Sabtu, 18 Ogos 2018

CARA MEMILIH KAWAN YANG BETUL

Image result for kawan
Sumber Gambar


Kawan ialah orang yang paling hampir dengan kita selepas ahli keluarga. Tanpa kawan pasti hidup kita akan berasa sunyi. Kawan adalah antara orang yang akan mewarnai hidup kita.

Di mana-mana sahaja kita boleh menemui kawan. Kita boleh menemui kawan di pejabat, di sekolah, di universiti, di seminar, di hotel dan sebagainya. Kawan boleh hadir dalam hidup kita sama ada sebentar sahaja atau dalam tempoh masa yang lama. Kawan juga boleh ditemui secara terancang ataupun tidak dirancang.

Walau bagaimanapun, bukan semua orang kita boleh jadikan kawan. Ada kawan yang bersama kita hanya untuk bergelak ketawa sahaja. Ada kawan yang ada dengan kita semasa kita susah ataupun senang. Ada juga jenis kawan yang makan kawan! Pendek kata, ada bermacam jenis kawan di dunia ini.

Oleh itu, pada hari ini, kami ingin kongsi kepada anda semua cara memilih kawan yang betul supaya kita tidak salah memilih kawan. Cara-cara tersebut ialah :

Pilih kawan yang dapat melindungi kita daripada bahaya

Kawan jenis ini sangat penting untuk kita pilih. Kita akan mudah terhindar daripada situasi bahaya jika berkawan dengannya. Dia akan sentiasa memberi peringatan tentang situasi bahaya yang bakal kita hadapi atau bersama-sama dengan kita semasa kita berada dalam situasi atau keadaan yang bahaya. Apa sahaja situasi bahaya yang datang pada kita, dia akan cuba membawa kita untuk keluar daripadanya.

Pilih kawan yang bersama dengan kita semasa susah dan senang

Kita perlu memilih kawan yang sentiasa ada bersama kita semasa kita senang dan sanggup menghulurkan pertolongan semasa kita dalam keadaan kesusahan. Jauhilah kawan yang hanya ada dengan kita semasa senang sahaja tetapi lari meninggalkan kita semasa kita susah.

Pilih kawan yang mengenang jasa

Apabila kawan kita berada dalam kesusahan, kita pun menghulurkan pertolongan kepadanya. Oleh kerana kita telah membantunya, maka dia pun berterima kasih kepada kita dan sentiasa menghargai pertolongan kita sampai bila-bila. Semasa kita dalam keadaan susah, dia pula yang akan membantu kita bukannya lari meninggalkan kita.

Pilih kawan yang selalu menegur kesilapan kita

Kita bukanlah seorang manusia yang sempurna. Maka, kita perlu seorang kawan yang menegur sebarang kesalahan yang kita lakukan. Jangan sesekali memilih kawan yang selalu membenarkan apa sahaja yang kita lakukan sama ada perkara itu betul ataupun salah.

Pilih kawan selalu mengalah

Kawan jenis ini amat sukar dicari. Kawan jenis ini, apabila kita berselisih pendapat dengannya, dia akan mengalah dan tidak bermasam muka dengan kita. Kawan jenis ini ialah kawan yang sanggup merendahkan egonya demi menjaga persahabatan antara kita dengannya.

Itulah antara cara untuk memilih kawan yang betul. Diharapkan agar anda dapat mengikuti cara yang kami senaraikan ini agar anda tidak salah memilih kawan. Kawan itu ramai tetapi kawan yang benar-benar baik itu sukar sekali ditemui. Harap anda dapat bertemu dengan kawan yang betul.

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today. Ini ialah versi artikel asal. 

5 ulasan:

  1. Itulah ciri2 kawan sejati.
    Sekarang sukar ditemui

    BalasPadam
  2. Setuju, kawan ada bermacam jenis kawan..
    Alhamdulillah saya ada kawan sejati susah senang lebih dari keluarga sendiri..

    BalasPadam
  3. Alahamdulilah saya mempunyai kwn yang setia dlm susah senang

    BalasPadam
  4. Kalau jumpa kawan yang baik, hargailah. Bukan senang nak dapat kawan yang baik. Kawan makan kawan ye ramai..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.