Rabu, 16 November 2016

TRAGEDI SEORANG GADIS


Image result for tragedi seorang gadis
Sumber : Google


Syami, Sharul, Hamza, dan Syakir adalah sekumpulan pelajar lelaki yang kacak semuanya. Kesemua mereka berbadan tegap dan ‘sado’ belaka. Syami dan Syakir adalah pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Sharul pula adalah pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam manakala Hamza pula adalah pelajar Fakulti Undang Undang. Mereka semua bukan sahaja kacak bergaya, malah belajar pula di universiti yang sama dan tinggal di bangunan asrama yang sama.

Mereka terkenal di universiti bukan sahaja kerana ketampanan mereka, malah kerana kekayaan yang mereka ada juga. Mereka menggunakan kekayaan dan ketampanan yang mereka ada untuk meniduri gadis gadis yang mereka suka. Ramai gadis yang sudi menyerahkan dara kepada mereka dan ramai gadis telah jatuh ke dalam pelukan berahi mereka. Gadis gadis itu berbuat begitu kerana mahu merasai nikmat dunia yang tidak ke mana.

Seorang kawan mereka bernama Faiz telah mencabar mereka supaya meniduri seorang gadis Indonesia yang cantik jelita. Gadis Indonesia itu bernama Ratna yang bekerja sebagai amah (cleaner) di asrama tempat mereka tinggal. Oleh kerana mereka pantang dicabar, dan kerana hambatan nafsu yang kekar, mereka sahut cabaran Faiz itu tanpa sabar. Mereka membuat pelbagai rancangan bagaimana untuk meniduri Ratna.

Ratna yang berusia lapan belas tahun itu bukanlah sebarangan orang. Dia bukanlah gadis yang sanggup menyerahkan maruahnya pada mana mana lelaki seperti perempuan jalang. Dia datang ke Malaysia dengan dadanya diisi dengan taqwa dan iman. Dia datang ke Malaysia hanyalah semata mata untuk mencari makan bagi membantu keluarganya di Indonesia yang tidak cukup makan.

Oleh kerana Ratna seorang yang tinggi taqwa dan iman, Sharul, Syakir, Syami, dan Hamza mengalami sedikit cabaran untuk mendapatkan Ratna punya perawan. Pelbagai cara yang mereka lakukan namun masih belum menemui sebarang kejayaan. Akhirnya Syami memberi cadangan. Dia akan menggunakan cintanya sebagai umpan. Lalu semua bersetuju dengan Syami punya cadangan.     

Syami pun mula menunjukkan kepada Ratna dia punya keikhlasan. Semuanya untuk menagih cinta Ratna yang sukar ditawan. Oleh kerana Syami itu ‘sado’, kaya, dan tampan, maka Ratna pun tertawan. Ratna secara tidak sedar telah termakan umpan.

Syami dan Ratna mula menjalin hubungan cinta yang zahirnya keikhlasan tetapi batinnya penuh dengan penipuan. Mereka umpama pasangan sejoli yang sukar dipisahkan. Ratna begitu menyayangi Syami kerana dia percaya akan Syami punya ketulusan dan kejujuran. Seluruh cintanya ditabur kepada Syami tanpa keraguan.  

Dalam masa yang sama, Sharul, Syakir, Syami, dan Hamza terus membuat rancangan bagaimana untuk mendapatkan Ratna punya dara. Dipendekkan cerita, akhirnya Ratna terpedaya. Di dalam bilik Syami, dara Ratna hilang begitu sahaja. Dia diratah oleh mereka berempat dengan penuh berselera.  

Ratna menangis dan menyesal. Hatinya hancur tidak terkata. Lelaki yang selama ini dia percaya telah mengkhianati cintanya. Dia lantas pulang semula ke Indonesia. Dia ceritakan segalanya kepada ayahnya.

Ayah Ratna cukup marah sekali. Segera dia bawa Ratna untuk bertemu dengan seorang dukun yang mahir dalam ilmu santau menyantau ini. Oleh kerana dukun itu ada rasa simpati di dalam hati, dia sanggup membantu Ratna untuk mengajar kesemua lelaki yang telah membuatkan Ratna hilang harga diri. 

Dengan ilmu yang dukun itu ada, segera dia santau Sharul, Syakir, Syami, dan Hamza yang berada di Malaysia. Kesemua mereka mula menderita dengan santau yang dukun itu beri. Sharul, Syakir, dan Hamzah semuanya mati. Hanya Syami yang masih hidup setelah dia sempat berubat beberapa kali.

Setelah dia diberitahu bahawa santau yang dia terima adalah disebabkan oleh dirinya sendiri, segera dia menyesal berkali kali. Dia menyesal kerana telah mengkhianati cinta Ratna yang suci. Lantas dia terbang ke Indonesia untuk bertemu dengan Ratna untuk meminta maaf dengan hati yang murni.

Pada mulanya Ratna tidak mahu terima. Bukan hanya Ratna sahaja, ayah Ratna pun sama juga. Syami merayu rayu agar dia dimaafkan. Dan dia berjanji untuk menjadikan Ratna isterinya dengan penuh keikhlasan. Akhirnya, Ratna dan keluarga menerima Syami punya lamaran.

Syami pulang semula ke Malaysia untuk memberitahu keluarga hasrat hatinya. Walaupun pada awalnya berlaku penentangan dalam kalangan ahli keluarga, namun setelah diterangkan oleh Syami apa yang telah berlaku sebenarnya, barulah mereka dapat terima. Lantas ibu bapa Syami terbang ke Indonesia untuk bertemu dengan Ratna punya keluarga. Ini membolehkan Syami dan Ratna dikahwinkan dengan segera.

Dalam satu majlis yang gilang gemilang, Ratna dan Syami dapat disatukan tanpa sebarang halangan. Setelah itu Syami menjadi suami yang sungguh penyayang. Dia menjadikan Ratna isteri yang cukup kasih sayang. Disebabkan Syami masih lagi belajar, segala perbelanjaan ditanggung oleh ibu bapa Syami yang amat memahami. Tinggalah mereka berdua sebagai suami isteri yang saling mencintai. Tragedi hitam itu bukan sahaja meragut nyawa dan kebahagiaan, malah boleh pula menyatukan dua orang insan. 



1 ulasan:

  1. Teruskan lah berjuang untuk bahasa kerana
    bahasa kita dah tidak berapa betul digunakan masyarakat.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.