Sumber Gambar |
Antara
syarat untuk bergelar seorang yang berbangsa Melayu di Malaysia ialah mesti mengamalkan
adat istiadat Melayu.
Adat
dalam masyarakat Melayu itu banyak sebenarnya tetapi secara umumnya adat Melayu
terbahagi kepada empat jenis.
Tahukah
anda jenis-jenis adat yang wujud dalam masyarakat Melayu? Pasti ramai
sebenarnya yang tidak tahu.
Oleh
itu, pada hari ini, kami ingin kongsikan kepada anda semua jenis-jenis adat
yang wujud dalam masyarakat Melayu. Adat-adat tersebut ialah :
Adat yang sebenar adat
Maksud
adat ini ialah hukum tabii yang diciptakan oleh Allah. Adat jenis ini merangkumi
setiap benda atau unsur di dunia ini yang wujud dalam keadaan semulajadi dan
tertakluk kepada fitrah atau hukum semulajadi.
Contoh
: adat api membakar, adat air membasah, adat angin menyejukkan, adat ayam
berkokok dan adat tajam memutuskan.
Adat yang diadatkan
Adat
jenis ini lebih dikenali sebagai hukum adat iaitu peraturan hidup yang
diwujudkan oleh nenek moyang orang Melayu dahulu untuk memastikan terdapat
keharmonian dalam hidup bermasyarakat. Maksudnya, adat jenis ini ialah hukum,
undang-undang, dan peraturan yang disebut hukum adat yang tidak bertulis.
Contoh
: jangan duduk di atas bantal nanti kepala tumbuh bisul, anak perempuan yang
belum berkahwin dilarang menyanyi di dapur nanti dapat suami tua, jangan tambah
nasi ketika nasi sudah habis di pinggan nanti rezeki susah masuk dan
sebagainya.
Adat istiadat
Adat
jenis ini ialah ritual-ritual yang sering mengiringi sesuatu majlis yang
dianggap rasmi.
Contoh
: adat cukur jambul, adat berkahwin, adat berkhatan, adat pertabalan raja dan
sebagainya.
Adat resam
Adat
jenis ini merangkumi kebiasaan atau kelaziman manusia daripada segi perbuatan,
berpakaian, makan, menghias diri dan sebagainya.
Contoh
: terlopong sewaktu menonton televisyen, menggaru kepala apabila tidak faham,
tersengih-sengih apabila berasa malu, memakai kain pelikat di rumah pada waktu
malam dan sebagainya.
Itulah
jenis-jenis adat yang wujud dalam masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu
sebenarnya kaya dengan adat cuma adat-adat ini semakin dilupakan terutama orang
muda oleh kerana lupa jati diri sebagai orang Melayu memandangkan sudah
terhasut dengan kehidupan moden. Adat-adat ini perlu dijaga supaya tidak terus
hilang ditelan zaman sampai bila-bila.
Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today. Ini ialah versi artikel asal.
Baru tau banyak juga istilah tentang adat ni.
BalasPadamilmu baru ni. terima kasih :)
BalasPadammelayu memang kaya dgn adat :)
BalasPadamkena berpegang dgn adat.
ada yg ok. ada yg kurang ok.
kena selari dgn situasi dan keadaan.