Sumber |
Saya
yakin pasti ada dalam kalangan pembaca yang sering menaiki Grabcar untuk ke
mana-mana. Grabcar sekarang ini merupakan pengangkutan alternatif yang agak
popular selain daripada pengangkutan awam.
Apabila
kita menaiki Grabcar pastilah kita membawa barang seperti telefon pintar, beg
duit, beg sandang dan sebagainya. Menjadi sesuatu yang amat malang bagi kita
apabila kita tertinggal barang di dalam Grabcar tersebut.
Memandangkan
kita sudah tertinggal barang, pastilah kita mahu mendapatkan semula barang
tersebut. Namun, jika kita tidak tahu cara-caranya, pastilah barang yang
tertinggal itu kita tidak akan dapat semula.
Justeru,
saya ingin kongsikan kepada anda semua cara-cara untuk mendapatkan barang anda
semula yang tertinggal di dalam Grabcar. Ikuti langkah-langkah di bawah :
Langkah 1 : Kenal pasti Grabcar
mana yang anda naiki
Jika
anda menaiki lebih daripada satu Grabcar, pastikan anda tahu barang anda
tertinggal dalam Grabcar yang mana satu.
Langkah 2 : Mempunyai maklumat
secukupnya
Pastikan
anda mempunyai maklumat di bawah iaitu :
- Grab ID requester (penumpang)
- e-mail ID requester
- tarikh dan masa anda menaiki Grabcar
- dari mana dan ke mana anda menaiki Grabcar
- penerangan (description)
tentang barang yang hilang
- nama pemandu dan nombor plat Grabcar
Langkah 3 : Hubungi nombor 1300-80-5858
Hubungi
nombor tersebut setelah anda telah memiliki semua maklumat di atas.
Langkah 5 : Beri maklumat
Setelah
disambungkan kepada operator, nyatakan kepada operator tersebut bahawa anda
telah tertinggal barang di dalam Grabcar. Beritahu segala maklumat (di atas)
yang diminta oleh operator tersebut beserta deskripsi barang anda yang hilang
itu.
Langkah 6 : Tunggu
sehingga operator menghubungi pemandu
Grabcar
Anda
tidak boleh terus menghubungi pemandu itu. Operator yang akan menghubungi
pemandu tersebut untuk anda. Setelah pemandu dihubungi, operator akan
menghubungi anda semula untuk mengesahkan bahawa barang anda memang ada pada
pemandu. Kemudian, operator akan memberi anda nombor telefon pemandu tersebut
untuk dihubungi.
Langkah 7 : Hubungi pemandu Grabcar
Hubungi
pemandu tersebut dan rancang bersamanya bagaimana anda mahu mendapatkan barang
anda itu sama ada anda mahu mengambilnya sendiri atau pemandu tersebut yang
akan menghantarnya ke rumah anda.
Peringatan
Bukan
semua barang anda akan dijumpai. Sekiranya pemandu tersebut tidak jujur, pasti
barang anda tidak akan dijumpai.
Nota
Segala
maklumat yang berkaitan seperti tarikh, waktu, lokasi, nama pemandu, dan nombor
plat kereta yang diperlukan itu anda boleh dapatkannya di bahagian ‘History’
pada aplikasi Grabcar anda.
Itulah
cara-cara untuk anda mendapatkan barang anda yang tertinggal di dalam Grabcar.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Walau apa pun, jangan
sesekali cuai menjaga barang anda. Anda perlulah cermat dalam menjaga barang
anda sendiri.
Artikel ini telah disunting dan disiarkan di Free Malaysia Today. Ini adalah versi artikel asal.
Terima kasih atas perkongsian Haziq
BalasPadamgood info :)
BalasPadam