadapi oleh para pengacaranya dalam setiap episod sangat mencabar dan kreatif. Gelagat barisan pengacaranya seperti Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, HaHa dan sebagainya amat mencuit hati penonton. Penonton juga sentiasa ternanti-nanti selebriti kegemaran mereka menjadi tetamu dalam rancangan tersebut. Rancangan ini jugalah yang menarik minat ramai rakyat Malaysia untuk ke Korea Selatan. 

Makanan yang sedap

Setiap kali apabila melihat orang Korea menikmati makanan mereka di televisyen, kita pasti akan menelan air liur. Hal ini kerana makanan mereka kelihatan amat sedap. Makanan-makanan Korea seperti Tteokbokki, Bibimbap, Jjajangmyon, Kimbap, Kimchi dan sebagainya amat membuka selera apabila kita menikmatinya. Minuman yang popular di Korea seperti susu Banana Uyu sentiasa dicari oleh rakyat Malaysia.

 Tempat pelancongan yang menarik 

Tidak dinafikan bahawa Korea Selatan mempunyai banyak tempat yang menarik.    Semua tempat-tempat ini dapat diketahui apabila kita menonton rancangan RunningMan. Melalui rancangan tersebut, mereka memperkenalkan tempat-tempat menarik di Korea Selatan. Antara tempat menarik yang boleh dilawati ialah Myeong-dong, Gyeongbokgung, N Seoul Tower, Namiseom dan sebagainya. 
 
Mempunyai salji

Korea Selatan merupakan negara empat musim. Salah satu musim yang wujud di Korea Selatan ialah musim sejuk. Semasa musim sejuk, pastilah salji akan turun. Memandangkan Malaysia bukanlah negara empat musim, maka pergi ke Korea Selatan semasa musim sejuk pasti menyeronokan memandangkan kita boleh bermain salji. Salji juga merupakan tarikan utama rakyat Malaysia datang ke Korea Selatan.

Itulah sebab-sebab pada pendapat mengapa rakyat Malaysia suka melancong ke Korea Selatan. Ini hanya pendapat saya sahaja. Pendapat orang lain pastilah berlainan pula. Sesiapa yang pernah pergi ke Korea Selatan memang sangat-sangat beruntung.  

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today 

4 ulasan:

  1. pelakon/penyanyi kacak/cantik tu paling setuju.. hahaha

    BalasPadam
  2. Ada juga pengaruh filem dan drama korea yag banyak kat Malaysia ni.. itu pun satu punca juga.. done follow

    BalasPadam
  3. Pengaruh drama Korea.. Tapi tak dinafikan Korea tu cantik dan best.

    BalasPadam
  4. Zumal tengok pemandangan Korea tu memang akan buat orang jatuh hati...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.