Sumber : Google |
Jika soalan ditanya kepada seorang
manusia tentang makna cinta yang difahaminya, pasti akan ada bermacam jawapan
yang akan diberikannya. Ada yang mendakwa bahawa makna cinta itu subjektif
sifatnya tetapi ada juga yang menidakkannya. Terpulanglah kepada kita semua
mahu memilih yang mana.
Makna sebuah cinta memang tidak akan
terlepas daripada sebuah kisah terutama kisah kehidupan. Kisah itu akan dijalin
untuk membentuk suatu penceritaan. Kisah dan cerita mengenai makna cinta itu
berbeza antara setiap manusia yang Tuhan jadikan.
Cuba kita terjun ke dalam kisah cinta
dua orang manusia – lelaki kaya dan perempuan tidak kaya. Perempuan tidak kaya
itu bukanlah bermakna dia seorang yang papa kedana cuma dia tidaklah sekaya
lelaki kaya. Mereka bertemu di sekolah menengah setelah lelaki kaya itu pindah
ke sebuah kampung yang indah. Sejak sekolah menengah lagi perempuan yang tidak
kaya itu sudah menyulam cinta dengan lelaki kaya tetapi lelaki kaya itu sahaja
yang tidak mengetahuinya.
Lelaki kaya itu memang sempurna serba
serbi. Dia bukan sahaja kaya malah kacak dan gagah lagi. Oleh sebab dia
menepati ciri lelaki idaman hati, maka perempuan tidak kaya itu secara diam
diam menanam cinta di sanubari.
Kisah hidup seorang manusia dengan
seorang manusia yang lain sangat berbeza. Ia bergantung kepada takdir dan
pilihan hatinya. Perempuan kaya itu diminta oleh ibunya supaya dia masuk ke
menara gading agar dia boleh mendapat ilmu dan menjadi seorang manusia yang
berjaya. Tetapi perempuan tidak kaya itu degil dan tidak mahu mendengar kata.
Dia tidak mahu ikut apa yang ibunya minta.
Dia kata dia lebih suka bekerja
daripada belajar dan menjadi seorang manusia yang berjaya. Ya, ibunya sedih
atas keputusannya. Ibunya benarkan dia bekerja dalam usia yang muda tetapi
dengan syarat dia mesti berkahwin dahulu. Kemudian barulah dia akan dilepaskan
oleh sang ibu.
Oleh kerana dia pendek akal dan
terlalu mengikut hawa nafsu, dia setuju dengan syarat si ibu secara melulu.
Maka ibunya kahwinkannya dengan seorang pemuda yang ada di kampung itu. Dia dan
si ibu tidak tahu bahawa pemuda itu bukanlah orang yang baik selalu. Setelah
dia berkahwin dengan pemuda itu barulah dia tahu bahawa pemuda itu adalah
kacang hantu. Dan dia menyesal kalinya beribu ribu.
Walaupun perkahwinan itu tidak pernah
mengecap bahagia, tetapi pasangan itu tuhan kurniakan dengan seorang cahaya
mata. Dan dia dijatuhkan talak dalam usia yang muda.
Setelah dia bercerai, dia pun
bekerja. Dan Tuhan menemukannya dengan lelaki kaya di tempat kerja. Hubungan mereka
boleh terjalin mesra memandangkan kerana mereka adalah rakan lama. Namun, secara
tiba tiba, mereka berdua terperangkap dalam fitnah yang dibuat oleh seorang
rakan lama juga. Fitnah itu dibuat oleh rakan lama mereka itu akibat dendam
disebabkan perempuan tidak kaya tidak mahu terima cintanya. Dan bagi menutup
malu di muka, mereka berdua terjerumus ke dalam kancah perkahwinan paksa.
Oleh kerana lelaki kaya tidak punya
rasa cinta kepada perempuan tidak kaya, maka terseksalah perempuan tidak kaya
dalam dakapan lelaki kaya. Perempuan tidak kaya itu diseksa bukan sahaja kerana
dia tidak dicintai oleh lelaki kaya, malah dituduh pula sebagai pengatur
rancangan khalwat tersebut lalu menjerumuskan mereka ke dalam kancah kahwin
paksa. Lelaki kaya kata perempuan tidak kaya sengaja merancang kes tangkap
khalwat itu supaya mereka berdua boleh terjebak dalam perkahwinan paksa itu. Hari
demi hari perempuan tidak kaya terseksa hati dan perasaannya. Tetapi takdir Tuhan
lebih hebat rupanya. Dalam pada lelaki kaya itu tidak cinta, dia berjaya tanam
benih dalam rahim perempuan tidak kaya dalam satu hubungan yang penuh
paksa.
Perempuan tidak kaya bukan sahaja
diseksa oleh lelaki kaya, malah oleh ibu lelaki kaya juga. Si ibu lelaki kaya
yang terlalu pentingkan harta memang benci dengan perempuan tidak kaya yang
dikatakan tidak setaraf dengannya. Bertambah meranalah hidup perempuan tidak
kaya.
Perjalanan hidup atau kisah hidup
seorang manusia itu mestilah dibantu oleh manusia yang lain juga. Ibu bapa,
anak anak, saudara mara, dan sahabat sejati adalah antara yang menyerikan kisah
hidup seorang manusia. Berkat bantuan mereka semua dan berkat kesungguhan
perempuan kaya menawan hati lelaki kaya dengan sikapnya serta membuktikan
bahawa bukan dia yang merancang kes khalwat itu, lelaki kaya boleh menerima
perempuan tidak kaya. Dan akhirnya mereka membina hidup dengan bahagia bersama.
Perempuan tidak kaya kini boleh mengecap rasa bahagia bersama lelaki kaya yang
dicintainya walaupun pada awal hidupnya dia terseksa. Dan ibu lelaki kaya itu
pun memohon maaf kepada perempuan tidak kaya setelah sedar yang mana kaca dan
yang mana permata.
Itulah perjalanan hidup dua orang
manusia yang mencari makna cinta. Makna cinta bagi mereka berdua bukan sahaja
mencari keredhaan Allah semata mata, malah untuk saling berkorban, memahami,
menyayangi, mencintai, dan menghormati antara satu sama lain juga. Kisah hidup
mereka berdua begitulah kisahnya. Kisah hidup orang lain, lain pula kisahnya.
Berdasarkan kisah cinta di atas, ada
beberapa pengajaran yang kita boleh jadikan perdoman, pertama ; makna cinta
yang suci tidak semestinya perlu bersulamkan harta, pangkat, dan jawatan. Makna
cinta yang sejati mestilah bersulamkan kasih sayang, rasa cinta, tolak ansur,
dan pengorbanan. Tanpa kesemua nilai nilai itu, makna cinta yang dicari pasti
sukar dicari jawapan dan pasti sukar untuk menemui kebahagiaan. Harta, pangkat,
dan jawatan tidak boleh menjamin kebahagiaan dan kegembiraan.
Kedua ; kita perlulah patuh dengan
segala nasihat yang diberi oleh ibu bapa. Jangan sesekali membelakangkan ibu
bapa yang telah membesarkan kita. Ibu bapa adalah orang tua dan mereka telah
hidup lama di dunia. Segala cabaran dan pancaroba dalam hidup di dunia telah
mereka rasai sejak sekian lama. Jika mereka menegah akan sesuatu perkara, pasti
ada sebab sebabnya. Pendek kata, bawa berbincanglah bersama ibu bapa jika ada keputusan
yang kita tidak boleh gapai bersama mereka. Jangan sesekali dilupakan mereka
kelak hidup kita akan merana.
Ketiga ; kita janganlah sombong
dengan segala harta dan kekayaan yang kita ada dalam dunia. Ingatlah, semua
harta dan kekayaan itu adalah milik Allah semuanya. Kita hanya diberi pinjam buat
sementara sahaja. Jika Allah mahu tarik balik, nescaya dia boleh tarik semuanya
dengan mudah sahaja. Orang yang sombong dilaknat oleh Allah juga. Justeru,
janganlah berlaku sombong dengan sesiapa waima orang itu tidak sekaya kita.
Semua manusia di sisi Allah adalah sama sahaja.
Keempat ; kita janganlah menyimpan
dendam dengan sesiapa. Sesuatu penolakkan atau kekecewaan dalam hidup kita
disebabkan oleh seseorang pasti ada hikmahnya. Janganlah kerana kemahuan kita
tidak diterima, kita pasang dendam kepadanya. Kemudian kita balas dendam
kepadanya sehingga dia menderita. Orang yang banyak simpan perasaan dendam di dalam dada adalah orang yang sukar untuk
menikmati rasa bahagia.
Kelima ; fitnah adalah suatu dosa yang
sangat berat dalam agama. Jika membunuh, kita menghilangkan nyawa beberapa
orang manusia, tetapi dengan memfitnah, kita boleh menghilangkan nyawa berjuta
orang manusia. Orang yang suka memfitnah memang tiada tempat di dalam syurga
kecuali dia bertaubat dengan taubat yang sebenarnya.
Keenam ; perasaan ego memang banyak
diternak dalam jiwa seorang manusia. Ego memang perlu diturunkan di dalam jiwa.
Jika ego tidak diturunkan, ia akan menyebabkan kita hilang kawan dan hilang
saudara. Jangan segan untuk meminta maaf jika kita melakukan kesalahan. Itulah
tanda ego kita telah diturunkan.
Kisah hidup antara lelaki kaya dengan
perempuan tidak kaya pasti berbeza dengan kisah hidup lelaki tidak kaya dengan
perempuan kaya. Apabila ada beza, pastilah makna cinta yang mereka cari pun
tidak sama. Mungkin sebab itulah mengapa ada yang mendakwa bahawa makna cinta
itu subjektif sifatnya. Tetapi apa yang pasti makna cinta itu begitu berharga
di dalam jiwa seorang manusia.
bila 1st baca title nih
BalasPadamouchh ssh jgk nak bg exact meanin abt luv ni..its depends..
This is such a well-written and insightful post! I really appreciate the thoroughness with which you covered the topic. Your perspective offers a lot of clarity, and I found myself nodding along with many of your points. The examples you provided were particularly helpful in illustrating the concepts.
BalasPadamGreat article!
Carlist Malaysia