Melisa memandu keretanya keluar dari rumah Husna. Sudah lama dia
tidak bertemu dengan teman baiknya itu kerana kesibukkannya sebagai seorang
model. Pelbagi cerita yang mereka bualkan. Husna memang tidak banyak berubah.
Masih chubby seperti dulu dulu. Husna
adalah teman sebiliknya sewaktu mereka menuntut di universiti dulu dan sampai
sekarang mereka masih bersahabat.
Ketika Melisa melewati taman permainan yang berdekatan dengan rumah
Husna itu dia melihat Mahmudah sedang membeli ais krim. Serta merta hatinya
teringat akan Mahani. Gara gara perbuatan Mahani, Sahiril telah mengahwini
janda itu. Dia amat bencikan Mahani. Dia menganggap Mahani sebagai seorang
manusia yang licik. Mahani kelihatan baik di depan mata namun hakikatnya wanita
itu seorang yang jahat dan licik.
Sanggup dia memerangkap Sahiril supaya dia boleh berkahwin dengan
lelaki itu dan mengaut kekayaan milik Sahiril. Perbuatan Mahani memang tidak
boleh dimaafkan. Ketika dia melalui taman permainan itu dia melihat Irfan
sedang melintas jalan. Serta merta ilham jahat timbul di fikirannya. Apabila
dia melihat tiada orang yang melihat dirinya pada waktu itu, dia terus menekan
minyak dan merempuh Irfan yang sedang mengambil bola dan meninggalkan anak
kecil itu bersendirian. Dia langsung tiada perasaan bersalah di hatinya melainkan perasaan
gembira dan senang hati.
“Padan dengan muka kau Mahani. Kau rasakan pembalasan dari aku. Berani kau rampas Sahiril dari tangan aku dan sekarang aku pula merampas nyawa anak kau.” Ujar Melisa bersendirian. Dia terus ketawa di dalam keretanya.
“Padan dengan muka kau Mahani. Kau rasakan pembalasan dari aku. Berani kau rampas Sahiril dari tangan aku dan sekarang aku pula merampas nyawa anak kau.” Ujar Melisa bersendirian. Dia terus ketawa di dalam keretanya.
Selepas menunaikan solat Asar, Mahani berbaring di atas katil. Sejak
dari tadi hatinya berasa berdebar debar. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang
akan berlaku. Dia berdoa kepada Allah supaya menjauhi diri dan keluarganya dari
sebarang musibah dan malapetaka. Tiba tiba telefon bimbitnya berdering
menandakan ada panggilan masuk. Dia melihat nombor Mahmudah tertera di skrin
telefon bimbitnya itu.
“Assalamualaikum, kak long. Kak long apa khabar? Sihat?” Soal Mahani.
“Waalaikumussalam Ani, Alhamdulillah aku sihat. Ada perkara yang aku nak beritahu kau ni.” Ujar Mahmudah.
“Kenapa suara kak long lain macam saja ni? Apa yang kak long nak beritahu saya?” Soal Mahani tidak sabar sabar.
“Aku harap kau banyak bersabar Mahani. Ingat Allah banyak banyak.” Ujar Mahmudah.
“Waalaikumussalam Ani, Alhamdulillah aku sihat. Ada perkara yang aku nak beritahu kau ni.” Ujar Mahmudah.
“Kenapa suara kak long lain macam saja ni? Apa yang kak long nak beritahu saya?” Soal Mahani tidak sabar sabar.
“Aku harap kau banyak bersabar Mahani. Ingat Allah banyak banyak.” Ujar Mahmudah.
“Kak long, apa yang dah berlaku? Semua baik baik saja kan?” Tekan
Mahani. Hatinya meronta ronta untuk mendengar apa yang Mahmudah ingin
memberitahu pada dirinya.
“Ani, Irfan kemalangan. Kaki dan tangannya patah. Aku harap kau banyak bersabar Mahani.” Kata Mahmudah dalam juraian air mata.
“Apa? Irfan kemalangan? Kak long jangan nak buat lawak bodoh kat sini kak long.” Ujar Mahani tidak percaya.
“Ani, Irfan kemalangan. Kaki dan tangannya patah. Aku harap kau banyak bersabar Mahani.” Kata Mahmudah dalam juraian air mata.
“Apa? Irfan kemalangan? Kak long jangan nak buat lawak bodoh kat sini kak long.” Ujar Mahani tidak percaya.
“Sumpah Ani. Takkan aku nak main main pasal perkara ni. Irfan ada kat Hospital Kuala Lumpur sekarang ni.” Kata Mahmudah untuk menyedarkan Mahani. Mahani merasakan pandangannya berpinar pinar sebentar. Semangatnya hilang dengan tiba tiba. Kakinya lemah menyebabkan dia jatuh terjelepok ke lantai.
“Kenapa boleh jadi macam ni? kenapa kak long tak jaga anak saya elok elok?” Ujar Mahani dalam tangisan.
“Aku minta maaf Ani. Ini semua salah aku. Aku tak jaga dia dengan betul.” Ujar Mahmudah dalam perasaan bersalah. Air matanya tidak henti henti mengalir di pipi.
“Saya nak pergi hospital sekarang. Kak long tunggu saya kat sana.” Ujar Mahani lalu menamatkan perbualan. Dia terus mencapai tudung dan beg tanggannya lalu bergegas keluar dari rumah.
Dia menahan sebuah teksi dan terus bergerak ke Hospital Kuala
Lumpur. Apabila sampai sahaja di hospital dia terus mendapatkan Mahmudah dan
Ramli yang sudah berada di sana.
“Mana Irfan kak long? Dia tak apa apa kan?” Soal Mahani.
“Duduk dulu Mahani. Irfan sekarang sedang dibedah.” Jawab Mahmudah sambil mententeramkan Mahani.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” Soal Mahani.
“Mana Irfan kak long? Dia tak apa apa kan?” Soal Mahani.
“Duduk dulu Mahani. Irfan sekarang sedang dibedah.” Jawab Mahmudah sambil mententeramkan Mahani.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” Soal Mahani.
“Petang tadi aku beli ais krim untuk dia. Aku suruh dia duduk dan tunggu aku datang. Lepas tu aku dengar ada bunyi orang kemalangan. Bila aku pergi dekat aku tengok dia dah terbaring atas jalan tu. Nasib baik ada Ramli yang datang tolong.” Mahmudah menerangkan perkara sebenar.
“Awak kena banyak bersabar Mahani. Ini semua ujian dari Allah. Saya yakin Irfan akan selamat.” Ujar Ramli kepada Mahani.
“Macam mana awak boleh berada di sana?” Soal Mahmudah.
“Saya nak datang rumah kak Mudah tadi sebab nak tanya mana Mahani tinggal. Bila saya lalu kat kawasan tu saya nampak ada kemalangan. Bila saya pergi dekat saya tengok Irfan yang kemalangan.” Ujar Ramli.
“Terima kasih Ramli. Awak dah banyak tolong kami.” Ucap Mahmudah.
“Tak apa kak. Kebetulan saya ada kat situ jadi saya tolonglah.” Kata Ramli merendah diri.
“Ramli, kenapa awak susah susah nak pergi rumah Mahmudah semata mata nak tahu saya tinggal di mana? Kenapa awak tak habis habis nak ekori saya?” Soal Mahani kepada Ramli.
“Mahani, awak jangan salah faham. Saya buat semua ni sebab saya kasihankan awak Mahani. Nadia dah cerita semuanya pada saya. Saya tahu awak menderita kahwin dengan Sahiril.” Jawab Ramli.
“Ramli, saya kan dah cakap lupakan saya. Saya sudah tak nak lagi tengok muka awak. Kenapa awak ni susah sangat nak faham? Awak tak perlu campur urusan saya. Ini hidup saya dan saya tahu apa yang saya buat. Saya tak pernah minta bantuan awak.” Kata Mahani kasar. Hatinya tiba tiba menjadi marah dengan tindakan Ramli yang sibuk mahu mencampuri hidupnya.
“Mahani, kenapa awak mesti tipu diri awak? Kenapa awak nak hidup dengan orang yang selalu siksa hidup awak? Awak tahu tak apa yang terjadi kat Irfan ini disebabkan awak? Awak telah abaikan anak awak sebab awak kahwin dengan lelaki yang salah.” Ujar Ramli.
“Awak tak perlu campur hidup saya. Awak tak tahu apa yang saya lalui dan awak tak perlu nasihatkan saya itu dan ini. Saya dah ada pengalaman berkahwin dan saya dah lalui macam macam perkara dalam dunia perkahwinan ini. Awak uruskan hidup awak dan saya uruskan hidup saya.” Jerit Mahani.
“Sudahlah tu. Jangan bergaduh kat sini. Ini hospital bukan gelanggang debat. Kita kena fikirkan Irfan yang dalam dewan bedah tu. Korang tak malu ke orang tengok.” Ujar Mahmudah yang cuba mententeramkan keadaan. Mahani dan Ramli diam apabila diri mereka menjadi perhatian pada orang yang berada di sekeliling mereka.
“Cik Mahmudah Mahat.” Seorang doktor yang baru keluar dari dewan bedah memanggil nama Mahmudah.
“Saya!” Jawab Mahmudah sambil menuju ke arah doktor wanita tersebut.
“Anak saudara cik dalam keadaan selamat. Cik boleh lawat dia bila dia dah dipindahkan ke wad biasa nanti.” Ujar doktor wanita tersebut. Mahani, Mahmudah dan Ramli mengucapkan syukur ke hadrat Allah.
“Terima kasih doktor.” Ucap Mahmudah.
“Sama sama. Kami hanya mampu membantu setakat yang terdaya saja yang lain terserah pada Allah.” Ujar doktor tersebut dan terus beredar.
...........................................................................................................
Bakri mengeluarkan semua surat khabar yang sering dibelinya dari
dalam stor. Sudah lama dia tidak mengemas stor tersebut. Dia menyusun semua
surat khabar lama itu dan diikatnya elok elok. Dia mahu menjualnya kepada cina
yang sering mengambil surat khabar lama di kawasan perumahan tersebut. Ketika
dia sedang menyusun surat khabar itu dia melihat gambar Mahani dan Sahiril
ketika berita mereka ditangkap khalwat.
Dia membaca tajuk berita tersebut. USAHAWAN MUDA TERKENAL DITANGKAP KHALWAT BERSAMA PENGEMAS BILIK DI HOTEL MILIKNYA. Begitulah tajuk berita tersebut. Bakri agak terkejut membaca artikel tersebut. Dia sendiri bingung bagaimana dia boleh tidak perasan tentang berita itu ketika dia membeli akhbar tersebut. Namun dia tersenyum membaca artikel tentang Mahani dan Sahiril itu.
“Padan muka kau Mahani. Kau dah terima balasan dari Allah. Tak lama lagi kau akan terima balasan dari aku pula.” Bisik Bakri dalam hati. Dia melihat gambar Sahiril pula.
“Memang patut kamu berdua kena tangkap khalwat pun. Dua dua tak boleh pakai.” Bakri bermonolog sendirian. Dia terus menyusun surat khabar lama tersebut dan mengikatnya dengan ketal untuk dijual.
........................................................................................
Mahani melihat jam di pergelangan tangannya. “Sudah pukul 10.30
malam rupanya.” Bisik hati Mahani. Dia memandang wajah Irfan yang sedang lena
tidur di atas katil hospital itu. Sebenarnya Irfan sudah sedar dan setelah
diberi ubat dia tidur semula. Mahani memandang Mahmudah yang sedang tidur
tersengguk sengguk di atas kerusi manakala Ramli pula berjalan mundar mandir di
ruangan wad itu.
“Ramli!” Panggil Mahani lembut. Ramli memandang ke arah Mahani. sebuah senyuman tergaris di bibirnya.
“Ya?” Soal Ramli ringkas tapi padat.
“Saya minta maaf sebab dah marah awak petang tadi. Saya sepatutnya mengucapkan terima kasih pada awak tapi sebaliknya yang berlaku. Terima kasih sebab hantar Irfan ke hospital dan terima kasih banyak banyak sebab dan bayar kos rawatan Irfan." Ucap Mahani.
Dia berasa segan dengan Ramli. Lelaki itu sudah banyak membantunya selama ini. Walaupun dia telah memarahi lelaki tersebut petang tadi namun Ramli tetap berkeras mahu membayar kos perubatan Irfan. Sememangnya Ramli seorang lelaki yang baik.
“Tak apa. saya tolong awak dengan ikhlas.” Ujar Ramli merendah diri.
“Mahani, hari dah malam ni. lebih baik kau balik rumah. Nanti Sahiril marah.” Entah bila Mahmudah tersedar Mahani tidak tahu dan tiba tiba wanita itu bersuara.
“Betul juga. Tapi siapa yang nak jaga Irfan kat sini?” Soal Mahani.
“Aku kan ada. Aku akan jaga dia Ani. Kau tak perlu risau pasal Irfan. Kau baliklah.” Pujuk Mahmudah. Dia tidak mahu adiknya di apa apakan oleh lelaki seperti Sahiril.
“Mari saya hantar awak balik. Saya pun nak balik ni. Esok saya akan datang lagi nak lawat Irfan.” Ujar Ramli.
“Jangan susah susah Ramli. Saya boleh balik naik bas.” Mahani
menolak perlawaan Ramli dengan baik. Sudah banyak budi lelaki itu dimakannya.
Cukup cukuplah setakat itu sahaja.
“Bahaya awak naik bas dalam waktu macam ni. Sekarang dah malam Mahani. Saya risau ada apa apa perkara buruk terjadi pada awak.” Ujar Ramli.
“Betul tu Ani. Pergilah balik dengan Ramli. Sekarang dah malam. Kau tu perempuan. Bahaya balik naik bas malam malam macam ni.” Mahmudah menyokong hujah Ramli.
“Bahaya awak naik bas dalam waktu macam ni. Sekarang dah malam Mahani. Saya risau ada apa apa perkara buruk terjadi pada awak.” Ujar Ramli.
“Betul tu Ani. Pergilah balik dengan Ramli. Sekarang dah malam. Kau tu perempuan. Bahaya balik naik bas malam malam macam ni.” Mahmudah menyokong hujah Ramli.
“Baiklah.” Mahani mengalah.
“Kami balik dulu kak Mudah.” Pamit Sahiril.
“Baiklah.” Balas Mahmudah pendek.
“Ibu balik dulu sayang.” Ujar Mahani sambil mencium ubun ubun Irfan.
“Saya balik dulu. Tolong jaga Irfan baik baik. Esok saya datang.” Ujar Mahani sambil bersalaman dengan Mahmudah.
“Kau jangan risau pasal Irfan. Aku akan jaga dia baik baik.” Balas Mahmudah.
“Terima kasih sebab awak sudi hantar saya. Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Ucap Mahani.
“Biar saya hantar awak sampai atas. Saya risau kalau ada orang jahat yang nak apa apakan awak.” Ujar Ramli.
“Tak apa. Sampai sini saja dah cukup. Saya boleh naik sendiri.” Kata Mahani.
“Awak jangan degil Mahani. Saya bukan apa. Saya hanya nak pastikan awak selamat saja sampai ke rumah. Itu saja. Saya tak ada niat apa apa pun.” Ujar Ramli ikhlas.
“Ikut suka awaklah.” Balas Mahani mengalah setelah melihat keikhlasan yang terpancar di wajah Ramli. Mereka berdua menaiki lif untuk sampai ke rumah Sahiril itu.
Ramli menghantar Ramli sampai di hadapan pintu rumah. “Buat sekalian kalinya saya mengucapkan ribuan terima kasih pada awak. Awak dah terlalu banyak tolong saya. Saya tak tahu macam mana nak balas semua budi baik awak tu.” Ucap Mahani.
“Saya rasa ucapan yang paling banyak keluar dari mulut awak ialah ucapan terima kasih. Saya dah cakap saya ikhlas tolong awak. Alangkah bagusnya kalau ucapan terima kasih itu awak tukar pada ucapan…err… I love you!”. Ujar Ramli serius dan bukannya berseloroh namun ada segaris senyuman di bibirnya.
Terpempan Mahani pada waktu itu. Dia merasakan ada darah panas yang menyimbah wajahnya. “Kalau tak ada apa apa lagi saya masuk dulu. Assalamualaikum.” Ucap Mahani. Belum sempat Ramli menjawab ucapan salam Mahani tiba tiba pintu rumah terbuka. Mereka melihat Sahiril sedang berdiri di hadapan pintu rumah dengan memakai kain pelikat dan tidak berbaju.
“Hoi janda, kau pergi mana? Dah nak pukul dua belas baru kau nak balik.” Jerkah Sahiril lantang. Matanya tajam melihat ke arah Mahani dan Ramli
“Aku pergi lawat anak aku kat hospital sebab dia kemalangan.” Jawab Mahani.
“Kau pergi hospital atau kau pergi memadu asmara di hotel.” Tuduh Sahiril melulu.
“Aku tak sehina itu Sahiril.” Marah Mahani.
“Encik Sahiril, saya bukan nak campur urusan rumahtangga encik tapi saya rasa tuduhan encik tu dah melampau. Tak baik encik cakap macam tu pada Mahani.” Ujar Ramli. Dia tidak menyangka Sahiril yang baik dan peramah ketika berada di pejabat itu seorang
pembengis apabila berhadapan dengan Mahani.
“Ada pula peguam bela kat rumah aku ni. Kau jangan nak masuk campur urusan aku. Entah entah engkau dah memadu asmara dengan dia kat hotel lepas tu kau datang sini nak jadi pembela dia pula.” Ujar Sahiril. Segaris senyuman sinis terukir di bibirnya.
“Ada pula peguam bela kat rumah aku ni. Kau jangan nak masuk campur urusan aku. Entah entah engkau dah memadu asmara dengan dia kat hotel lepas tu kau datang sini nak jadi pembela dia pula.” Ujar Sahiril. Segaris senyuman sinis terukir di bibirnya.
“Astaghfirullahalazim. Encik ingat saya orang macam tu. Jahat jahat saya sekalipun, saya tak pernah nak buat hubungan dengan isteri orang. Saya cuma hantar Mahani balik. Suami apa encik ni sampai isteri sendiri tidak dihargai dan dipedulikan.” Balas Ramli kegeraman.
“Kau tak payah campur urusan aku. Kau buat saja kerja kau sebagai pengurus besar RaHa Hotel tu. Jangan sampai aku pecat kau. Kau jangan datang lagi kat rumah ni dan jangan jumpa isteri aku lagi.” Marah Sahiril lalu merentap tangan Mahani masuk ke rumah dan lantas menutup pintu.
Ramli sekadar melihat dengan pandangan simpati. Dia berharap Sahiril tidak melakukan sesuatu perkara yang buruk terhadap Mahani. Sahiril terus menolak Mahani di atas sofa. “Kau memang dah melampau. Dulu kau perangkap aku sampai aku terjebak dalam perkahwinan bodoh ni dan sekarang kau buat hubungan sulit dengan jantan lain kat belakang aku. Dasar perempuan murahan!” Jerit Sahiril.
“Aku tak pernah buat macam tu. Kau jangan tuduh melulu. Aku tak pernah menduakan kau. Aku sangat cintakan kau.” Balas Mahani dalam rembesan air mata yang jatuh ke pipinya.
“Jangan kau ucap kata cinta kalau kau tak faham maksudnya. Kau memang perempuan tak guna Mahani. Kau seorang manusia yang bertuhankan duit.” Ujar Sahiril.
“Kalau aku bertuhankan duit dan kau pula manusia yang menggunakan duit untuk kepentingan diri kau saja. Kau sanggup ugut aku untuk kahwin dengan kau semata mata nak tutup keaiban kau. Kau gunakan wang dan pengaruh kau untuk menjebak aku dalam perkahwinan ini.” Bidas Mahani.
Pang! Satu tamparan padu singgah di pipi gebu Mahani. Mahani terus tersungkur di lantai. Dia melihat bibirnya pecah dan mengalirkan darah.
“Kurang ajar. Aku dah bagi kau macam macam dan sekarang kau nak hina aku pula.” Ujar Sahiril dan terus menarik rambut Mahani. Mahani hanya mampu mengerang kesakitan. Sahiril menampar nampar Mahani berkali kali dan menarik baju Mahani hingga ke dapur sehingga baju yang dipakai oleh Mahani terkoyak.
Sahiril terus menghentak kepala Mahani di peti sejuk yang berada di dapur. Mahani hanya mampu menangis dan minta diampunkan namun Sahiril tidak menghiraukannya. Tidak cukup dengan itu Sahiril menyepak tubuh Mahani berkali kali sehingga Mahani terlentang kelemahan. Dia cuba melawan namun tenaganya tidak terdaya melawan kudrat lelaki Sahiril.
Dia terus terbaring di lantai kelemahan dan keletihan. “Padan dengan muka kau. Kau rasakan penangan aku.” Ujar Sahiril sambil memandang tajam Mahani yang terbaring di lantai dapur itu dalam keadaan lemah. Sahiril terlihat tubuh Mahani yang terdedah. Satu nafsu jahat telah merasuk hatinya dan tiba tiba satu ilham muncul di kotak fikirannya. Dia terus mendukung Mahani ke kamarnya.
“Kau belum kenal siapa aku Mahani. Aku Sahimi Sahiril bin Datuk Mansur. Lelaki paling hebat di dunia.” Bisik Sahiril di telinga Mahani. Mahani terus tertidur kerana keletihan.
Boleh baca novel Mencari Makna Cinta Bab 1 hingga Bab 15 di sini ---> novel mencari makna cinta
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.