“Aku terima nikahnya Mahani
binti Mahat dengan mas kahwin sebanyak RM2500 tunai.” Lancar sekali Sahiril
melafazkan ucapan nikah itu. Tanpa menggembirakan hati semua tetamu apabila
saksi yang mendengar ucapan Sahiril itu telah mengesahkannya. Maka, bermulalah
kehidupan Mahani sebagai isteri yang sah kepada Sahimi Sahiril bin Datuk Seri
Mansur walaupun hanya selama dua tahun.
Mahani menitiskan air mata. Dia menitiskan air mata bukan kerana
gembira tetapi sedih dengan perkahwinan itu. Dia tidak tahu apakah yang bakal
ditempuhnya sepanjang perkahwinan kali keduanya itu. Majlis pernikahan itu
hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan dibuat di rumah banglo Datuk
Hasanah. Perkahwinan itu sungguh hambar sekali. Tiada ucapan tahniah daripada
ahli keluarga dan sahabat handai yang datang.
Ini semua dirancang bagi menutup kes Mahani dan Sahiril yang
ditangkap khalwat baru baru ini. Malam esok persandingan dua mempelai ini akan
dibuat di RaHa Hotel dan penjelasan kepada pihak media akan dibuat. “Tahniah
Mahani, sebab kahwin buat kali kedua. Kau dah dua kali kahwin aku tak tahu
bila.” Ujar Mahmudah dengan riak wajah meminta simpati.
“Insyaallah. Tak lama lagi kak long pasti akan dapat suami.” Ujar
Mahani sambil menggosok gosok kepala Irfan. Irfan yang memerhati sejak tadi
hanya mendiamkan diri. Dia tidak menyangka bahawa ibunya akan berkahwin sekali
lagi dan dia mendapat seorang ayah tiri. “Saya harap sangat perkahwinan ni
boleh habis cepat. Saya tak sanggup nak tunggu sampai dua tahun tu. Macam macam
dugaan yang saya terima nanti.” Sambung Mahani.
“Sabarlah Ani, kau kena tabah untuk hadapi semua ni. Doa banyak
banyak dan minta pertolongan dari Allah supaya dia berikan kau kekuatan untuk
hadapi semua ni. Sebagai kakak, aku sentiasa ada untuk kau. Aku akan sokong kau
dari belakang. Apa apa masalah kau jangan segan nak beritahu aku. Aku pasti
akan tolong kau walau apa cara sekalipun.” Nasihat Mahmudah.
“Terima kasih kak long. Kak
long dah banyak tolong saya. Terima kasih atas segalanya.” Ujar Mahani sambil
memeluk Mahmudah. Dia menangis dalam dakapan Mahmudah. Itulah satu satunya
saudara kandung yang dia ada di dunia ini. “Sudah, tak payah nak buat drama air
mata kat sini. Geli aku menengoknya.” Ujar Datuk Hasanah yang muncul bersama
Sahiril dan Melisa. Tok imam telah pulang bersama orang orangnya.
“Kalau geli jangan tengok.
Pergi ambil garpu kat dapur lepas tu cucuk mata tu sampai buta.” Ujar Mahmudah.
Mencerlang mata Datuk Hasanah memandang Mahmudah pada waktu itu. “Kau jangan
nak kurang ajar kat sini. Ini rumah aku. Kalau kau tak suka apa yang aku cakap
kau boleh berambus dari rumah aku sekarang.” Ujar Datuk Hasanah. “Makcik, saya
pun tak kebulur nak duduk rumah makcik ni lama lama. Rumah saya pun ada. Jom
kita balik Ani. Kita tinggalkan rumah yang macam sarang tikus mondok ni.” ujar
Mahmudah sambil menarik tangan Mahani.
“Mahani, jangan lupa dengan perjanjian tu. Malam ni datang RaHa
Hotel pukul lapan malam. Kau jangan lambat.” Kata Sahiril memberi amaran pada
Mahani. Mahani hanya mengangguk dan terus beredar dari situ bersama Mahmudah dan Irfan. “Kurang
ajar betul anak dara tua tu. Nak saja Lisa cili mulut dia.” Ujar Melisa
kegeraman. “Biarkan dia Lisa. Mereka belum kenal siapa Datuk Hasanah lagi. Bila
mereka kena sekali, mereka pasti akan ingat sampai mati.” Ujar Datuk Hasanah.
“Kak long memang dahsyat. Saya tak sangka kak long boleh cakap macam
tu kat Datuk Hasanah.” Ujar Mahani sambil ketawa. Dia sama sekali tidak
menyangka yang Mahmudah boleh bercakap seperti itu dengan Datuk Hasanah. “Biar
padan dengan muka orang tua tu. Tak sedar diri. Baru diuji oleh Allah dengan
nikmat kekayaan sudah mahu berlagak.” Ujar Mahmudah sambil memandu keretanya.
“Mesti orang tua tu marah gila. Bayangkan orang macam kita boleh
cakap macam tu pada orang yang dihormati macam dia.” Ujar Mahani. “Orang macam
tu kita kena ajar Ani, biar dia kena buku dengan ruas.” Kata Mahmudah puas.
“Kau dah sedia nak bersanding malam ni?” Soal Mahmudah. “Dah. Lagipun saya dah
ada pengalaman. Jadi tak adalah takut sangat macam mula mula dulu.” Jawab
Mahani.
“Kau berdoalah Mahani supaya hidup kau lepas ni ada pengakhiran yang
baik.” Kata Mahmudah. “Itulah doa saya siang malam kak long.” Ujar Mahani. Mereka
meneruskan perjalanan menuju ke rumah.
“Kau dah siap ke belum? Kalau dah siap turun cepat. Aku tunggu kau
kat bawah.” Ujar Sahiril. “Bagi saya lima minit lagi.” Jawab Mahani. Sahiril
mendengus marah sambil menutup pintu bilik. “Tahniah Mahani. Akhirnya dapat
juga kau kahwin dengan Sahiril walaupun perkahwinan ni tidak seperti yang kau
harapkan.” Ujar Mahmudah. “Saya redha
kak long. Aku yakin semua ni pasti ada hikmahnya. Saya buat semua ni demi
keselamatan kita sekeluarga. Saya tak mahu Sahiril dan Datuk Hasanah menyakiti
kita sekeluarga.” Ujar Mahani sambil
menitiskan air mata.
“Besar sungguh pengorbanan
kau Mahani. Kau rela korbankan kebahagiaan dan hidup kau demi untuk kita
sekeluarga. Semoga semua pengorbanan kau itu akan mendapat balasan yang baik
dari Allah.” Ujar Mahmudah. “Begitulah hendaknya.” Kata Mahani pendek. Mereka
saling berpelukan. “Irfan duduk dengan mak long baik baik tau. Jangan nakal
nakal. Dengar cakap mak long. Ibu pergi sekejap saja. Keap lagi ibu datang
jumpa Irfan.” Ujar Mahani sambil mencium dahi anaknya.
“Dah, lap air mata kau tu. Nanti rosak mekap.” Ujar Mahmudah. Mahani
mengelap air mata yang mengelir di pipinya. “Jom kita turun bawah.” Sambung
Mahmudah. Kemudian mereka meninggalkan bilik dan pergi ke ruangan menunggu.
Mereka melihat Datuk Hasanah, Sahiril dan Melisa sedang berada di sana. Sungguh
tampan Sahiril dengan baju pengantin yang berwarna putih itu.
Mahani juga kelihatan anggun dengan baju kebaya putih yang ditempah
khas oleh Datuk Hasanah daripada seorang pereka terkenal. “Sampai pun kau. Aku
ingat kau dah mati dalam bilik tu.” Sindir Sahiril. Mahani hanya mampu bersabar
mendengar ucapan tajam yang keluar dari mulut Sahiril tu. “Kamu berdua jalan
sampai kat pelamin tu. Lepas tu duduk kat sana. Kami akan tunggu kamu kat luar.” Datuk Hasanah
memberi arahan kemudian mereka semua keluar meninggalkan Sahiril dan Mahani.
“Ingat, kita kena tunjukkan kemesraan kita.” Ujar Sahiril. Mahani
hanya mengangguk dan terus berjalan mengikuti Sahiril untuk masuk ke dalam
dewan. Mahani terdengar suara pengerusi majlis mengumumkan kemasukan mereka ke
dalam dewan itu. Mereka berdua berjalan perlahan lahan dan diikuti dengan bunyi
paluan kompang oleh kumpulan kompang yang dijemput oleh Datuk Hasanah. Mahani
melihat sungguh ramai tetamu yang hadir dan semuanya terdiri daripada orang
orang kaya.
Semua mata tertumpu pada mereka berdua. Tiba tiba Sahiril memegang
tangan Mahani sebagai lambang kemesraan. “Pandai kau berlakon Sahiril.” Desis
hati Mahani namun dia membiarkan sahaja. Apabila mereka sampai di pelamin
mereka duduk dengan perlahan lahan. Nadia yang bertindak sebagai pengapit
Mahani mengelap wajahnya yang sudah ditumbuhi manik manik peluh.
Kemudian pengacara majlis itu meminta kepada pihak keluarga
pengantin lelaki dan perempuan untuk melaksanakan upacara merenjis. Mula mula
sekali Mahmudah yang datang untuk merenjis sambil membawa Irfan. “Tahniah
Mahani. Aku doakan kau bahagia dunia dan akhirat.” Ujar Mahmudah sambil
bersalaman dan berpelukan dengan Mahani. Kemudian Datuk Hasanah pula yang
merenjis.
“Kau jangan suka sangat Mahani. Kau kena ingat perkahwinan ini
hanyalah untuk menutup malu keluarga aku sahaja. Tahniah kerana rancangan kau
nak malukan keluarga aku dah berjaya tapi hidup kau akan menderita selepas
ini.” Ujar Datuk Hasanah sambil memeluk dan bersalaman dengan Mahani.
Mahani hanya mampu menelan air liur sahaja mendengar kata kata Datuk
Hasanah. Hanya senyuman kelat yang mampu diberikan pada waktu itu. Upacara
merenjis seterusnya dilakukan oleh ahli keluarga Sahiril yang lain. Setelah
selesai upacara merenjis pengacara majlis itu menjemput Datuk Hasanah untuk
menyampaikan sepatah dua kata.
Semua hadirin memberikan tepukan kepada Datuk Hasanah ketika dia
naik ke pentas utama. Mereka semua berhenti menjamu selera untuk mendengar
ucapan Datuk Hasanah itu. “Terima kasih kepada pengacara majlis. Yang diraikan
Sahimi Sahiril bin Datuk Seri Mansur dan Mahani binti Mahat. Selamat pengantin
baru mama ucapkan. Yang saya muliakan para hadirin dan hadirat sekalian.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada anak dan
menantu saya. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke anak cucu.
Buat menantu saya, Mahani binti Mahat selamat datang dalam keluarga
kami. Semoga kehadiran kamu memberi sinar dalam keluarga kami. Tujuan saya
berdiri di sini adalah untuk membetulkan kekusutan yang telah terjadi. Tentu
para hadirin sekalian masih ingat tentang anak saya yang kononnya ditangkap
khalwat baru baru ini. Berita yang keluar di akhbar itu sebenarnya kurang
tepat.
Mereka sebenarnya sudah pun bernikah cuma memandangkan kami
kekurangan masa dan ruang kami tidak sempat untuk melangsungkan majlis persandingan
kami kerana kami semua terlalu sibuk dengan urusan perniagaan kami. Sebenarnya
pegawai agama itu sudah salah faham. Mereka telah menangkap orang yang salah.
Memandangkan anak dan menantu saya tidak membawa kad nikah mereka jadi mereka
tidak mempunyai bukti tentang perkahwinan mereka.
Isu yang anak saya ditangkap khalwat itu tidak benar sama sekali.
Mahani yang dikatakan bekerja sebagai pengemas di RaHa Hotel juga kurang tepat
sebenarnya. Mahani sebenarnya Penyelia Bahagian Housekeeping yang sebetulnya. Jadi semua ini adalah salah faham
semata mata. Saya rasa saya sudah menjelaskan semuanya jadi marilah kita
teruskan majlis persandingan ini.
Para hadirin dipersilakan untuk menjamu selera.” Ujar Datin Hasanah
mengakhiri ucapannya. Para hadirin yang mendengar ucapan Datuk Hasanah sebentar
tadi mula menikmati hidangan mereka semula. Pelbagai reaksi yang ada pada waktu
itu. Ada yang percaya dan ada yang tidak namun yang penting Datuk Hasanah telah
menerangkan segala galanya.
Jika mereka tidak percaya sekalipun lambat laun mereka pasti akan
percaya juga. “Dasar pembohong. Aku pula dijadikan alat untuk menutup malu ini padahal
bukan salah aku.” Marah Mahani dalam hati namun dia tahu dia tidak boleh
melakukan apa apa. Semuanya sudah terjadi. Dia hanya mampu bersabar dan redha
dengan segala ketentuan ini.
......................................................................................................................................................
“Tahniah Mahani. Akhirnya kau berjaya juga dapat cinta sejati kau.
Orang yang kau cintai akhirnya kau miliki. Aku rasa kes tangkap khalwat tu
bagus juga. Kes tu boleh mempercepatkan perkahwinan kau dengan Sahiril. Tapi
aku hairan bila masa pula kau bercinta dengan Encik Sahiril tu? Takkan masa kau
kemaa kemas bilik dia kau jatuh cinta?” Soal Nadia ketika mereka berdua berada
dalam bilik.
Hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik itu. Mahmudah dan Irfan
tinggal di bilik lain. Datuk Hasanah dan Melisa sudah pulang ke rumah dan
Sahiril pula hilang entah ke mana. Kali terakhir Mahani melihanya ketika dia
berada di lobi hotel sambil berbual dengan rakan rakannya. “Aku tak pernah
bercinta dengan dia. Aku kahwin dengan dia secara paksa.” Jawab Mahani.
“Apa? Aku tak faham maksud kau? Kau pernah cerita kat aku yang kau
cintakan Encik Sahiril tu sejak zaman sekolah lagi. Habis tu kenapa kau kahwin
paksa pula?” Soal Nadia meminta kepastian dari Mahani. “Ya memang aku cintakan
Sahiril tapi dia tak pernah mencintai aku. Kau dah lupa ke aku pernah cakap kat
kau yang dia dah ada kekasih. Kau kata kes tangkap khalwat tu bagus? Kau ni dah
meroyan ke? Kau tahu tak aku difitnah. Aku dituduh merancang kes tangkap
khalwat tu kau tahu tak?” Ujar Mahani dan dia mula mengalirkan air mata.
Sungguh berat dirasakan ujian Allah pada waktu itu. “Ya Allah,
tabahkanlah hati hamba mu ini.” Doa Mahani dalam hati. “Kenapa pula kau dituduh
rancang kes tu? Bukan ke kau yang kena tangkap khawat hari tu dengan Sahiril? Kenapa
kau pula dipersalahkan?”
Soal Nadia bingung. “Itulah yang aku cuba cakap dengan diaorang tapi
diaorang tak percaya. Diaorang kata aku yang rancang semua tu sebab nak dapat
harta Sahiril tu.” Jawab Mahani sambil mengesat air matanya yang tumpah di
pipi.
“Yakah? Kesian kau Mahani. Habis
tu kenapa kau sanggup kahwin dengan Sahiril yang kejam macam Firaun tu?” Soal
Nadia lagi. “Dia ugut aku Nadia. Dia akan gunakan kuasa, wang dan pengaruh dia
untuk buat aku dan keluarga aku menderita. Aku tak nak keluarga aku menerima
akibatnya. Lagipun aku nak Ramli buang perasaan dia untuk aku.” Jawab Mahani
jujur.
“Kau tahu tak Encik Ramli tu
cinta sangat kat kau? Kenapa kau buat dia macam tu? Aku rasa kau akan bahagia
kalau kau kahwin dengan dia.” Ujar Nadia. “Masalahnya aku tak cintakan dia. Aku
dah ada pengalaman hidup dengan orang yang aku tak cintai. Aku tak perkara
macam tu berlaku lagi. “Mahani, mungkin keadaan kali ni tak sama. Bakri seorang
lelaki yang jahat tapi Encik Ramli seorang lelaki yang baik. Aku yakin kau
boleh bahagia dengan dia.” Ujar Nadia tidak berpuas hati.
“Tak Nadia. Memang betul apa kau cakap Encik Ramli tu seorang lelaki
yang baik. Sebab tu aku tak boleh terima dia. Dia dah banyak tolong aku. Dia
tak layak untuk aku sebab dia teruna dan aku janda. Aku rasa kau lebih layak
dengan dia.” Ujar Mahani. “Kenapa pula aku?” Soal Nadia. “Aku tahu Nadia kau
sukankan Encik Ramli tu. Kau tak payah tipu aku. Aku boleh tahu dari anak mata
kau. Aku boleh tahu dari cara kau pandang dia yang kau sukakan dia.” Ujar
Mahani.
Nadia bungkam seketika. Lidahnya kelu untuk berkata kata. “Betul
cakap kau Mahani. Aku cintakan Encik Ramli tu tapi aku tahu dia tak cintakan
aku. Dia lebih cintakan kau.” Ujar Nadia. “Sebab tu kau tak terima cinta dia.
Aku nak bagi kau jalan supaya kau boleh dekat dengan dia. Aku nak kau dengan
dia bersatu dan menikmati kebahagiaan bersama.” Ujar Mahani.
“Terima kasih Mahani. Kau memang seorang kawan yang baik. Kaulah
satu satunya kawan terbaik aku dari dunia sampai akhirat. Aku doakan semoga kau
berbahagia Mahani.” Kata Nadia sambil memeluk Mahani. Ada air jernih yang jatuh
di pipi Nadia pada waktu itu. “Sama sama.” Balas Mahani pendek. Tiba tiba
Sahiril masuk ke dalam bilik. Nadia meleraikn pelukannya dengan Mahani.
“Aku balik dulu Mahani. Kalau ada masa nanti kita jumpa.” Ujar
Nadia. “Baiklah.” Jawab Mahani dan menghantar Nadia ke pintu. “Apa yang kau
cakap dengan Nadia tu? Apa rancangan kau dengan budak tu untuk kenakan dan
malukan aku lagi?” Soal Sahiril serius sambil membuka pakaiannya untuk ditukar.
“Apa yang awak mengarut ni Sahiril? Kenapa awak tak habis habis nak sakitkan
hati saya?” Soal Mahani dengan nada suara yang keras.
Dia sudah tidak boleh bersabar lagi dengan kerenah Sahiril dan Datuk
Hasanah. “Sakit hati? Aku ingat kau ni macam binatang yang tak ada perasaan tu.
Hati aku lagi sakit bila tengok muka kau. Kau perangkap aku dengan cara yang
macam tu kau ingat aku tak sakit hati.” Kata Sahiril. “Berapa kali saya nak
cakap dengan awak yang saya tak buat semua tu. Bukan saya yang rancang nak
perangkap awak. Kenapa awak ni susah sangat nak faham?” Ujar Mahani.
“Habis tu siapa yang buat? Siapa lagi kalau bukan kau yang buat. Kau
sengaja nak perangkap aku supaya kau boleh ambil harta aku kan?” Soal Sahiril.
“Manalah saya tahu siapa yang buat. Saya bukan orang yang macam awak sebut tu.
Saya bukan orang yang sanggup buat apa saja demi harta.” Bidas Mahani. “Kau
jangan nak tunjuk baik kat sini. Aku tahu siapa kau. Kau tu perempuan murah
yang gila duit kau tahu tak.” Ujar Sahiril separa menjerit.
“Suka hatilah apa awak nak cakap. Saya dah penat nak cakap dengan orang
yang tak faham bahasa macam awak. Apa yang saya tahu saya tak buat semua tu.”
Ujar Mahani dan terus duduk di birai katil. “Pencuri mana yang nak mengaku yang
dia mencuri. Potong telinga pun dia tetap kata yang dia tak mencuri. Esok aku
nak kau kemas semua kain baju kau. Kita akan tinggal kat rumah aku.” Ujar
Sahiril lantas keluar dari bilik itu.
Mahani sekadar melihat dan dia terus menangis. Dia tidak menyangka
Sahiril sanggup mengatakan yang dia perempuan murah yang hanya mahukam duit.
Itu satu tuduhan yang amat kejam. Dia tidak tahu mengapa dia mendapat ujian
seberat ini. Dia terus ke bilik air dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat
sunat tahajud. Seusai solat dia terus menadah tangan untuk berdoa kepada Allah.
“Ya Allah tolonglah aku ya Allah. Tabahkanlah hati aku untuk
menerima ujian ini ya Allah. Sesungguhnya ujian ini sungguh berat buat diriku
ya Allah. Kuatkan iman aku ya Allah. Masukkanlah aku ke dalam syurgamu.
Jauhkanlah aku dari siksa kubur dan api neraka. Ya Allah, aku tidak layak untuk
syurgamu tapi aku tidak sanggup untuk menanggung siksa nerakamu. Tolonglah aku ya Allah, ampunkanlah dosa
dosaku sesungguhnya engkau pengampun dosa dosa besar.” Mahani meraup tangannya
ke muka. Dia melipat sejadah dan telekungnya lalu terus berbaring di atas
katil. Dia berharap ada sinar yang baik untuknya esok hari.
Selepas mengambil barang barang mereka di rumah, Mahani dan Irfan
mengikut Sahiril ke rumah lelaki itu. Pada hari ini mereka akan meninggalkan
rumah pangsa mereka setinggi enam belas tingkat itu dan berhijrah ke penthouse mewah milik Sahiril. Rumah
yang dimiliki oleh Sahiril itu sungguh besar. Mempunyai dua tingkat dan lima
buah bilik tidur.
Suatu ketika dahulu Mahani bercita cita untuk tinggal di rumah
seperti itu dan pada hari ini impiannya menjadi kenyataan. “Bawalah barang
barang kau masuk. Apa yang kau termenung kat luar tu.” Jerkah Sahiril. Terperanjat
Mahani dibuatnya. Irfan sudah mula kecut perut memandang Sahiril. Dia memeluk
kaki Mahani ketika mereka berdua masuk ke dalam rumah itu.
Mahani hanya tercegat di muka pintu bersama Irfan. Dia tidak tahu
mana dia hendak pergi di dalam rumah itu. Dia khuatir jika dia duduk di sofa
mahal milik Sahiril itu, Sahiril akan marah kepadanya. Dia mengambil keputusan
untuk berdiri sahaja dan menunggu arahan seterusnya dari Sahiril. “Mari aku
tunjukkan bilik kau dengan anak kau tu.” Ujar Sahiril.
Mahani mengangkat bagasinya dan mengikut Sahiril ke tingkat dua penthouse itu bersama Irfan. “Ini bilik kau. Kau jaga bilik ni baik baik. Aku tak
nak bilik ni macamsarang tikus kau buat.” Sindir Sahiril. “Awak tak perlu risau
Sahiril. Saya dah tujuh tahun jadi pengemas bilik kat hotel awak tu. Kepakaran
saya mengemas sepuluh kali lebih baik dari awak.” Balas Mahani.
“Kau jangan nak tunjuk kau punya berlagak kat rumah aku. Baru kerja
jadi pengemas bilik dah sombong. Kemas barang barang kau cepat. Lepas tu basuh baju
aku dan masak makanan tengah hari. Kejap lagi aku nak makan.” Perintah Sahiril
sewenang wenangnya.
“Awak ingat saya ni orang gaji awak ke? Yang awak boleh suruh sesuka
hati awak.” Marah Mahani.
“Kau sedar sikit diri kau tu. Kau jangan ingat kau boleh senang
lenang nak duduk kat rumah ni. Aku dah bawa kau kat sini dah cukup baik. Kau
jangan nak melawan. Kau dah lupa perjanjian kita? Dalam perjanjian tu kau kena
kerja dengan aku sampai kontrak tu tamat. Kau dah lupa?” Soal Sahiril dan
berlalu dari situ. Mahani memandang Sahiril dengan geram.
Dia fikirkan dia akan mendapat kerja yang bagus rupanya tidak. Dia
akan menjadi orang gaji tak bertauliah dalam rumah itu. Dia terus mengemas kain
bajunya bersama Irfan. Dia memasukkan pakaiannya dan pakaian Irfan ke dalam
almari. Setelah itu, dia terus bergerak ke dapur bersama Irfan untuk membasuh
pakaian Sahiril dan pakaian mereka. Setelah membasuh pakaian menggunakan mesin
basuh dan menjemurnya di ampaian, Mahani terus ke dapur untuk menyiapkan
makanan tengah hari.
Dia membuka peti sejuk dan mendapati ada ikan pari, sayur kangkung,
telur dan sebagainya. Ada ilham yang datang di fikirannya tentang apa yang
hendak dimasaknya tengah hari itu. Dia melihat bawang dan cili juga ada jadi
dia bercadang mahu memasak asam padas, kangkung goreng belacan dan telur dada.
“Irfan jangan kacau ibu ye. Ibu nak masak. Irfan pergi naik bilik lepas tu
baring atas katil. Nanti bila ibu dah siap masak ibu panggil Irfan ye.” Kata
Mahani pada Irfan.
“Kenapa Irfan tak boleh tolong ibu? Allah suruh kita supaya selalu
tolong ibu bapa.” Soal Irfan. “Irfan bukan tak boleh tolong ibu tapi nanti pak
cik tu marah. Sekarang Irfan nak tolong ibu tak?” soal Mahani. Irfan mengangguk
laju mendengar pertanyaan Mahani. “Irfan tolong naik atas dan tunggu ibu kat
atas. Tolong jangan nakal nakal dan tolong jangan usik barang dalam rumah ni
tanpa pengetahuan ibu. Boleh?” soal Mahani.
“Baiklah.” Jawab Irfan. Dia terus berjalan ke biliknya dan berbaring
di atas katil. Setelah melihat Irfan pergi, Mahani mula menanak nasi. Dia juga
memotong sayur, bawang dan mengisar cili. Kemudian dia mengisar bahan bahan itu
dan menumisnya di dalam kuali. Setelah itu, Mahani mengoreng sayur kangkung itu
dengan belacan dan membuat telur dadar.
Setelah siap memasak, Mahani
menghidangkan hidangan itu di atas meja makan. Sesudah itu, dia bergerak ke
bilik Sahiril. Dia mahu memanggil Sahiril untuk makan. Dia mengetuk pintu bilik
Sahiril beberapa kali namun pintu masih tidak dibuka. Mahani memulas tombol
pintu bilik itu. Dia melihat Sahiril tidur di atas katil dengan tidak berbaju.
Lelaki itu hanya memakai seluar jeans berjenama
Levi’s.
Terserlah otot otot yang berada di perut dan dada Sahiril. Dia
menyentuh bahu Sahiril dan menggoyangkan bahu lelaki itu perlahan lahan. “Kau nak apa masuk
bilik aku?” Jerit
Sahiril ketika dia terjaga dari tidur. “Saya nak kejutkan awak
makan. Saya tahu awak lapar. Saya dah ketuk pintu tadi tapi awak tertidur. Jadi
saya masuk untuk kejutkan awak.” Jawab Mahani lembut.
Dia melunakkan suaranya supaya marah Sahiril akan segera hilang.
“Kau jangan nak tunjuk baik kat sini. Kau jangan masuk bilik aku tanpa kebenaran
kau tahu tak. Berambus!” Jerit Sahiril lagi. Mahani lantas keluar dari bilik
itu. “Baiklah. Lain kali kalau rumah ni terbakar pun aku takkan kejut kau
lagi.” Bisik Mahani dalam hati. “Kau masak apa ni?” Soal Sahiril ketika dia
berada di meja makan.
“Ingatkan tak nak makan tadi. Turun juga kau.” Desis Mahani dalam
hati. “Saya masak asam pedas ikan pari, kangkung goreng belacan dan telur
dadar. Saya harap awak suka.” Ujar Mahani. Sahiril membasuh tangan dan
mengambil pinggannya. Dia memasukkan nasi dan kuah asam pedas serta mengambil
sedikit ikan pari ke dalam pinggannya. Dia menyuapkan nasi ke dalam mulutnya
secara perlahan lahan.
“Comel cara dia makan.” Ujar Mahani dalam hati. Tiba tiba Sahiril
meludah nasi itu ke lantai. “Kau ni tak pandai masak ke? Tak sedap langsung kau
masak. Kalau macam ni lebih baik aku makan kat luar.” Marah Sahiril. Tanpa
disangka sangka dia menuangkan kuah asam pedas itu ke lantai. Habis lantai itu
bertaburan dengan kuah asam pedas dan ikan pari yang baru dimasak oleh Mahani.
Terkejut Mahani dengan perbuatan Sahiril. “Kau cuci semua ni sekali.
Aku balik kejap lagi aku nak semua ni dah kemas. Dasar perempuan pemalas.” Ujar
Sahiril dan terus keluar dari rumah itu. Mahani terus menangis sambil memandang kuah
asam pedas yang
baru dimasak itu. Dia baru terfikir mahu menikmati kuah asam pedas
itu bersama Irfan. Sahiril memang kejam. Dia sudah jauh berubah.
Sikapnya yang lembut dengan kaum hawa sudah hilang entah ke mana.
Mahani terus mengemas dan mencuci lantai tersebut. Penyiksaannya di rumah itu
baru sahaja bermula buat dirinya.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.