Ramli memandang bintang bintang di langit. Dia yang sedang duduk di
kerusi taman yang berada di halaman rumahnya mengira ngira bintang yang berada
di langit itu. Sesekali dia mencari buruj buruj yang diketahuinya seperti buruj
scorpio dan buruj pari namun tidak ditemuinya. Dia memandang langit ciptaan
Allah s.w.t itu dengan khusyuk. “Subhanallah. Indah sungguh pemandangan pada
malam ini.” Desis hatinya.
Apabila terpandang bintang dia teringat akan Mahani. Wanita itu
seperti bintang dalam hidupnya. Bersinar menggantikan cahaya bulan dalam
kegelapan malam. Dahulu dia takut untuk bercinta. Dia masih teringat bagaimana
ibunya berlaku curang dengan ayahnya. Dia teringat kisah dua puluh tahun lalu.
Ketika umurnya baru sepuluh tahun. Ayahnya sering sibuk dengan tugasnya sebagai
peguam dan sering meninggalkan ibu dan dirinya di rumah.
Ayahnya sering pulang lewat malam ketika dia sudah tidur. Apabila
ayahnya pulang pasti kedua dua ibu bapanya bertengkar. Dia amat takut dengan
keadaan itu. Dia melihat kawan kawannya mempunyai ibu dan ayah yang amat
mengambil berat tentang diri mereka sedangkan ibu bapanya sering sibuk dan
seperti langsung tidak mahu mengambil tahu perihal dirinya.
Memandangkan bapanya sering pulang lewat ataupun tidak pulang
langsung ke rumah, ibunya pasti akan keluar mencari hiburan. Tinggallah dia
bersendirian di rumah. Kadang kala dia melihat ibunya membawa lelaki masuk ke dalam rumah. Kemudian mereka
akan tidur di bilik ibunya sampailah ke pagi. Lelaki yang dibawa oleh ibunya
pula semuanya muda muda dan tampan tampan belaka.
Mereka juga bukan orang yang sama setiap malam. Siapakah mereka. Dia
sendiri tidak tahu. Umurnya pada waktu itu baru sepuluh tahun. Apabila ditanya
pada ibunya pasti ibunya mengatakan bahawa semua itu ialah kawan ibunya.
Sampailah satu malam ayahnya pulang awal. Pada waktu itu dia sedang membuat
kerja sekolahnya di ruang tamu. “Mana ibu kamu?” soal Salleh.
“Ibu ada dalam bilik dengan kawan dia.” Jawabnya ringkas. “Dengan
kawan? Siapa kawan dia?” Soal Salleh ingin tahu. “Saya tak tahu.” Jawabnya lagi.
“Kawan lelaki ke perempuan?” Soal Salleh lagi seperti seorang polis menyoal
penjenayah. “Lelaki!” Jawab Ramli ringkas. Dia terus menyiapkan kerja
sekolahnya dengan cepat. Pasti ‘perang’ akan meletus antara ibu dan bapanya.
“Aku dah agak dah. Perempuan ni memang tak guna. Aku keluar pintu
depan dia keluar pintu belakang. Dasar perempuan murahan.” Kata Salleh sambil
berjalan ke bilik tidur utamanya. Kemarahannya sudah sampai ke kemuncaknya.
Pada mulanya dia tidak mahu percaya dengan kata kata jirannya bahawa Aida
selalu membawa lelaki lain pulang ke rumah namun tingkah laku Aida sudah
berlainan benar sejak belakangan ini.
Rumah tangganya seperti tidak terjaga. Lama kelamaan dia mula yakin
bahawa Aida mempunyai hubungan dengan lelaki lain selain dirinya. Apabila
sampai sahaja di pintu dia mendengar suara orang ketawa. Sesekali kedengaran
suara orang sedang mengerang kesedapan. Salleh tidak segera bertindak. Dia
mencari kunci bilik yang berada di dalam laci meja di ruang tamu.
Dengan senyap senyap dia membuka pintu bilik itu. Dia melihat Aida
dan seorang lelaki sedang berada di atas katil tidurnya. Keadaan mereka sungguh
memalukan. Mereka tidak memakai seurat benang pun di badan. Terkejut Aida
apabila melihat Salleh berada di muka pintu sambil memandang bengis ke arahnya.
Dia menarik selimut untuk menutupi tubuhnya yang bertelanjang bulat itu.
Begitu juga dengan Zack. Hatinya mula tidak keruan. Semua rahsianya
sudah pecah. Dia melihat jam di dinding. Jam baru menunjukkan pada pukul
sembilan malam. “Awal betul orang tua ni balik.” Bisik hatinya. “Abang, awal
awak balik hari ni. Biasanya pukul dua belas malam baru awak sampai ke rumah.
Ada benda tinggal ke?” soal Aida untuk menutup rasa malu yang sudah menyerang
hatinya yang hitam itu.
“Saya sengaja balik awal hari ni. saya nak tengok kecurangan yang
awak lakukan pada saya.” Ujar Salleh lalu terus mendapatkan Zack yang berada di
atas katil. Dia terus memukul, menumbuk dan menendang lelaki yang dalam keadaan
telanjang itu sekuat kuat hatinya. “Ampunkan saya bang. Maafkan saya bang. Saya
tak buat lagi.” pohon Zack. Dia tidak mampu melawan kekuatan Salleh yang sedang
kemarahan itu.
Dirinya benar benar lemah menerima tumbukan Salleh yang seperti besi
itu. Salleh seperti dirasuk hantu pada malam itu. “Punya banyak perempuan dalam
dunia ni kenapa bini aku juga yang kau nak sapu? Kau ni tak ada agama ke? Kau
tahu tak berzina dengan isteri orang tu berdosa besar? Mak bapak kau tak ajar
ke?” Jerit Salleh sambil menumbuk muka Zack bertalu talu.
Ramli yang mengintai di luar bilik benar benar ketakutan. Tidak
pernah ayahnya bertindak seganas itu. “Sudah, saya kata sudah bermakna sudah.”
Aida terus menarik tubuh Zack di dalam rangkulannya. “Oh! Ada pula pembela kat
sini. Awak nak ke diri awak jadi macam tu?” Soal Salleh.
“Awak jangan lupa semua ni berpunca dari awak juga.” Kata Aida yang
masih lagi memeluk Zack yang berada di dalam kesakitan itu. “Awak nak salahkan
saya pula atas kesalahan yang awak buat. Kenapa pula saya yang jadi punca
sedangkan awak yang buat salah?” Salleh benar benar tidak berpuas hati dengan
kata kata Aida. “Awak jarang balik rumah. Awak jarang nak luangkan masa dengan
saya. Awak sibuk dengan kes awak yang berlambak lambak tu. Inilah akibatnya
kalau suami sering mengabaikan isterinya.” Luah Aida.
“Saya pergi kerja awak tahu tak? Bukannya saya menggatal dengan
perempuan lain. Bukannya saya pergi berzina macam awak dalam rumah sendiri.
Awak tak malu ke dengan Ramli? Dia tengok awak dengan lelaki lain yang bukan
bapa dia. Saya pergi kerja sebab saya nak senangkan awak dan Ramli. Saya nak
bagi awak kemewahan. Tapi ini balasan awak di atas semua pengorbanan yang telah
saya lakukan.” Bidas Salleh.
“Orang lain pun bekerja juga tapi diorang masih ada masa dengan
keluarga diaorang. Awak tu memang suami yang tak guna. Lebih baik saya cari
lelaki lain yang lebih sayang dan lebih menghargai diri saya.” Ujar Aida. “Oh,
awak nak cari suami yang sayang dan hargai awak Cik Aida. Baiklah saya tunaikan
permintaan awak. Dengar sini baik baik. Aida binti Azman. Mulai hari ini saya ceraikan awak denga talak
satu. Awak berambus dari rumah ni dengan lelaki yang sayang dan hargai awak ni. Berambus!”
jerit Salleh.
Terkejut Ramli mendengar suara ayahnya. Tapi dia tidak mengerti apa
itu makna talak. “Awak ingat saya nak sangat bersuamikan orang macam awak. Terima
kasih Salleh sebab awak dah ceraikan saya. Saya gembira sangat. Jom sayang kita
keluar dari rumah neraka ni.” ujar Aida lalu menarik tangan Zack. Setelah
memakai pakaian, mereka berdua terus keluar dari rumah tersebut.
Sejak itu Ramli hanya tinggal dengan ayahnya. Ayahnya juga selalu
meluangkan masa bersamanya. Peristiwa itu banyak menyedarkan ayahnya bahawa
keluarga lebih penting dari kerja. Sejak peristiwa itu dia tidak pernah lagi
bertemu dengan ibunya. Mana ibunya berada sampai sekarang dia tidak tahu. Pada
mulanya dia tidak faham tentang apa yang berlaku. Lama kelamaan sesudah dia
meningkat dewasa dia mula mengerti.
Sejak itu dia takut untuk jatuh cinta. Dia takut untuk disakiti dan
dicurangi. Sejak peristiwa itu juga dia sentiasa murung. Dia sengaja membuat
muka masam dan jarang senyum supaya perempuan tidak berani mendekati dirinya.
Tetapi semua itu berubah sejak dia bertemu dengan Mahani. Mahani seorang wanita
yang cantik, periang, tabah, berani dan beriman.
Dia teringat kali pertama dia bertemu dengan Mahani. Ketika itu dia
baru bertugas sebagai Pengurus Besar RaHa Hotel pada waktu itu. Sebagai orang
baru dia sengaja berjalan jalan di sekitar kawasan hotel yang besar itu. Dia
memasuki dusun kecil yang ditanam khas buat pengunjung di hotel tersebut. Buah
buahan seperti mangga, cempedak, manggis dan sebagainya akan dikutip oleh tukang masak hotel untuk
diletakkan dalam masakan mereka.
Selain itu, Datuk Hasanah membenarkan kakitangan di hotel tersebut
untuk makan buah buahan di dusun itu jika musim buah buahan bermula. Ketika dia
leka berjalan jalan sambil menikmati buah yang ada di situ, dia mendapati
dirinya telah sesat. Dia lupa jalan keluar yang dilaluinya tadi. Dia melihat di
sekelilingnya. Hanya pokok pokok buah buahan yang kelihatan.
Hatinya diserang rasa takut. Dia mula fikirkan perkara yang bukan
bukan. “Adakah aku disorok oleh hantu dusun?” Bisik hatinya. Dia cuba mencari
jalan keluar namun tidak ditemuinya. Jalan yang dilaluinya sebentar tadi sudah
tidak kelihatan. Kawasan itu sungguh asing baginya. Tiba tiba dirasakan ada
seseorang yang menyentuh bahunya. Hatinya mula tidak sedap.
Perlahan lahan dia pusing ke belakang dan mendapati ada dua orang
wanita yang bertudung dan memakai baju putih. “Tolong!” Jerit Ramli. “Encik
Ramli, awak tak apa apa? Encik jangan takut. Kami ada di sini.” Ujar Mahani.
Berderau darah Ramli melihat Mahani dan Nadia berada di situ. Di tangan mereka
ada sebuah plastik yang di dalamnya terdapat banyak buah manggis dan rambutan.
“Saya ingatkan hantu tadi. Apa awak berdua buat di sini? Awak berdua
ponteng kerja ye?” soal Ramli. “Apa? Encik ingat kami hantu? Encik ni muka saja
tampan dan badan je sasa tapi penakut.” Ujar Nadia selamba. Terhambur ketawa
Nadia pada waktu itu. Mahani terus menyiku lengan Nadia dengan agak kuat.
“Sakitlah.” Adu Nadia. “Saya minta maaf Encik Ramli. Mulut kawan saya ni memang tak ada insurans.
Saya minta maaf bagi pihak kawan saya.” Pinta Mahani.
“Tak apa. Saya tak ambil hati pun. Apa yang awak buat kat sini?
Ponteng kerja?” soal Ramli serkap jarang. “Encik Ramli, sekarang sudah pukul
dua belas tengah hari. Sekarang waktu makan tengah hari. Kami ke sini sebab nak
kutip buah buahan ini untuk dibawa balik.” Jawab Mahani. “Oh macam tu.” Ujar
Sahiril. Dia malu dengan tuduhan yang dibuatnya secara membabi buta.
“Apa Encik Ramli buat kat sini? Nak ambil buah juga ke?” soal Mahani.
Nadia yang berada di sisinya sekadar mendiamkan diri. “Tak, saya saja jalan
jalan kat sini. Nak tengok kawasan hotel ni. Lepas tu saya nampak dusun ni dan
saya masuk. Tiba tiba saya rasa dah sesat.” Jawab Ramli jujur. “Memang banyak
orang sesat kat dusun ni. Sebab tu jangan pergi dusun ni seorang diri. Hanya
orang yang biasa datang saja yang tak sesat dalam dusun ni. Kalau macam tu mari
kami tunjukkan Encik Ramli jalan keluar,” Pelawa Mahani.
“Baiklah.” Jawab Ramli lalu mengikut langkah Mahani dan Nadia yang
berjalan keluar dari dusun itu. Sejak melihat wajah Mahani dia sudah mula jatuh
cinta. Hatinya sudah mula terbuka untuk menerima cinta seorang wanita. Setiap
kali bersama Mahani hatinya sentiasa berdebar. Dia sudah jatuh cinta pada
Mahani walaupun dia tahu Mahani seorang janda beranak satu.
Dia mendapat tahu semua itu dari Nadia. Dia selalu bertanya perihal
diri Mahani pada Nadia. Walaupun pada awalnya Nadia keberatan mahu menceritakan
tentang diri Mahani namun apabila didesak Nadia membuka satu persatu cerita tentang
kisah hidup Mahani yang malang itu. Dia kasihan melihat Mahani yang dipersiakan
oleh bekas suaminya. Sepatutnya wanita seperti Mahani perlu dihargai dan
disayangi.
Dia mahu meluahkan perasaanya
pada Mahani namun dia tidah tahu bila. Dia takut Mahani akan menolak isi
hatinya. “Apa yang kamu menungkan tu?” soal Salleh yang entah datang dari mana.
Lamunan Ramli sebentar tadi termati begitu sahaja. “Ayah ni buat saya terkejut
saja. Nasib baik saya tak ada sakit jantung kalau tak tentu saya dah mati
kojol.” Ujar Ramli.
“Ayah tengok dari tadi kamu termenung. Kamu ada masalah ke?’ Soal
Salleh lagi. “Tak adalah ayah. Semua okey saja. Kenapa ayah tak tidur lagi?”
soal Ramli pula. “Ayah nak tidur tadi tapi bila tengok kamu kat luar ni terus
tak jadi tidur. Sejak akhir akhir ni ayah tengok kamu asyik termenung saja.
Lepas tu senyum seorang diri. Kamu ingat kat Mahani ke?” Duga Salleh sambil
tersenyum nakal.
“Mana ada ayah. Ayah ni suka
sangat bergurau.” Ujar Ramli. Dia sengaja mahu menutup rasa malu yang sudah
mula bertandang di hatinya. “Ayah dah makan garam dulu dari kamu. Ayah tengok
cara kamu pandang Mahani tu pun ayah tahu kamu suka dia. Kalau kamu suka dengan
dia, jangan tunggu lama lama. Luahkan perasaan kamu pada dia atau kamu nak ayah
masuk meminang?” Ujar Salleh.
”Entahlah ayah. Saya sendiri pun tak tahu. Saya takut dia tolak
cinta saya kalau dia tahu isi hati saya.” Ujar Ramli. “Kalau kamu cakap kat dia
yang kamu suka kat dia sekurang kurangnya dia tahu perasaan kamu pada dia. Mana
tahu dalam diam diam dia pun sukakan kamu juga. Mungkin kamu tak perasaan.” Balas Salleh. Ramli
bungkam seketika.
“Ayah nasihatkan lebih baik kamu ambil dia sebagai isteri kamu. Dia
tu wanita yang baik. Status janda bukan ukuran. Yang penting hati budi dia
sebagai seorang isteri menjadi keutamaan kita. Tak guna ada isteri cantik tapi
perangai macam hantu. Kamu tengoklah ibu kamu. Muka memang cantik tapi hati
lebih buruk dari kain buruk.” Ujar Salleh.
“Ayah terima ke kalau saya
kahwin dengan Mahani? Walaupun ayah tahu dia tu janda.” Ramli memandang ke
wajah ayah yang amat disayanginya. “Sebagai seorang ayah, ayah terima apa saja
pilihan kamu. Apa yang terbaik untuk kamu adalah terbaik untuk ayah.” Jawab
Salleh ikhlas. “Terima kasih ayah. Terima kasih sebab sokong saya selama ni.”
ucap Sahiril lalu memeluk ayahnya.
“Sama sama. Mata ayah dah
menagntuk ni. ayah nak masuk tidur. Jom kita masuk. Sejuk kat luar ni.” Ajak
Salleh. “Okey.” Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam rumah.
.....................................................................................................................................................
Pada waktu makan tengah hari itu Mahani keluar bersama Nadia untuk
makan di luar. Mereka sudah berjanji mahu makan di sebuah restoran yang baru
sahaja di buka pada minggu lepas. Mereka mahu mencuba keenakan makanan yang
disediakan di restoran tersebut. Ketika mereka mahu berjalan keluar dari RaHa
Hotel, Mahani melihat seorang lelaki yang dikenalinya.
“Apa yang kau tengok tu Mahani? Ada Aaron Aziz ke kat situ?” soal
Nadia. Kepalanya dipanjangkan untuk melihat jika pelakon kacak itu ada di RaHa
Hotel. Kalau Aaron Aziz di situ sudah tentu dia yang menjadi orang pertama yang
meminta autograf kepada pelakon itu. “Bukanlah. Takkan Aaron Aziz ada kat sini.
Aku macam pernah tengok lelaki tu. Tapi aku tak ingat kat mana.” Jawab Mahani.
“Lelaki mana ni? aku tak nampak pun.” Soal Nadia lagi.“Lelaki yang
pakai baju warna biru gelap dengan seluar warna hitam tu.” Tunjuk Mahani ke
arah lelaki yang duduk di lobi hotel itu. “Cuba kau ingat betul betul mana kau
jumpa lelaki itu. Entah entah dia tu perompak yang ada keluar kat surat khabar kot.” Duga
Nadia. “Dah ingat. Bila kau sebut pasal surat
khabar baru aku ingat. Itu Farid. Dia tu satu sekolah dengan aku. Dia dulu
duduk sebelah rumah aku .’ ujar Mahani riang.
“Oh yakah? Tak kacak langsung kawan kau tu. Tampan lagi Encik Ramli
tu.” Ujar Nadia pula. “Ishh, tak baik kau ni. Dia tu kawan aku tau. Dah lama
aku tak jumpa dia. Jom kita pergi jumpa dia.” Mahani menarik tangan Nadia. “Kot
ya pun sabar la dulu. Aku ni bukan tali tau main tarik tarik.” Ujar Nadia tidak
berpuas hati. “Kalau tak silap ni Farid kan ?” soal Mahani apabila mereka sampai di tempat lelaki itu duduk.
“Ya. Awak ni tentu Mahani.” Ujar Farid. “Ya. Ya Allah, lama betul
kita tak jumpa. Kau apa khabar? Amboi sejak jadi wartawan ni dah lupakan aku.
Sampai hati.” Kata Mahani pula. “Mana ada aku lupakan kau. Kau tu yang lupakan
aku. Lepas kau kahwin langsung tak nak jenguk kampung halaman.” Kata Farid.
“Aku sibuk la. Kau buat apa kat sini? Bercuti?” soal Mahani.
“Bukan. Aku ada kerja
sekarang ni. Aku ditugaskan oleh akhbar aku untuk cari maklumat pasal RaHa Hotel
ni untuk tujuan promosi
kepada pelancong.” Jawab Farid. “Kalau macam tu kau mesti akan jumpa dengan
Sahiril. Dia tu CEO hotel ni.” ujar Mahani. “Aku tahu. Aku nak temu ramah mak
dia iaitu Datuk Hasanah sebentar lagi. Kau nak pergi mana ni? kau dah habis
kerja ke?” soal Farid pula.
“Belum. Kitaorang nak pergi makan tengah hari. Jomlah sekali. Boleh
kita berbual panjang.” Pelawa Mahani. “Tak apalah. Aku baru makan. Lain kali
kalau aku tak sibuk bolehlah kita makan bersama. Boleh bagi nombor kau kat aku?”
Pinta Farid. “Boleh. Apa salahnya.” Balas Mahani lalu memberikan nombor telefon
bimbitnya kepada Farid. “Kalau macam tu kami pergi dulu ye. Perut aku dah lapar
ni. Kejap lagi aku nak masuk kerja.” Pohon Mahani. “Ok. Jalan baik baik.” Ucap
Farid. Mahani mengangguk dan terus beredar bersama Nadia.
“Silakan Encik Sahiril.” Pelawa Ramli kepada majikannya itu sambil
membuka pintu bilik 104 itu. “Terima kasih.” Ucap Sahiril. Dia berjalan dan
duduk di meja solek yang berada di bilik tersebut. “Kalau ada apa apa encik boleh panggil
saya.” Ujar Ramli. “Encik Ramli, kenapa meja ni berhabuk. Tolong panggil Puan
Mahani untuk membersihkannya. Dia pengemas bilik ni kan ?” soal Sahiril.
“Baiklah. Nanti saya akan suruh dia datang untuk bersihkan habuk
tu.” Ujar Ramli lalu terus beredar. Sementara itu, Sahiril mengemas pakaiannya.
Dia memasukkan pakaiannya ke dalam almari. Apabila terdengar bunyi loceng di
pintu bilik, dia terus membuka pintu. Terpancul wajah Mahani di situ. “Tolong
cucikan meja solek tu. Banyak betul habuknya.” Ujar Sahiril.
“Yakah. Saya terlupa nak cuci masa saya kemas bilik ni semalam. Saya
minta maaf Sahiril.” Pohon Mahani dan terus mencuci habuk habuk yang melekat di
atas meja solek itu. “Tak apa. Mungkin awak tak perasan. Saya ada perkara nak
beritahu awak. Sebenarnya perkara ni dah lama saya nak cakap tapi sebab saya
jarang jumpa awak jadi saya terlupa. Oleh sebab awak dah ada kat sini saya rasa
eloklah saya beritahu. Ada
jawatan kosong untuk awak di syarikat milik bapa Melisa yang baru buka tu.
Melisa suruh tanya awak nak tak kerja tu. Gaji yang diaorang bayar banyak juga
tau. Dua kali ganda dari gaji awak kerja di sini.” Ujar Sahiril.
“Betul ke Sahiril? Alhamdulillah. Bila saya boleh kerja? Saya dah
tak sabar dah ni.” soal Mahani sedikit teruja. “Kalau awak setuju nanti saya
akan cakap dengan Melisa. Saya rasa dalam bulan depan awak dah boleh mula
kerja.” Ujar Sahiril. “Saya kerja jadi apa kat sana ?” soal Mahani teruja. “Melisa kata dia
nak lantik awak sebagai kerani kat syarikat itu.” Jawab Sahiril.
“Baguslah. Tak payah la saya kemas bilik orang lagi.” Gurau Mahani.
Mereka berdua tertawa bersama. Tiba tiba mereka terdengar ketukan di pintu
bilik. “Biar saya buka. Lagipun kerja saya dah siap.” Pelawa Mahani. Dia terus
ke pintu bilik dan membukanya. Dia melihat beberapa orang lelaki yang sedang
memakai kopiah. Lagak mereka seperti beberapa orang ustaz.
“Kami mendapat aduan ada berlaku maksiat dalam bilik ini. Anda
berdua sila ikut kami sekarang.” Kata salah seorang daripada mereka. “Apa? Kami
tak buat apa apa pun. Saya pekerja di sini. Saya datang nak bersihkan bilik
sahaja.” Ujar Mahani mempertahankan diri. “Siapa tu Mahani?” soal Sahiril lalu
mendapatkan Mahani. “Ada
orang buat laporan yang mengatakan kita berdua buat maksiat.” Jawab Mahani.
“Apa? Encik, dia ni pekerja saya dan saya majikan dia. Takkan kami
nak buat maksiat dalam bilik kot.” Ujar Sahiril. “Kamu berdua tahu kan yang duduk berdua
duan dalam sebuah bilik tu salah. Tak kiralah sama ada pasangan kekasih ataupun
pekerja dengan majikan. Pokok pangkalnya kamu berdua telah bersekedudukan tanpa
ikatan perkahwinan.” Ujar lelaki itu.
“Encik, saya yang suruh perempuan ini datang ke mari. Saya
ketuanya.” Ujar Ramli yang entah datang dari mana. “Kenapa kamu sebagai ketua
di hotel ini boleh membenarkan perkara ini berlaku. Kamu sepatutnya tidak
membenarkan mereka berdua berdua duan di dalam bilik. Mereka telah melakukan
kesalahan. Sila ikut kami.” Putus lelaki itu.
saya agak malas untuk membaca sedangkan saya sendiri punya blog, malahan ayat yang tertulis di blog saya hanyalah ringkas sahaja. Namun novel ini memberi kekuatan kepada saya untuk lebih banyak membaca. Terima kasih untuk novel ini.
BalasPadam