“Cepatlah ibu, Irfan dah tak sabar dah ni. Cepatlah mak long.”
Teriak Irfan di luar rumah. Hatinya melonjak kegirangan kerana mereka
sekeluarga akan ke Port Dickson. Sebuah pantai peranginan yang terkemuka di Malaysia .
Port Dickson mempunyai banyak pantai pantai yang cantik di samping mempunyai
banyak chalet dan hotel penginapan. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara
gemar datang ke Port Dickson untuk melancong dan bermandi manda.
“Ya, cuba bersabar Irfan. Jangan nak
gelojoh sangat. Tak
lari Port
Dickson itu dikejar.” Tegur Mahani. “Biarlah dia Ani. Dia tengah teruja tu.
Biasalah budak budak. Lagipun dia jarang jarang dapat bercuti macam ni. Kali
terakhir kita pergi Langkawi tu pun Irfan baru empat tahun.” Ujar Mahmudah. Mahani
sekadar mendiamkan diri. Dia malas mahu berhujah dengan Mahmudah.
Sikap Mahmudah sama
seperti arwah ibunya. Suka membela Irfan jika dia memarahi Irfan di hadapan
mereka. Setelah memastikan semua barang barang yang hendak dibawa telah di
masukkan ke dalam kereta, mereka memulakan perjalanan. Mahani sebenarnya cuti
pada hari Jumaat itu sempena sambutan hari Deepavali. Memandangkan hari Sabtu
dan hari Ahad esoknya dia bercuti, Mahmudah mengajaknya untuk makan angin Port
Dickson.
Mahmudah memandu
keretanya dengan berhati hati. Jalan raya agak sesak dengan kenderaan yang
keluar dari Kuala Lumpur .
Ramai penduduk kota
mahu pulang ke kampung. Jika mereka berbangsa India mereka mahu menyambut
perayaan Pesta Cahaya itu dan yang selain
daripada bangsa India
mereka mahu melarikan diri dari kesibukan kota yang seolah olah tidak
pernah habis.
Mahmudah mendengar
siaran berita dari saluran radio sambil menumpukan pada pemanduannya. Berita
tentang penggunaan kalimah Allah menarik perhatiannya. Ada pihak yang mahu menggunakan kalimah Allah
itu di dalam kitab Bible. Pada pendapatnya, kalimah Allah tidaklah sesuai
digunakan dalam kitab agama Kristian itu. hal ini kerana nama Allah adalah
tuhan yang khusus untuk orang Islam dan jika mahu menggunakan kalimah Allah
mereka perlu mengakui keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.
Dirinya khuatir jika
kanak kanak seperti Irfan yang sememangnya tidak mempunyai pegangan agama yang
kukuh akan terpengaruh dengan agama tersebut dan dikhuatiri mereka akan murtad
kerana beranggapan Kristian juga menyembah Allah yang Maha Esa. Ini bukanlah
isu perkauman dan mahu menyentuh isu keagamaan tetapi ini memyentuh isu akidah
umat Islam.
Sebagai umat Islam, dia
perlu mempertahankan agama Islam ini dari dicemari dari anasir anasir seperti
itu. Sejak akhir akhir ini, dasar Kritianisasi semakin berleluasa di Malaysia
dan begitu ramai ramaja Islam macapada ini telah murtad gara gara pegangan
akidah yang kurang mantap. Lebih menyedihkan apabila ada pihak yang bertaraf
ulama turut bersetuju dengan idea tersebut atas kepentingan kepentingan
tertentu.
Dia khuatir jika
perkara seperti ini tidak dihalang secepat mungkin, suatu hari nanti masalah akan timbul di
belakang hari. Perkara seperti ini tidak kelihatan pada masa terdekat tetapi
lambat laun natijah yang buruk akan berlaku. Sebelum nasi menjadi bubur lebih
baik jika perkara seperti itu dihalang. Sepanjang perjalanan itu mereka melihat
pemandangan bukit bukau dan arus pembangunan yang semakin rancak.
Mahani menjadi takut
apabila melihat begitu banyak pokok ditebang dan bukit digondolkan untuk
membina rumah dan bangunan sepanjang perjalanan mereka. Mahani cukup khuatir
jika suatu hari nanti manusia akan mati kerana
kekurangan oksigen kerana begitu banyak sekali flora dan fauna yang
dimusnahkan oleh pembangunan. Mahani berdoa kepada Allah supaya apa yang
terlintas di fikirannya itu tidak menjadi kenyataan.
“Apa yang Irfan nak buat kat sana nanti?” soal Mahmudah. “Irfan nak mandi
laut, mandi kolam lepas tu nak buat istana pasir dengan maklong dan mama.” jawab
Irfan. Mahani hanya tersenyum mendengar jawapan anaknya. Inilah kali pertama
dia membawa Irfan ke pantai. Sudah tentu Irfan teruja dan gembira apabila
melihat pantai nanti. Setelah menempuh perjalanan selama tiga jam setengah,
akhirnya mereka sampai ke Port Dickson.
Sebenarnya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson hanya tiga jam
sahaja namun apabila mereka terpaksa meredah kesesakan jalan raya masa
perjalanan mereka semakin bertambah. Setelah sampai ke chalet yang telah
ditempah oleh Mahmudah dua minggu yang lalu mereka terus mengeluarkan barang
barang dari kereta. Kemudian mereka bertiga terus ke kaunter pendaftaran untuk
membuat pendaftaran masuk ke chalet tersebut.
Kawasan chalet itu
sungguh cantik. Halamannya dihiasi dengan pelbagai jenis bunga dan pokok pokok herba.
Chalet yang dibina di situ merupakan sebuah bilik yang besar dan diperbuat dari
kayu kayan yang bermutu tinggi seperti cengal dan meranti. Jika dilihat sekali
imbas tempat itu tidak ubah seperti sebuah perkampungan kecil. Mereka mendapat
bilik bernombor 104.
Bilik mereka sungguh luas dan mempunyai sebuah
katil yang besar dan sebuah katil bujang. Bilik itu juga dilengkapi dengan
pendingin hawa dan sebuah tandas serta sebuah bilik mandi. Di hadapan chalet
mereka juga mempunyai sebuah kolam renang yang besar. Pendek kata, chalet yang
mereka duduki itu memang cantik dan selesa. Jika mereka mahu bermandi manda di
laut mereka juga boleh ke pantai yang terletak di belakang kawasan chalet itu.
Setelah menyimpan
barang di dalam bilik, mereka bertiga berehat sebentar. Keletihan kerana berada
di dalam kereta terlalu lama menuntut mereka untuk menghilangkan penat di
badan. Setelah penat mereka hilang, mereka terus ke gerai berdekatan untuk
mengisi perut. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Setelah mengisi perut
mereka terus pulang ke bilik untuk membersihkan diri.
Pada waktu malam pula
mereka bertiga ke pekan untuk membeli sedikit makanan untuk mengalas perut jika
mereka berasa lapar pada waktu malam nanti. Mereka tidak menjamah makanan pada
malam itu kerana mereka sudah kenyang memandangkan mereka telah makan petang
tadi. Mereka turut membeli ole ole sebagai kenangan. Setelah puas membeli belah
di pekan mereka terus ke berjalan di pantai.
“Ibu, Irfan nak mandi.” Ujar Irfan. Hatinya
begitu teruja untuk mandi laut pada malam itu. “Irfan, dah malam
sekarang ni. Esok pagi kita mandi.” Jawab Mahani. Irfan mula menarik muncung
sedepa kerana permintaanya ditolak. Mahmudah hanya mendiamkan diri.
Dia sekadar memandang
ombak yang sedang menghempas pantai. Ketika mereka bertiga leka menyusuri gigi
pantai itu mereka telah disapa oleh seseorang. “Mahani, awak pun bercuti kat
sini juga?” Soal Sahiril. Mahani memandang Sahiril bersama dengan seorang
gadis. Gadis itu sedang berpaut pada lengan jejaka itu. Ada perasaan cemburu yang timbul di hati
Mahani.
“Ya. Saya datang dengan
anak dan kakak saya. Ini anak saya Irfan. Irfan, salam dengan abang Sahiril dan
kakak tu.” Ujar Mahani. Irfan terus menuju ke arah Sahiril dan mencium tangan
Sahiril dan gadis di sebelahnya. “Comelnya budak ni.” Kata Melisa sambil
mencubit lembut pipi Irfan. “Perkenalkan ini bakal tunang saya, Melisa.” Ujar
Sahiril. “Saya Mahani.”
Mereka berdua
bersalaman “Melisa”. Balas Melisa pendek. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Mahani.
“Sahiril! Melisa! Ini kakak saya. Mahmudah.” Giliran Mahani pula memperkenalkan
Mahmudah kepada mereka berdua. “Panggil saja kak Mudah.” Ujar Mahmudah sambil
menyalami Melisa. “Inilah Kak Mudah tu. Sudah lama saya tak jumpa Mahmudah.
Kali terakhir kita jumpa masa perkahwinan Mahani tu.” Ujar Sahiril.
“Betul tu. Maknanya dah
lapan tahun kita tak jumpa.” Balas Mahmudah pula. “Kamu semua ni sekampung ke?”
soal Melisa meminta kepastian. “Tak. Masa saya duduk kat Kampung Pantai Dahan
dulu, saya bersekolah dengan Mahani. Jadi sudah tentu saya kenal dengan kak
Mahmudah.” Jawab Sahiril. “Oh begitu. Mana suami awak Mahani?” soal Melisa.
Semua yang berada di situ tergamam kecuali
Irfan yang sedang leka bermain air laut di gigi pantai itu. “Err, sebenarnya
saya dah lama berpisah dengan bekas suami saya.” Terang Mahani. “Oh! Maafkan
saya. Saya tak tahu. Sahiril tak pernah cerita pasal awak pada saya.” Ujar
Melisa. Kata kata Melisa itu umpama belati tajam yang sedang menghiris hiris
hati Mahani.
Sudah terang lagi
bersuluh yang Sahiril langsung tidak pernah mengingati dirinya. Dia sahaja yang
asyik teringatkan Sahiril hampir setiap hari. “Kamu datang berdua sahaja ke?”
soal Mahmudah pula. “Tak. Saya datang dengan mama saya. Kebetulan kami nak
pergi ke sini, jadi kami pun bawa Melisa sekali.” Jawab Sahiril. “Oh begitu.
Mana mama kamu? Dia tak ikut jalan jalan di sini sekali?” soal Mahmudah lagi.
Mahmudah memang gemar
bercakap dan bertanya soalan. Mahmudah memang seorang yang peramah dan suka
berkawan. Jika orang yang tidak biasa dengannya, sudah tentu orang akan
menyangka bahawa Mahmudah ini seorang kaki sibuk dan suka menjaga tepi kain
orang lain. “Mama ada di bilik. Dia tengah berehat. Tadi saya ada ajak dia tapi
dia tak mahu. Penat katanya.” Jawab Sahiril sambil tersenyum.
“Kenapa awak memilih
untuk menginap di chalet yang murah macam ni? Kenapa tak duduk kat hotel yang
mahal?” soal Mahani pula. “Sebab mama saya suka tempat ni. Dia kata kat sinilah
dia jumpa arwah papa saya. Lagipun tempat ni cantik. Pantainya pun bersih.”
Jawab Sahiril. “Kamu semua duduk kat bilik nombor berapa?” soal Melisa. “Bilik
104.” Jawab Mahmudah pendek.
“Oh! Kami duduk di
bilik 120. Malam esok kami merancang nak buat BBQ. Kalau kamu semua tak
keberatan marilah join sekali. Lagipun kami bertiga sahaja. Makanan pun
banyak. Ada
udang, sotong, ketam, ayam dan banyak lagi. Marilah.” Pelawa Melisa. “Betul tu.
Lagipun makanan banyak. Kami takut tak habis nanti.” Ujar Sahiril. “Bagus juga
cadangan tu. Dengar pun macam seronok je.” jawab Mahmudah.
Mahani pula mengangguk
setuju. “Kalau macam tu kita jumpa malam esok kat tepi pokok besar tu pukul
lapan.” Kata Sahiril. “Baiklah.” Jawab Mahani dan Mahmudah hampir serentak.
“Kalau macam tu kita jumpa esok. Kami nak balik bilik sekarang ni. mata saya
dah mengantuk. Kami balik dulu ye.” Ujar Sahiril. “Baiklah.” Jawab Mahani.
Mahani dan Mahmudah memandang Sahiril dan Melisa meninggalkan mereka.
.............................................................................................................................................
Di Kuala Lumpur hujan
renyai renyai sedang turun membasahi bumi. Nabila dan Bakri sedang leka
menonton televisyen pada waktu itu. Mereka sedang menonton drama Saiful Nita
yang ditayangkan di TV3. Sesekali Bakri menghirup kopinya yang dibancuh oleh
Nabila. Nabila pula leka menonton televisyen. Dia suka melihat wajah kacak
Aidil Azmi yang memegang watak sebagai Saiful dalam drama tersebut.
Ketika mereka sedang
leka bersantai pada malam itu, tiba tiba mereka terdengar ada orang memberi
salam di luar. “Siapa yang datang malam malam ni bang? Ni tentu orang tabligh
datang nak berdakwah ni. Kalau nak berdakwah pun datang la esok pagi. Malam
malam macam ni pun nak kacau hidup orang.” Omel Nabila seorang diri. Bakri
tidak berkata apa apa. Dia terus keluar untuk melihat siapakah yang datang pada
waktu malam begini.
Dia melihat sebuah
kereta berwarna putih biru dan beberapa orang anggota polis yang lengkap
berpakaian seragam polis. “Assalamualaikum.” Ucap salah seorang dari mereka.
“Waalaikumsalam.” Jawab Bakri sambil membuka pintu pagar rumah teresnya. “Saya
Inspektor Rahmat. Ini rakas setugas saya.” Kata pegawai polis itu
memperkenalkan diri dan dan rakan rakan setugasnya.
“Ada apa ye encik?” soal Bakri sedikit
gementar. Dia agak cuak melihat lima
orang anggota polis yang datang ke rumahnya pada malam malam begini. Setahunya,
dia tidak pernah melakukan jenayah atau melanggar undang undang. “Betul ke ini
rumah Puan Nabila?” soal Inpektor Rahmat. “Ya encik. Dia isteri saya. Kenapa
dengan dia?” soal Bakri. “Ya encik. Saya
Nabila. Kenapa?” soal Nabila pula yang entah muncul dari mana.
“Puan dikehendaki
mengikut kami ke balai sekarang. Ada
laporan dibuat mengatakan puan telah memukul untuk tujuan mendera seorang kanak
kanak bernama Irfan. Kami juga mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa puan
di mahkamah.” Ujar Inspektor Rahmat. Hampir nak tercabut jantung Nabila dan
Bakri pada waktu itu. Nabila tidak menyangka bahawa Mahani akan membuat laporan
polis di atas perbuatan yang telah
dilakukannya ke atas Irfan.
Dia fikir Mahani
sekadar mahu menggertak dirinya sahaja. “Sarjan, gari dia sekarang.” Arah Inpektor
Rahmat. Sarjan Ahmad dan seorang lagi anggota polis terus menggari pergelangan
tangan Nabila di belakang dan terus membawanya masuk ke dalam kereta berwarna
putih biru itu. “Saya tak salah encik. Saya difitnah oleh bekas isteri dia.
Saya tak salah encik. Perempuan tu memang suka buat cerita yang bukan bukan.
Tolong lepaskan saya encik.” Rayu Mahani sambil meronta ronta.
“Tolong encik, jangan
tangkap isteri saya. Dia tak tahu apa yang dia buat tu salah. Tolong jangan
tangkap dia encik.” Rayu Bakri pula. “Kami terpaksa menahan dia buat beberapa
hari untuk memudahkan kami membuat siasatan lanjut. Dalam tempoh itu encik
boleh melawat isteri encik di balai. Kami pergi dulu. Assalamualaikum.” Ucap
Inspektor Rahmat lalu terus masuk ke dalam kereta dan kereta itu memecut laju
meninggalkan Bakri yang sedang kesedihan di pintu pagar rumahnya.
Angin bayu menderu deru
menampar pipi pipi manusia yang dilanggarnya. Cuaca pada malam itu sungguh baik.
Setelah puas bermandi manda dan bermain dari pagi hingga ke petang, Mahani,
Mahmudah dan Irfan berehat pada malam itu.
Pada malam itu juga,
mereka membantu Sahiril, Melisa dan Datuk Hasanah menyediakan bahan bahan untuk
dipanggang pada malam itu. Sahiril dan Melisa menghidupkan api menggunakan
arang yang dibeli di kedai petang tadi. Datuk Hasanah, Mahani dan Mahmudah
bekerjasama memotong dan memeram bahan bahan yang ingin dipanggang menggunakan
rempah ratus. “Saya dengar kamu ni kawan sekolah Sahiril ye?” soal Datuk
Hasanah ketika mereka sedang memotong ayam untuk diperam dan dipanggang itu.
“Betul Datuk. Saya kenal dengan Sahiril sejak
dari tingkatan empat.” Jawab Mahani. “Jadi kamu ni tinggal di Kampung Pantai
Dahan ye?” soal Datuk Hasanah lagi. “Betul tu.” Jawab Mahani pendek. Tangannya
lincah memotong ayam tersebut. “Sahiril kata kamu ni kerja kat RaHa Hotel di
bahagian housekeeping.” Soal
Datuk Hasanah seolah olah tidak mahu berhenti. Mahmudah sekadar mendengar.
Dia tidak berkata kata.
Dia sibuk memotong sotong sambil bermain main dengan Irfan. “Benar Datuk.
Kenapa? Datuk ada masalah ke dengan pekerjaan saya?” soal Mahani pula. “Tidak.
Saya Cuma bertanya saja.” Jawab Datuk Hasanah. Di sudut hatinya dia tidak suka
akan Mahani. Dia dapat merasakan Mahani cuba untuk menggoda Sahiril. Dia
tidak suka Sahiril berkawan dengan perempuan itu lebih lebih lagi bila mendapat
tahu Mahani berasal dari kampung.
Pada hematnya
kebanyakkan perempuan kampung sangat kolot. Mereka tidak tahu bergaya seperti
perempuan bandar. Perasaan bencinya semakin bertambah apabila mendapat tahu
Mahani telah berkahwin pada usia lapan belas tahun dan perkahwinannya tidak
bertahan lama. Sudah tentu perempuan ini tidak ada masa depan dan sudah tentu
perempuan ini tidak pandai menjaga suami.
Sebab itu
perkahwinannya musnah. Itulah perkara yang menjelma di kotak fikiran Datuk
Hasanah. Setelah semuanya sudah selesai mereka mula memangang makanan yang
telah disediakan sebentar tadi. Mereka makan dengan berselera sekali kerana
masing masing sudah kelaparan. Seusai makan dan membuang sampah di tempat yang
disediakan, mereka duduk berbual bual kosong sambil minum air teh tarik yang
dibancuh oleh Mahmudah sebentar tadi.
“Apa kata kalau kita
semua nyanyi lagu masing masing nak?” soal Sahiril kepada mereka yang berada di
situ. Entah dari mana dia mendapat idea gila itu tiada siapa yang tahu. “Tak
nak la. Suara saya tak sedap. Nanti semua orang ketawa.” Jawab Melisa. “Kita
bukan nyanyi untuk pertandingan. Kita nyanyi untuk suka suka sahaja. Biar saya
mula dahulu.” Ujar Sahiril lalu mula menyanyi lagu Pesanan Buat Kekasih
dendangan kumpulan Spring sambil memetik gitar yang dibawanya dari rumah.
Sewaktu kau
melangkah meninggalkan diriku,
Sebaknya rasa
di dalam dadaku menahan titis air mata,
Ingin aku
berpesan kepadamu kekasih,
Sekiranya
engkau merinduiku hubungilah aku di sini,
Jika ada
kesilapanku maafkanlah diriku oh sayang,
Dan izinkan aku
bertanya mengapa kau berubah hati,
Kiranya kau ada
penggantiku tetapi hidupmu tak bahagia,
Relaku
memaafkanmu dan menerimamu sayang,
Walaupun hati
ku kau lukai namun ku masih menyayangi kerna,
Sehingga waktu
ini cintaku masih untukmu,
Oh sayang di
mana kau berada janganlah kau lupakan aku,
Ingat aku walau
sesaa seorangt insan yang terluka.
Semua yang berada di
situ bertepuk tangan menandakan mereka suka dengan nyanyian Sahiril. Mahani
tidak menyangka Sahiril mempunyai suara semerdu itu. Untung benar diri Melisa
kerana mendapat suami seperti Sahiril nanti. “Sekarang giliran siapa pula?”
soal Sahiril sambil memandang setiap wajah di hadapannya. Semua orang tidak berani bersuara dan tiba tiba Mahmudah
mengangkat tangannya. “Kakak.” Kata Mahmudah. “Bagus! Kak Mudah nak nyanyi lagu
apa?” soal Sahiril sambil memetik
gitarnya secara perlahan lahan. “Kakak nak nyanyi lagu Ziana Zain. Tajuknya
Puncak Kasih.” Jawab Mahmudah. “Baiklah.” Jawab Sahiril sambil mula memetik
gitarnya dan Mahmudah mula menyanyi.
Dalam air tenang arus menyusur damai,
Sekali embun yang menitis memecah,
Di mana percikannya di mata,
Laluku ku sentuh basahnya kejernihan,
Dalam hati sunyi bagai hening pagi,
Tiada beza lagi kedukaan ini,
Andai nilai setia tiada bagaimana pula nantinya,
Di dalam istana serikah warnanya,
Retak kasih ini berlimpahan rona luka,
Telah pun kita simpan tak sedikit sejarah
percintaan,
Puncak kasih kita rendangnya oh seketika,
Bagai cerita satu mimpi episode cinta,
Terpaksa aku redha walaupun dalam nyata kau merisik
Tanya,
Tidak ku percaya.
Walaupun suara Mahmudah
seperti mendengar radio rosak namun dia tetap diberi tepukan oleh semua orang
kerana keberaniannya menyanyikan lagu bernada tinggi. “Lepas ni giliran saya
pula.” Mahani menawarkan diri. “Bagus! Lagu?” soal Sahiril kepada Mahani. “Lagu
yang Ramlah Ram nyanyi dengan Sleeq tu. Tajuknya Sesaat Kau Datang.” Jawab
Mahani.
Sesaat kau
datang sesaat kau hilang,
Kemunculan
dirimu penuh misteri,
Kau mendekat
kau menjauh tinggalkan diriku,
Sesudahnya kau
membuang mencampakkan aku,
Sungguh
kejamnya dirimu mengkhianati cinta yang kusemat di jiwa,
Kau hancurkan
segala harapan kau remukkan cinta yang telah kita bina,
Jika sudah kau
mencintai dia putuskan aku dengan baik caranya,
Walaupun sakit
hatiku rasa sesungguhnya aku tak rela,
Kerna hatiku
masih mencintai dirimu dengan sepenuh hati,
Tapi ku ikhlas
melepaskan mu kerana aku manusia biasa.
Semua orang memberikan
tepukan yang gemuruh buat Mahani. Sahiril benar benar takjub mendengar
kelunakkan suara Mahani. “Mama pula.” Ujar Datuk Hasanah. “Lagu?” soal Sahiril
pendek. “Lagu Bila Rindu Ku Sebut Namamu. Siti Fairuz.” Jawab Datuk Hasanah dan
Sahiril mula memetik gitarnya.
Tanpa ku sedar
aku tersebut namamu,
Mengapakah
hanya dengan tiba tiba,
Aku pun menjadi
rindu dan wajahmu ku terbayang,
Adakah engkau
pun begitu merindu,
Bila ku rindu
aku tersebut namamu,
Bila ku resah
ingin rasa ku bertemu,
Aku jadi tak
menentu menunggu kehadiranmu,
Mengapakah lama
menghilang tanpa berita,
Apa khabarmu di
sana kekasihku,
Semoga engkau
tak lupa padaku,
Jangan biarku
merindu jangan biarkan tertunggu,
Sepinya di
hatiku menunggumu,
Bila ku rindu
aku tersebut namanu,
Di dalam mimpi
aku dibelai olehmu,
Indah sungguh
percintaan indahnya berkasih sayang,
Betapa aku
merindu kepadamu.
“Sekarang giliran
Melisa pula. Lisa nak lagu apa?” soal Sahiril. “Lisa tak pandai nyanyi la.”
Ujar Melisa dengan nada manja. “Lisa, kakak pun bukannya pandai nyanyi sangat.
Suara kakak pun macam suara zirafah tercekik pucuk paku. Kita nyanyi untuk suka
suka saja.” Ujar Mahmudah. Semua orang ketawa mendengar kata kata Mahmudah dan
mereka menyetujuinya.
“Betul tu Lisa. Apa nak
dimalukan. Hanya kita sahaja kat sini.” Datuk Hasanah menambah. “Okeylah. Kalau
macam tu I nak nyanyi lagu Kehebatan Cinta. Lagu duet Jamal Abdillah dan
Francissca Peter.” Ujar Melisa. “Macam tulah kekasih Sahiril.” Sahiril mula
memetik gitarnya dan Melisa mula menyanyi.
Hati ku masih
seperti dulu tidak pernah pun berubah cintanya,
Adakah engkau
masih seperti ku yang setia selamanya,
Hati ku masih
merindui mu biarpun kau jauh dari ku,
Selagi rindu
mengusik kalbu cinta ku masih padamu,
Tahukah engkau
betapa hehe
“Lisa lupa la lagu tu
macam mana…” ujar Melisa di pertengahan lagu dan lantas Mahani menyambung
nyanyian Melisa yang tergendala tadi.
Tahukah engkau
betapa hebat cinta ku tanpa mu di sisi aku keresahan.
Tahukah engkau
betapa hebat kasih ku tanpa mu di sisi aku kerinduan,
Biarpun ombak
merubah pantai kasih ku tak akan hancur berderai,
Biarpun hari
berganti hari kau tetap ku nanti
Semua orang memberi
tepukan yang gemuruh kepada Mahani dan Sahiril kecuali Datuk Hasanah. “Korang
berdua ni macam pasangan kekasih la.” Kata Mahmudah secara tiba tiba. Semua
mata tertumpu ke arahnya. Pada pendengaran mereka kata kata Mahmudah itu amat
canggung sekali namun Mahmudah membuat muka tidak bersalah. Dia terus melayan
Irfan yang hanya bermain pasir sejak dari tadi.
“Mama dah mengantuk.
Mama nak masuk tidur.” Kata Datuk
Hasanah memecah kesunyian. Dia terus bangun dan menuju ke biliknya. “Kakak pun
dah mengantuk. Jom kita masuk bilik Irfan.” Mahmudah terus mendukung Irfan yang
matanya sudah merah menahan rasa mengantuk. “Sedap suara awak Mahani. Awak
macam penyanyi professional. Mana awak belajar?” soal Melisa.
“Mana saya mampu nak
pergi kelas nyanyian. Saya cuma nyanyi je ikut rasa.” Jawab Mahani. “You tahu
Lisa, Mahani pernah jadi juara sebanyak tiga kali dalam pertandingan nyanyian
di sekolah menengah dulu.” Ujar Sahiril. “Oh, betul ke? Tak sangka saya
Mahani.” Melisa benar benar kagum dengan kehebatan Mahani. “Saya nak balik
bilik dulu. Mata saya dah mengantuk.” Kata Mahani.
“Okey. Kita jumpa esok.
Esok kita sarapan sama sama.” Ujar Sahiril sambil menarik tangan Melisa untuk
pulang ke bilik. Mahani memandang kemesraan mereka berdua dengan perasaan
cemburu.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.