Sumber : Google |
Membaca artikel yang ditulis dalam
laman web suara tv, iaitu berkenaan penyesalan rakyat Libya di atas pembunuhan
Muammar Gadaffi sebelum ini, ia memberi satu pengajaran kepada semua manusia di
atas muka bumi. Bahawasanya, kepada sesiapa yang suka mengambil tindakan
politik mengikut hati, maka nasib mereka akan sama dengan nasib yang menimpa
rakyat Libya nanti.
Dahulu, di atas nama demokrasi,
rakyat Libya secara beramai ramai turun ke jalan raya ataupun menjadi tentera
untuk menentang Gadaffi. Hasilnya, mereka berjaya membunuh Gadaffi. Mereka
percaya dengan membunuh Gadaffi itu adalah suatu kemenangan bagi mereka yang
paling hakiki.
Namun, mereka semua telah tersilap
kini. Demokrasi yang mereka idam idamkan tidak juga muncul sampailah ke hari
ini. Lebih parah lagi, apabila negara mereka terus dilanda huru hara. Libya
terus menjadi antara negara yang miskin di dunia walaupun Libya adalah antara
negara pengeluar minyak dunia.
Sewaktu pemerintahan Gadaffi,
kehidupan rakyat Libya tidaklah seperti sekarang. Gadaffi walaupun dia seorang
diktator, namun dia adalah seorang pemimpin yang cemerlang. Dengan hasil minyak
yang banyak di Libya, Gadaffi telah memberi banyak kemudahan kepada rakyat
Libya. Gaddafi mewujudkan sistem pendidikan percuma, perubatan percuma, dan
rumah percuma kepada rakyat Libya.
Tetapi, oleh kerana ada suara suara
jahat yang menghasut rakyat Libya supaya menegakkan demokrasi, rakyat Libya
yang termakan dengan hasutan itu mula menentang dan membunuh Gadaffi. Mereka
berharap dengan pembunuhan Gadaffi itu, mereka bukan sahaja boleh menegakkan
demokrasi di Libya, bahkan boleh juga menjadikan Libya sama seperti negara
Barat sana.
Sekarang semua rakyat Libya yang jadi
pejuang untuk menentang Gadaffi dahulu telah menyesal tidak sudah sudah. Mereka
mula fikir, jika Gadaffi yang memerintah, keadaan sekarang pasti tidak susah.
Namun, Gadaffi sudah pun mati. Menyesal hingga menangis air mata darah pun
sudah tidak berguna lagi.
Apa yang berlaku di Libya sekarang
sepatutnya diambil pengajaran oleh semua rakyat Malaysia. Pokok pangkalnya,
kita tidak boleh mengambil tindakan politik mengikut hati dan nafsu. Kita perlu
mengambil tindakan politik – terutama politik demokrasi – dengan akal dan ilmu.
Sungguh sedih apabila melihat orang
Melayu berpolitik. Mereka berpolitik bukan untuk membina sebaliknya
menghancurkan apa yang ada. Kita sanggup gadai agama dan bangsa kerana mahu
menang dalam pilihan raya.
Tidak salah untuk orang Melayu
berpolitik dan tidak salah juga untuk orang Melayu menukar pemimpin. Tetapi janganlah
sampai menggadaikan agama dan bangsa dengan memberi sokongan kepada pemimpin
yang diyakini boleh merosakkannya.
Orang Melayu tidak boleh sama sekali
percaya dengan cakap cakap mana mana pemimpin politik. Mereka hanyalah
beretorik untuk menarik undi dalam pilihan raya. Kita khuatir, jika mereka
sudah dapat kuasa, segala janji janji yang mereka buat dahulu mereka akan lupa.
Dan akhirnya orang Melayu juga yang papa kedana.
Penyesalan dalam politik ini bukan
hanya di Libya sahaja. Di Malaysia pun sudah ada juga. Dr. Mahathir yang
merupakan orang yang mahir dalam sepak terajang politik demokrasi, akhirnya
menyesal dan meminta maaf tanpa ada rasa berbelah bahagi. Ini semua berlaku
atas apa yang pernah dia lakukan dahulu. Dia sendiri tidak sangka, apa yang dia
buat dahulu, menjadikan negara kacau bilau dan haru biru.
Apa yang berlaku kepada Dr. Mahathir
itu pun tidak mustahil berlaku kepada orang Melayu yang ghairah berpolitik
untuk menukar pemimpin pada hari ini. Keputusan yang akan diambil oleh
sebahagian orang Melayu pada masa sekarang, akan memberi kesan pada masa akan
datang. Tidak mustahil tindakan yang orang Melayu ambil kini, mereka akan
menyesal di kemudian hari.
Sebab itulah saya mengharapkan agar
orang Melayu agar berpolitik dengan berfikir terlebih dahulu. Jangan sesekali
berpolitik dengan mengikut nafsu. Tidak mustahil nasib orang Melayu sama dengan
nasib orang di negara Libya itu.
Saya yang sudah tua setuju dengan pandangan penulis. Tengokan keadaan sekarang tidak ramai orang muda akan bersetuju. Mereka sangat emosional dan rebellious.
BalasPadamterus berjuang..tarik org ke syurga..berikan pemikiran yg real mantiq
BalasPadamzonamediaindonesia.blogspot.com
BalasPadamhttps://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk
BalasPadamWeb: almawaddah.info
Salam
Kepada:
Redaksi, rektor dan para akademik
Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan
Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan