Ahad, 20 November 2016

APA DAN SIAPA YANG MENENTUKAN HALA TUJU DUNIA?



Image result for dunia
Sumber : Google

Jika kita melihat pada masa sekarang, dunia berada dalam keadaan kacau bilau dan dihambat peperangan. Di mana mana sahaja kita boleh melihat kematian dan penderitaan. Ironinya, semua ini berlaku di negara negara Islam belaka. Negara Islamlah yang paling ramai orang mati dan sengsara. Ramai orang sudah tahu kenapa tetapi fakta yang betul ramai orang belum tahu sebenarnya.


Sebenarnya, apa yang berlaku itu disebabkan oleh empat perkara ; minyak mentah dunia, dolar Amerika, ekonomi dunia, dan kaum pemodal antarabangsa. Keempat empat perkara inilah yang menyebabkan ramai penduduk dunia sengsara dan menderita. Keempat empat perkara inilah yang menentukan hala tuju dunia. 


Jika kita menganalisis, apa yang berlaku di Libya dan Iraq sebenarnya, ia sangat mengejutkan kita semua. Ramai yang tidak sangka perkara semacam itu boleh terjadi juga. 


Apa yang terjadi di Libya dan Iraq adalah disebabkan oleh minyak mentah dunia. Muammar Gadaffi dan Saddam Hussein yang dituduh sebagai diktator zalim dan memiliki senjata pemusnah besar-besaran adalah satu penipuan yang nyata. Ya, Gaddafi memang tidak menegakkan demokrasi di negaranya dan Saddam memang kejam pada sesetengah manusia tetapi mereka bukanlah seperti yang ramai orang sangka. Mereka dibunuh dan digulingkan adalah kerana mereka berani menjual minyak mentah dunia tanpa menggunakan Dolar Amerika!


Perlu diingatkan bahawa semua minyak mentah dunia mesti dijual beli di pasaran antarabangsa dengan menggunakan Dolar Amerika. Mana mana negara yang melakukan urusniaga minyak tanpa menggunakan Dolar Amerika akan menjadi seperti pemimpin di Libya dan Iraq sana. 


Sejak zaman Richard Nixon menjadi Presiden Amerika, semua urusniaga minyak di pentas antarabangsa mesti dijalankan menggunakan Dolar Amerika. Sejak tahun 1972, Amerika telah memaksa Arab Saudi yakni negara pengeluar minyak terbanyak di dunia supaya menjalankan urusniaga minyak mentah dunia dengan menggunakan Dolar Amerika. Sebagai timbal balas, Amerika akan menjaga keluarga Saud daripada diganggu gugat oleh sesiapa ataupun digulingkan oleh rakyat jelata walaupun tiada demokrasi di negara mereka. Amerika begitu sibuk menjaja demokrasi di Iraq, Libya, Syria dan lain lain negara tetapi Amerika tidak pernah sibuk dengan demokrasi yang tidak wujud di Arab Saudi sana.    


Dolar Amerika bukanlah seperti matawang asing di lain lain negara. Semua matawang di dunia bersandarkan kepada nilai emas semata mata. Semakin banyak simpanan emas, semakin tinggi nilai matawang sesebuah negara. Dolar Amerika tidak begitu. Dolar Amerika tidak bersandarkan kepada apa apa. Dolar Amerika adalah eksport utama Amerika di pasaran dunia selepas filem dan senjata. Dolar Amerika bernilai kerana dipaksa ke atas penduduk dunia melalui dua cara : pertama, urusniaga minyak mentah di pasaran antarabangsa melalui Arab Saudi dan kedua, dengan kekuatan bala tentera Amerika. Amerika telah mendirikan 702 pangkalan tentera di 130 buah negara di seluruh dunia.  


Seperti yang telah disebut di atas tadi, Dolar Amerika adalah eksport utama Amerika sejak dahulu lagi. Dolar Amerika telah dicetak oleh Federal Reserve atau Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (bank swasta yang diberi kuasa untuk mencetak dan mengeluarkan Dolar Amerika) tanpa had dan melambakkannya di pasaran dunia sebagai salah satu cara untuk mengukuhkan ekonomi Amerika yang semakin tenat walaupun Dolar Amerika hanyalah sehelai kertas yang tidak punya nilai apa apa. Tindakan Federal Reserve itu sebenarnya tambah merosotkan lagi nilai Dolar Amerika. Tetapi, Amerika melalui Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan terus memastikan (atau memaksa) Dolar Amerika menjadi wang tukaran utama dalam perniagaan antarabangsa. Semua tukaran matawang dunia mesti dibandingkan dengan Dolar Amerika. Inilah yang menyebabkan Dolar Amerika terus bertahan dan diyakini. Jika tidak lagi diyakini oleh penduduk dunia, nilainya akan jatuh serta merta. Jangan ada siapa yang berani memecahkan hagemoni Dolar Amerika jika mahu hidup lebih lama di dunia! 


Muammar Gadaffi dan Saddam Hussein digulingkan bukan hanya kerana mereka tidak menjalankan urusniaga minyak mentah dunia di pasaran antarabangsa dengan menggunakan Dolar Amerika malah tidak membenarkan kaum pemodal antarabangsa (seperti Shell, Esso, dan Exxon) menjarah minyak di negara mereka. Tindakan Gadaffi dan Saddam itu telah menyebabkan kaum pemodal antarabangsa marah kepada mereka berdua. Kaum pemodal antarabangsa yang kebanyakkanya Yahudi dan Kapitalis tegar hanyalah bertuhankan duit dan bernabikan keuntungan maksimum semata mata. Maka, mereka mencipta pelbagai propaganda di media media milik mereka supaya rakyat di kedua dua buah negara bangun memberontak di jalan raya. Mereka mencipta propaganda agar Gadaffi dan Saddam dibenci oleh penduduk dunia. Akibatnya, Gadaffi dibunuh dan Saddam digantung kerana rakyat di kedua dua buah negara (termasuk penduduk dunia) terpedaya dengan propaganda kaum pemodal antarabangsa. 


Kaum pemodal antarabangsa sekarang sedang mengalami masalah ekonomi. Sistem ekonomi kapitalis yang diimani oleh mereka sedang menunjukkan keruntuhan sejak akhir akhir ini. Kaum pemodal antarabangsa yang kebanyakkannya bersarang di Amerika dan Britain sedang mencari cara bagaimana untuk mendapatkan keuntungan maksimum walaupun dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia.   


Tiada cara lain yang mereka dapat lakukan melainkan menyebarkan penyakit dan mencetuskan peperangan. Apabila penyakit disebarkan, penduduk dunia akan datang kepada mereka untuk membeli ubat ubatan. Apabila berlaku peperangan, penduduk dunia akan datang kepada mereka untuk membeli pensenjataan. Itulah cara mereka mengaut kekayaan. Sebab itu sekarang banyak penyakit datang dan banyak berlaku peperangan. Semuanya disebabkan oleh kaum pemodal antarabangsa yang jahat mahu mencari keuntungan.


Memahami politik Machievelli dan politik demokrasi perlu memahami ekonomi. Semua orang berpolitik adalah untuk menguasai punca punca ekonomi seperti wang, minyak, emas, saham, dan banyak lagi. Sebab itu Islam datang dengan menawarkan sistem politik yang lebih baik lagi. 


Mana mana ahli politik yang tidak boleh menjaga lagi kepentingan ekonomi kepada kaum pemodal antarabangsa akan dikudetakan atau digulingkan oleh rakyat jelata. Itulah yang berlaku kepada Ali Abdullah Salleh di Yaman, Zine Al Abidin Ben Ali di Turnisia, Hosni Mubarak di Mesir, Marcos di Filipina, dan Suharto di Indonesia. Bukan hanya mereka, pemimpin dunia di mana mana pun jika tidak boleh menjaga kepentingan ekonomi kaum pemodal antarabangsa, akan menerima nasib seperti mereka semua. Mereka kemudiannya akan digantikan dengan pemimpin boneka yang dipilih oleh Amerika dan kaum pemodal antarabangsa.


Percayalah, dolar Amerika, ekonomi dunia, minyak mentah dunia, dan kaum pemodal antarabangsa adalah penjenayah yang sangat jahat sebenarnya. Perkara inilah yang merosakkan dan menjadi penentu kepada hala tuju dunia. Keempat empat perkara ini saling berkait rapat antara satu sama lain sebenarnya. Dan inilah empat perkara yang mesti diperlihara oleh semua Presiden Amerika!






0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.