Khamis, 24 November 2016

YATIM SUCI



 Image result for yatim piatu

Sakit hatiku melihat mereka,
Anak anak yatim yang datang entah dari mana,
Dibawa oleh bapa ke rumah besar ini,
Kerana kasihan dan kerana simpati.

Sejak mereka ada di rumah ini,
Segala keperluanku perlu dikongsi,
Bapa lebih sayang mereka berbanding aku sebagai anak sendiri,
Aku lebih banyak dimarahi oleh bapa,
Berbanding dengan mereka.

Tetapi kesihatan bapa semakin tiada,
Bapa hanya terlantar dan terbaring di katil sahaja,
Menunggu mati bila tiba masa.

Lalu bapa memberitahu sesuatu,
Semua hartanya akan jatuh ke tangan aku,
Tidak lama kemudian bapa pun pergi,
Bapa pergi menghadap Ilahi.

Apabila bapa sudah tiada,
Aku menjadi semakin bermaharajalela,  
Kerana sakit di hati yang menghuni dada,
Aku pun mendera mereka.

Rumah itu aku yang punya,
Atas warisan bapa,
Jadi aku bertindak sebagai raja,
Dengan menyuruh mereka melakukan itu dan ini,
Memukul mereka tanpa ada rasa simpati,
Sehingga mereka hampir mati.

Aku dera mereka kerana sakit hati,
Setelah semua barangku perlu dikongsi,
Kerana aku sering dimarahi,
Kerana mereka sering dilebihkan oleh bapa,
Walaupun mereka hanyalah anak yatim sahaja.

Tuhan pasti membenci aku,
Kerana kejam kepada yatim piatu,
Lalu tuhan turunkan bala,
Sebagai pengajaran kepada makhluknya.

Aku tiba tiba kemalangan,
Kakiku patah dan tidak boleh berjalan,
Aku tidak bebas bergerak lagi ke mana mana,
Aku terpaksa mengharap orang lain semuanya.

Anak anak yatim yang aku benci,
Anak anak yatim yang aku sakiti,
Mereka datang kepadaku,
Mereka tidak meninggalkan aku,
Mereka tidak membalas perbuatanku,
Mereka bahkan membantu aku,
Yang tidak boleh bergerak seperti dahulu.

Aku malu,
Terlalu malu,
Malu terhadap mereka,
Malu terhadap diriku,
Aku menyesal sekali,
Aku berjanji tidak akan buat lagi,
Aku memohon ampun kepada mereka,
Dan mereka memaafkan ku dengan rela.  

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.